Skip to main content

Posts

HIJAB dan JILBAB

PEMAKAIAN hijab yang huru hara dengan rupa bentuk yang menyanggah norm, adalah talbis iblis.... Tipu daya iblis.... Hijabista ultra tabarruj.... Hijabista menjadi permainan wanita masa kini. Sesuatu yang suci dan lambang taqwa berubah menjadi bahan lawak atas nama "minda terbuka!" Astaghfirullah..... Astaghfirullah.... Hijab milik umat, milik ALLAH. Kini muslimah kita diperbodohkan. "Dan jauhkanlah diri dari orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka telah diperdayakan oleh kehidupan dunia." (Q6:70). Mana tudung taqwa, mana tudung nafsu? Jika pemakai tudung berdegil dan kata, “Biarlah, asalkan tutup aurat”, dia harus terima kata-kata “Biar bodoh, asalkan tutup aurat”.... Fesyen bukan kebodohn. Fesyen adalah seni. Dan ALLAH sukakan keindahan seni. Tetapi bukan semua kesenian seni... Jangan hina fesyen dan seni! Jika tudung itu iman dan iman itu Quran, bilakah kali terakhir Quran dibuka untuk menilai cara diri berpakaian? Jilbab dan h...

AKU PERLUKANMU KERANA AKU MENCINTAI-MU

AMAT besar bezanya antara ungkapan, “Aku cintaimu kerana memerlukanmu”   dengan “Aku   perlukanmu kerana aku mencintaimu.”   Ungkapan kedua lebih murni dan suci sifatnya.Itulah cinta yang ikhlas. Begitulah sewajarnya cinta kita kepada ALLAH. Kita mesti memerlukan ALLAH kerana kita memang mencintai-NYA. Jangan kita mencintai-NYA hanya ketika kita memerlukan-NYA. Itu cinta palsu, cinta yang berfokus pada kepentingan diri, ... bukan kepada ALLAH, Zat yang mesti kita cintai.... Berapa ramai manusia yang ketika dilanda masalah, susah, gagal, terhimpit, sakit dan miskin, merayu dan merintih kepada ALLAH. Ketika susah dia erkemaskan ibadah dan akhlaknya. Panjang doa dan solatnya. Namun sebaik sahaja masalahnya selesai, apa yang dihajati telah tercapai,  dia kembali lalai, kufur dan derhaka. Tuhan diperlukan hanya pada waktu terdesak sahaja. Apabila senang, Tuhan kembali dipinggirkan dan dilupakan. Inikah yang dikatakan cinta? Fikirkan dalam-dalam ANTARA MATA DAN HATI. Mata ...

MAHA PENGAMPUN MAHA DERMAWAN

Dikisahkan, suatu waktu Rasulullah S.A.W. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah S.A.W. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu Ialu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah S.A.W. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang lelaki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu Ialu berkata, “Wahai orang tampan! Adakah kau sengaja memperolok-olokkanku kerana  aku ini orang Arab Badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti kau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.” Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah S.A.W. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah kau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?”  “Belum,” jawab orang itu.  “Jadi bagaimana kau beriman kepada...

KAYA JIWA MISKIN HATI

Dari Abu Hurairah r.a. sabda Rasulullah S.A.W. "Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyak hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya ialah kaya jiwa." (HR  Bukhari dan Muslim). Harta jika diletakkan sebagai alat, ia akan menyelamat. Tapi jika ia menjadi matlamat, ia akan membawa mudarat. Jiwa yang kaya berasa cukup dengan yang sedikit. Sebaliknya jiwa yang miskin tidak akan puas dengan yang banyak. Hatinya mahu lagi dan lagi sehingga timbul rasa tamak dan sanggup menzalimi hak orang lain menerusi tindakan pecah amanah dan rasuah. Justeru, letakkan harta di tangan supaya mudah dibelanjakan ke jalan ALLAH. Jangan letak dalam hati sehingga menimbulkan musibah.  Kita perlu berusaha mencari kekayaan hati yang boleh dimiliki oleh si kaya dan si miskin. Si kaya yang kaya jiwa berjalan di atas landasan kesyukuran. Si miskin yang kaya jiwa berjalan di atas kesabaran. Kedua-dua menjalani ibadah untuk menuju matlamat yang sama iaitu REDHA ALLAH. MUHASABAH JIWA Jika diberi reze...

