Skip to main content

POHON SA'DAN


POHON Sa'dan yang bagaikan Sirat. 
Membuat hilang semua nafsu dunia!

Wahai diri, 
Lebih baik kau diuji di dunia sebagai pembersih diri.
Lebih baik kau disakiti di dunia agar terangkat darjatmu. 
Lebih baik kau lelah di dunia agar bisa beristirahat kelak di akhirat. 
Ingatlah bahwa waktu yang sekejap mata di dunia ini akan menentukan tempatmu yang abadi di akhirat.

"Kemudian didatangkan jambatan lalu dibentangkan di atas permukaan neraka Jahannam. Kami (para Sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana (bentuk) jambatan itu?”. 


Jawab baginda, “Licin (lagi) menggelincirkan. Di atasnya terdapat besi-besi pengait dan kawat berduri yang hujungnya bengkok, ia bagaikan pohon berduri di Nejd, dikenal dengan pohon Sa'dan..." (Muttafaqun ‘alaih).

"Dan dibentangkanlah jambatan Jahannam. Akulah orang pertama yang melewatinya. Doa para rasul pada saat itu: “Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah”.  Pada Sirat itu, terdapat pengait-pengait seperti duri pohon Sa’dan. Pernahkah kalian melihatnya?” 

Para Sahabat menjawab, “Pernah, wahai Rasulullah." 

"Maka ia seperti duri pohon Sa’dan, tiada yang tahu ukuran besarnya kecuali Allah. Maka ia mencangkuk manusia sesuai dengan amalan mereka." 
(HR. Bukhari)

Comments

Popular posts from this blog

ZAMAN MUNCUL IMAM MAHADI DAN NABI ISA A.S

Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.  Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak kenali. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawa...

IMAN BUKAN WARISAN

6 - 1 = 0. Jawapan ini betul. 6 - 1 = 5. Jawapan ini salah. Angka 6 yang dirujuk di sini ialah ... 6 RUKUN IMAN: Pertama: Beriman kepada Allah Kedua: Beriman kepada Malaikat Ketiga: Beriman kepada Kitab Kempat: Beriman kepada Rasul Kelima: Beriman kepada Akhirat Keenam: Beriman kepada Qadak & Qadar Kurang 1 Rukun maka runtuhlah Iman. Menurut Imam Malik dan Imam Syafie, "Iman ialah Tasdiq (yakin) dengan hati, Ikrar dengan lidah dan beramal dengan jasad akan semua tuntutan RUKUN ISLAM. Iman tidak boleh diwarisi atau dipusakai kerana ia adalah HAK PERIBADI seseorang secara eksklusif. Kerana itulah pada masa ini ramai manusia yang lahir sebagai orang Islam tetapi gagal mengabdikan hidup kepada ALLAH. 6 bentuk paling ramai yang TIDAK BERIMAN: * MENYEKUTUKAN ALLAH dengan makhluk, tidak yakin dengan kuasa ALLAH, cinta ALLAH dan takdir ILAHI. * Melihat agama Islam sama seperti agama lain, yang melahirkan fahaman PLURALISME. * Memilih ALLAH dalam bab yang MEMUDAHKANNYA tetapi meninggal...