Skip to main content

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI



MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T. 

Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut: 


ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99). 

Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81) 

Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seperti mana makhluk yang merangkak di bumi:
“Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu Pencipta langit dan bumi dan makhluk-makhluk melata yang disebarkannya, dan DIA sanggup mengumpulkan mereka apabila dikehendaki-NYA.” 
(Surah Asy Syura: 29). 

Mengenai jenis, bentuk dan bilangan mereka, hanya ALLAH sendiri sahaja yang tahu sepertimana pengetahuan-NYA tentang penduduk bumi: 
Firman-NYA: “Tuhanmu lebih mengetahui tentang penghuni langit dan penghuni bumi.”
(Surah Al Isra’: 55). 

Semua makhluk berakal yang mendiami langit dan bumi, adalah milik ALLAH:
“Semua penghuni langit dan bumi adalah milik ALLAH.” (Surah Al Anbiya’: 19). 


Sesungguhnya mereka semua menyerahkan diri kepada ALLAH: “Apakah mereka mencari agama yang bukan agama ALLAH? Penghuni langit dan penghuni bumi telah menyerah kepada-NYA dengan suka atau kerana terpaksa, dan kepada-NYA mereka akan kembali.” (Surah Ali Imran: 83).

Mereka semua beriman dengan ALLAH dan menyembah-NYA. Mereka sujud kepada-NYA sebagaimana sujudnya Malaikat... dan ayat yang menguatkan bahawa makhluk-makhluk yang hidup di langit adalah mereka selain dari Malaikat: “Kepada ALLAH sujud penghuni langit dan penghuni bumi, dan Malaikat dan mereka tidak menyombongkan diri.” (Surah An Nahl: 49).

Segala penghuni langit yang termasuk matahari, bulan, planet dan bintang sujud kepada-NYA sebagaimana sujudnya penduduk  segala isi bumi yang terdiri daripada gunung, kayu-kayuan, ternakan dan sebagainya. 
ALLAH S.W.T mengingatkan: “Apakah tidak engkau perhatikan, bahawa kepada ALLAH bersujud apa sahaja penghuni langit, penghuni bumi, matahari, bulan, bintang, gunung-ganang, kayu-kayuan, binatang ternak dan sebahagian besar manusia. Tetapi sejumlah besar yang lain telah dipastikan azab ke atasnya. Siapa sahaja yang telah dihinakan ALLAH, tidak ada siapapun yang memuliakannya, sesungguhnya ALLAH berbuat apa yang dikehendaki-NYA.” (Surah Al Hajj: 18).
 
Sesungguhnya penduduk langit mengucapkan tasbih mensucikan Allah dengan cara yang khusus bagi mereka. “Mengucap tasbih kepada-NYA langit tujuh dan bumi dan segala penghuninya; tidak ada sesuatu melainkan bertasbih memuji-NYA, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka.” (Surah Al Isra’: 44).
 
Pujian dari penduduk langit kepada Allah terus menerus, seperti terus menerus pujian penduduk bumi: “Segala puji untuk Allah di langit dan bumi, baik waktu petang atau pun waktu zuhur.” (Surah Ar Rum: 18). 

Semua mereka tunduk kepada kehendak-NYA dan patuh kepada keinginan-NYA: “Segala penghuni langit dan bumi adalah hamba-NYA, semua mereka tunduk patuh kepada-NYA.” (Surah Ar Rum: 26).

 Al-Quran menjelaskan, bahawa penghuni langit berkata-kata dan berbicara: ALLAH berfirman: “Berkata Muhammad: Tuhanku mengetahui perkataan penghuni langit dan penghuni bumi; DIA Maha mendengar dan Maha mengetahui.” (Surah Al Anbiya’: 4). 

Sesungguhnya mereka percaya, bahawa ALLAH berkuasa menyampaikan cita-cita mereka dan memperkenankan permintaan mereka. Kerana itu tiap-tiap hari mereka meminta kepada ALLAH berbagai keperluan: “Meminta kepada-NYA penghuni langit dan penghuni bumi. Setiap hari DIA dalam kesibukan.” (Surah Ar Rahman: 29). 

Sesungguhnya penghuni langit akan dikumpul pada hari kiamat, sebagaimana dikumpul penghuni bumi, sehingga bangkitlah mereka dengan ditiup sangkakala, kemudian berbondong-bondong untuk diperiksa pada tiupan terakhir: “Dan ditiupnya sangkakala, lantas bangkitlah penghuni langit dan penghuni bumi, kecuali siapa-siapa yang dikehendaki ALLAH; kemudian ditiup sangkakala terakhir, maka sekonyong-konyong mereka berdiri menunggu...” (Surah Az Zumar: 68).


BAYANGKAN kalau Bumi itu ingkar pada perintah ALLAH. Ikut suka hendak pusing ke mana-mana.
BAYANGKAN kalau Mentari itu ingkar pada ALLAH. Ikut nafsunya mahu panas sebanyak mana, mahu lepak di mana-mana.
BAYANGKAN kalau udara itu ingkar pada ALLAH. Ikut suka hendak oksigen berapa peratus, nitrogen berapa peratus dan lain-lain.

Pasti dunia jadi huru-hara. Bahkan kita pun mungkin tidak wujud lagi. Tetapi mereka taat dan tunduk pada ALLAH, menyebabkan dunia ini indah, dan kita mampu hidup di dalamnya.

Begitulah kita kalau ingkar pada ALLAH S.W.T. pasti huru-hara kehidupan kita. Tetapi bila kita taat pada ALLAH S.W.T. kita akan rasa BAHAGIA! Arahan ALLAH itu ada hikmah-NYA.

Dalam Shahihnya, Muslim meriwayatkan dari Abdullah ibn Umar ibn 'Ash menuturkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH telah menetapkan takdir para makhluk sebelum menciptakan langit dan bumi dengan jarak 50,000 tahun, dan Arasy-NYA ada di atas air." (Tafsir Ibnu Katsir, 2/427).


Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...