Skip to main content

HENDAK BAHAGIA BUANG MAZMUMAH



HATI tidak mungkin bahagia jika sifat-sifat buruk bersarang dalam dada. Antaranya adalah:

1. Pemarah / Panas Baran
Sifat ini mudah dikesan, dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Hatinya tidak tenang. Marahnya boleh meruap dalam segala hal kecil mahupun besar hingga tidak nampak jalan penyelesaian. 

2. Pendendam
Sifat dendam ini tersembunyi, ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Dia sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun, seperti sengaja menyakitkan hati atau menempelak orang yang didendami. 

3. Hasad dengki
Amalan penghasad hangus akibat sifat dengkinya.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain inginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara yang ada pada dirinya. Disebabkan itu dia sentiasa memberi bermacam jenis dalih, contohnya dengan mengatakan dia tidak ada duit. 

5. Tamak
Tidak puas dengan yang sedikit dan tidak akan puas juga dengan yang banyak, ibarat minum air laut. Walau berapa banyak pun yang diminum tetap tidak akan hilang dahaganya. Orang tamak selalu rugi. Dia tidak sedar bahawa yang dikatakan harta atau rezeki itu ialah yang dipakai atau diguna. Kalau dihimpun dan disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki. Ada hak orang lain di situ. 

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego
Ibu segala sifat mazmummah. Ketenangan sukar diperolehi. Sifatnya pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Dan ini membuatkan hatinya buta. 

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika dipuji, dia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. ALLAH marah kalau kita riak. Riak itu syirik kecil. 

9. Cinta dunia
Bila tidak dapat menderita, tapi bila dapat menderita juga sebab susah pula hendak menjaganya. Memiliki harta dunia itu tidak mengapa tapi kawallah hati.  Jangan diletakkan hati pada harta itu. 


Antara tanda-tanda taubat diterima ALLAH S.W.T. 
  • Lisannya tiada lagi perkataan sia-sia seperti mengumpat, mengadu domba dan berbohong. 
  • Hatinya tiada rasa dengki dan permusuhan terhadap sesama Muslim. 
  • Meninggalkan kawan-kawan yang dulu sama-sama melakukan dosa. Sebaliknya berubah dan berkumpul bersama sahabat-sahabat yang soleh. 
  • Bersiap sedia untuk mati, menyesali dosa yang lalu, memohon ampunan ALLAH dan berjuang pada sisa umurnya untuk taat kepada Tuhan.
Kenangkanlah dosa-dosa yang dilakukan. Usahakan zikir, selawat dan solat taubat sepanjang masa. Letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan boleh dibawa mati.

Untuk menikmati dunia yang sementara ini bebaskanlah diri dari segala keburukan, bebaskan fikiran dari kebimbangan, hiduplah secara serba cukup (qanaah), memperbanyakkan pemberian,dan berharap hanya kepada ALLAH. Jadilah diri sendiri, bukan menjadikan diri untuk disukai orang lain. Orang yang ikhlas tetap akan menerima kita apa adanya. Yang setia, kita jaga, hargai dan doakan. Tetap bersama sampai ke Syurga.

Dalam kehidupan, setiap yang ALLAH rancang penuh dengan hikmah tersendiri. Dunia ini sementara, begitu juga ujian dan derita yang diturunkan-NYA. Nikmat dan kebahagiaan yang kekal hanya ada di Syurga-NYA. 

 

Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

JANJI ALLAH KEPADA YANG BERTAQWA

ALLAH menghantar sesiapa yang datang kepada kita sebagai ujian keimanan dan ketaqwaan kita. Jika kita terus bersangka baik dan buat baik, orang yang berniat jahat pun akan berubah menjadi baik. Orang yang miskin kita bantu, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang minta dipermudahkan urusannya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang susah kita senangkan hatinya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang tidak berilmu kita berikan ilmu, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang kita berikan rezeki kepadanya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Sesungguhnya Allah tak pernah memungkiri janjinya. Dalam Al-Quran terdapat sekian banyak janji mulia dan istimewa yang ditawarkan kepada orang-orang yang memiliki keimanan, baik janji-janji di dunia mahu pun janji-janji di akhirat. Janji-janji akhirat yang diberikan bagi mereka yang beriman memang tidak terhitung jumlahnya. Adapun janji-janji di dunia yang disebut secara terang-terangan setidak-tidaknya ada sepuluh, iaitu: ALLAH S.W.T. berjanji akan men...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...