Skip to main content

DOSA UMAT MANUSIA



BILA Makkah dan Madinah menjadi tempat pelancongan untuk selfie dan berbulan madu. 
BILA masjid menjadi tempat menerima kekufuran interfaith dan tempat komuniti bersosial, bukan lagi tempat ibadah. 
BILA kelab malam, disko, dan kasino menjadi tempat tumpuan.
BILA perniagaan melibatkan riba' disenangi. 
BILA hak pekerja dan golongan miskin dirampas. 
BILA busana patuh syariat ditinggalkan dan fesyen kehendak syaitan dipamerkan di alam maya.
BILA ideologi feminisme, liberalisme, LGBT dirangkul dan kebiasaan Kaum Lut berleluasa.
BILA berbilion dibazirkan untuk pembinaan taman hiburan sedangkan berbilion manusia sedang kelaparan dan hidup dalam serba kekurangan
BILA bacaan Al-Quran diperindahkan tetapi perintah di dalamnya diabaikan. 


BILA pencakar langit tumbuh di mana-mana menyaingi binaan kaum Ad dan kaum Thamud dahulukala. 
BILA suara penindas dipatuhi tapi jeritan golongan tertindas tidak dipeduli. 
BILA manusia sangka Bumi akan terus berputar tenang tanpa sebarang tindakbalas mencetus bencana. 


 
TAPI manusia tidak sedar KETIDAKTAATAN kepada ALLAH telah menyebabkan kemunculan  coronavirus... Makhluk yang membersih bumi dari segala noda dan dosa.   

Manusia boleh taubat sekarang dan kembali mentaati ALLAH dan Rasul-NYA ATAU meneruskan kehidupan di Bumi dengan penuh kerakusan nafsu, dan menolak amaran serta peringatan dari ALLAH. 

PILIHLAH! Bermula dengan diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

POHON SA'DAN

POHON Sa'dan yang bagaikan Sirat.  Membuat hilang semua nafsu dunia! Wahai diri,  Lebih baik kau diuji di dunia sebagai pembersih diri. Lebih baik kau disakiti di dunia agar terangkat darjatmu.  Lebih baik kau lelah di dunia agar bisa beristirahat kelak di akhirat.  Ingatlah bahwa waktu yang sekejap mata di dunia ini akan menentukan tempatmu yang abadi di akhirat. "Kemudian didatangkan jambatan lalu dibentangkan di atas permukaan neraka Jahannam. Kami (para Sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana (bentuk) jambatan itu?”.  Jawab baginda, “Licin (lagi) menggelincirkan. Di atasnya terdapat besi-besi pengait dan kawat berduri yang hujungnya bengkok, ia bagaikan pohon berduri di Nejd, dikenal dengan pohon Sa'dan..." (Muttafaqun ‘alaih). "Dan dibentangkanlah jambatan Jahannam. Akulah orang pertama yang melewatinya. Doa para rasul pada saat itu: “Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah”.  Pada Sirat itu, terdapat pengait-pengait seperti duri pohon Sa’dan. P...

PERLUKAH BERI BANTUAN?

BENARKAH MEREKA YANG MENERIMA BANTUAN ITU MEMALUKAN DAN MENYUSAHKAN? Nabi S.A.W sebelum wafat berpesan: " Sesungguhnya mereka yang paling baik di kalanganku ialah mereka yang meminta haknya daripadaku atau menghalalkannya agar aku bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan yang baik.." (Kitab Al A'adalah Fil Islam)  Sebagai pemimpin yang baik dan berkebajikan maka ingatlah bahawa... 1-Ada rakyat faqir miskin yang memerlukan bantuan, itulah ujian bagi mereka. ALLAH juga beri ujian kepada yang memegang kekayaan, adakah mereka amanah dengan harta yang ALLAH telah berikan. 2-Kadangkala rakyat yang hidup sederhana juga, walaupun mungkin tidak miskin, tetapi dalam keadaan tertentu turut memerlukan bantuan. Maka pemerintah kena bantu kebajikan mereka. 3-Ada rakyat yang asalnya kaya dan banyak duit, tapi kerana potongan cukai, insuran, hutang dan sebagainya terpaksa memerlukan bantuan. Maka pemerintah yang berkebajikan mestilah membantu Daripada hadis di atas, Nabi S.A.W. menyatakan ba...

HAMBA TAK BOLEH BANGGA DIRI

TIDAK WAJAR BAGI SEORANG HAMBA MEMPUNYAI SIFAT BANGGA DIRI Ketahuilah sikap membesarkan diri itu adalah apabila seseorang itu melihat dirinya lebih daripada orang lain pada sifat kesempurnaan dan dia melihat orang lain lebih hina daripadanya. Jauhilah sikap membesarkan diri ini kerana ia sebahagian daripada segala sifat tercela yang ada di dalam hati dan sebesar-besar maksiat yang tersembunyi. Firman ALLAH yang bermaksud : "Maka (neraka jahanam) Itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang yang menyombong diri"  (Az Zumar ayat 72) Maka sebagai hamba kita wajib menjauhkan sikap membesarkan diri ini kerana sikap ini hanya milik ALLAH. Dalam Hadis Qudsi RasuLluLlah S.A.W bersabda : ALLAH S.W.T berfirman : Ketinggian itu selendang-KU dan kebesaran itu adalah kain-KU. Maka barangsiapa yang mencabut dan merebut pad-KU satu daripada kedua-duanya nescaya AKU akan campakkan dia ke dalam api neraka jahanam dan AKU tidak peduli, (Hadis direkodkan oleh Imam Muslim, Abu Daud dan Ibnu Ma...