Skip to main content

KUTIP AMALAN BAIK DARI DUNIA


PADA suatu hari Rasulullah S.A.W duduk bersama sahabatnya danbertanya kepada mereka, bermula dengan Saidina Abu Bakar, "Apa yang kamu suka dari dunia ini?" 

Berkatalah Saidina Abu Bakar r.a, "Aku suka dari dunia ini 3 perkara
๐Ÿ’žduduk-duduk bersama Rasulullah S.A.W.
๐Ÿ’žmelihat wajah mu, ya Rasulullah S.A.W.
๐Ÿ’žaku korbankan harta ku untukmu ya Rasulullah S.A.W "

Lalu Rasulullah SAW bertanya dengan Saidina umar r.a., "Bagaimana pula dengan mu ya Umar?"

Jawab Saidina Umar r.a. "Ada 3 perkara juga yang aku suka:
๐Ÿ’žmembuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
๐Ÿ’žmencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang-terangan
๐Ÿ’žberkata yang benar walaupun pahit".


"Dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?"

Berkata Saidina Uthman r.a., "Ada 3 perkara yang aku suka:
๐Ÿ’žmemberi makan
๐Ÿ’žmemberi salam
๐Ÿ’ž bersolat malam di waktu manusia tidur".

"Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali r.a ?"

Jawab Ali,"Aku juga cintakan 3 perkara:*
๐Ÿ’ž memuliakan tetamu
๐Ÿ’•.berpuasa di musim panas
๐Ÿ’ž dan memukul musuh dengan pedang".

Kemudian bertanya Rasulullah S.A.W pada Abu Dzar r.a. "Apa yang kamu suka di dunia ini?"

Berkata Saidina Abu Dzar r.a, "Aku suka 3 perkara di dunia ini:
๐Ÿ’ž.lapar
๐Ÿ’•.sakit
๐Ÿ’ž mati


Rasulullah bertanya, "Kenapa wahai Abu Dzar?"

Berkata Saidina Abu Dzar r. a.
๐Ÿ’ž Aku sukakan lapar untuk membersihkan hati.
๐Ÿ’ž Aku sukakan sakit untuk mengurangkan dosaku.
๐Ÿ’• Aku sukakan maut untuk bertemu tuhanku".

Bersabdalah Rasulullah S.A.W. "Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
๐Ÿ’ž wangian
๐Ÿ’ž wanita yang solehah
๐Ÿ’ž solat menjadi penyejuk mataku"

Pada waktu itu turunlah Malaikat Jibril a.s. memberi salam kwpada Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
Malaikat Jibril mengatakan, "Aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" 
๐Ÿ’ž menyampaikan risalah
๐Ÿ’ž menunaikan amanah
๐Ÿ’ž cinta terhadap orang miskin"


Kemudian Malaikat Jibril naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi seraya berkata "Sesungguhnya ALLAH S.W.T mengucapkan salam kepada kamu semua dan ALLAH S.W.T berkata, sesungguhnya ALLAH suka pada dunia kamu ini 3 perkara:
๐Ÿ’žlidah yang sentiasa berzikir
๐Ÿ’žhati yang sentiasa khusyuk
๐Ÿ’žjasad yang sabar menanggung ujian"



AllahuAkbar...
Moga dapat kita amalkan, ambil iktibar. Alangkah baiknya jika kita dapat sebarkan maklumat ini kepada insan-insan yang kita kenali. Moga bermanfaat dan agar ada hati-hati insan yang ALLAH gerakkan untuk menjadi lebih baik. In Shaa Allah...
Wallahualam Bissawab.

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “ูَุชَุจَูŠَّู†ُูˆุٓงْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “ูَุฃَุตูۡ„ِุญُูˆุงْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “ูˆَุฃَู‚ุۡณِุทُูˆุٓงْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “ู„َุง ูŠَุณุۡฎَุฑۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “ูˆَู„َุง ุชَู„ูۡ…ِุฒُูˆุٓงْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “ูˆَู„َุง ุชَู†َุงุจَุฒُูˆุงْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ูฑุฌุۡชَู†ِุจُูˆุงْ ูƒَุซِูŠุฑًุ۬ง ู…ِّู†َ ูฑู„ุธَّู†ِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “ูˆَู„َุง ุชَุฌَุณَّุณُูˆุงْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “ูˆَู„َุง ูŠَุบุۡชَุจ”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : ูˆَุฅِู„َู‰ ุฑَุจِّูƒَ ูَุงุฑْุบَุจ "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...