JIBRIL BERKISAH HAL NERAKA

JIBRIL: "Wahai Muhammad sesungguhnya hari ini ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala sedang mengobarkan nyala api neraka, seluruh malaikat amat ketakutan. mereka tidak tahu harus bagaimana. Mujurlah aku ingat bahwa engkau adalah sumber cinta dan sayang ALLAH, kepala alam semesta. Kerana itulah aku ke sini untuk bertabaruk dengan cinta ALLAH yang ada pada dirimu."  . Rasulullah ﷺ terdiam beberapa saat, lalu bertanya," Wahai Jibril, Shif lii washfan naar. Ceritakanlah kepadaku bagaimanakah neraka itu sesungguhnya." "Wahai Muhammad, neraka itu bagaikan lubang-lubang yang terdiri dari tujuh tingkat. Jarak antara satu lubang dengan yang lain adalah 70 tahun perjalanan. Lubang yang paling bawah itu paling panas." "Lalu siapakah penghuni lubang neraka itu wahai Jibril?" "Lubang yang paling bawah diciptakan untuk orang orang munafik. Lubang berikutnya untuk penyembah berhala, penyembah bintang dan matahari." Jibril terus menerangkan penghuni tingkatan l...

KALAU DITANYA TENTANG AL-QURAN

MAKA JAWABLAH SEPERTI INI.. T : Berapa jumlah Surah dalam Al-Qur'an? J : 114 Surah. T : Berapa jumlah Juz dalam Al-Qur'an? J : 30 Juz. T : Berapa jumlah Hizb dalam Al-Qur'an? J: 60 Hizb. T: Berapa jumlah Ayat dalam Al-Qur'an? J: 6236 Ayat. T : Berapa jumlah Kata dalam Al-Qur'an?, dan Berapa Jumlah Hurufnya? J: 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf. T : Siapa Malaikat yang disebut dalam Al-Qur'an? J : Jibril, Mikail, Malik, Raqib, Atiid, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazah, Al-Kiramulkatibun HamalatulArsy. T : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dalam Al-Qur'an? J : 15 Sajdah. T : Berapa Jumlah para Nabi yang disebut dalam Al-Qur'an? J : 25 Nabi T : Berapa Jumlah Surah Madaniyah dalam Al-Qur'an? Sebutkan J : 28 Surah, Al-Baqarah, Al-Imran, Al-Nisa',  Al-Maidah, Al-Anfal, Al-Tawbah, Al-Ra'd, Al-Haj, Al-Nur, Al-Ahzab, Muhammad, Al-Fath, Al-Hujurat, Al-Rahman, Al-Hadid, Al-Mujadilah, Al-Hasyr, Al-Mumtahanah, Al-Shaf, Al-Jum'ah, Al-Muna...

KUTIP AMALAN BAIK DARI DUNIA

PADA suatu hari Rasulullah S.A.W duduk bersama sahabatnya danbertanya kepada mereka, bermula dengan Saidina Abu Bakar, "Apa yang kamu suka dari dunia ini?"  Berkatalah Saidina Abu Bakar r.a, "Aku suka dari dunia ini 3 perkara 💞duduk-duduk bersama Rasulullah S.A.W. 💞melihat wajah mu, ya Rasulullah S.A.W. 💞aku korbankan harta ku untukmu ya Rasulullah S.A.W " Lalu Rasulullah SAW bertanya dengan Saidina umar r.a., "Bagaimana pula dengan mu ya Umar?" Jawab Saidina Umar r.a. "Ada 3 perkara juga yang aku suka: 💞membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya. 💞mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang-terangan 💞berkata yang benar walaupun pahit". "Dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?" Berkata Saidina Uthman r.a., "Ada 3 perkara yang aku suka: 💞memberi makan 💞memberi salam 💞 bersolat malam di waktu manusia tidur". "Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali r.a ?" Jawab Ali,"Aku juga...