Skip to main content

TAUBAT SI PENDOSA



WAHAI diriku, jangan berputus asa. Perhatikanlah nasihat Sang Guru:

Penyesalan adalah anugerah dari ALLAH سبحانه وتعالى. Penyesalan yang dirasai dalam diri, kerana lemahnya diri ketika menghadapi ujian ALLAH سبحانه وتعالى. Kemudian ingin kembali kepada ALLAH سبحانه وتعالى. Dan kemudian kembali semula kepada perbuatan lama, kemudian kembali semula kepada ALLAH.

Ini menandakan iman kamu masih kuat di hati kamu. Kamu rasa yang kamu pemaksiat atau pendosa. Tapi kamu masih ingat kepada ALLAH سبحانه وتعالى. Dan kamu masih ingin kembali kepada-NYA. Ketahuilah, selama mana kamu menyintai ALLAH سبحانه وتعالى , sesungguhnya ALLAH juga mencintai kamu. Demi ALLAH, jika ALLAH tidak mencintai kamu, DIA tidak akan mencampakkan ke dalam hati kamu satu PERASAAN KEPEDIHAN DAN KESEDIHAN... 'Wahai Tuhan, aku sudah  melakukan kesalahan.'

Perkara yang lebih bahaya dari maksiat adalah terus-menerus melakukan maksiat. Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidaklah mereka dipanggil sebagai orang yang terus menerus membuat dosa dari kalangan orang yang beristigfar bertaubat. Sekalipun kembali kepada maksiatnya tujuh puluh kali."

Jika syaitan itu tidak pernah putus asa untuk memasukkan kamu ke dalam Neraka, bagaimana kamu boleh berputus asa untuk masuk ke Syurga? Maka pada setiap kali kamu terasa diri kamu menguasai kamu, bererti syaitan telah merampas kehormatan kamu. Lantas, segeralah berwudhu, solat dua rakaat dan dalam sujud, katakanlah: "Ya ALLAH, diriku menjadi sangat dekat dengan KAU ketika sujud, tapi aku mengadu pada-MU segenap jiwa ragaku dan aku memohon pada-MU, bawalah hatiku serta diriku kepada-MU sehingga aku dapat rasa kemanisan berhubung dengan-MU dan sehingga aku berpisah dari maksiat ini."

Berdoalah kepada ALLAH سبحانه وتعالى, dengan cara yang mampu kamu ungkapkan. Berdoalah dengan bahasa yang kamu faham, mengadulah tentang diri kamu kepada ALLAH. Letakkan dan campakkan diri kamu di hadapan pintu ALLAH سبحانه وتعالى. Ketahuilah jika kamu buat semua ini dengan penuh penyesalan, kejujuran serta berazam tidak akan kembali semula, selesai sahaja solat kamu, ALLAH سبحانه وتعالى telahpun mengampun dosa-dosamu... Jika kamu benar-benar ikhlas.

Selepas itu, ambillah langkah pencegahan. Apakah yang membawa kamu ke arah dosa itu? Jauhi mereka yang berkelakuan buruk yang memudahkan kamu membuat jahat atau dosa. Jauhi mereka selangkah demi selangkah, bukan kerana kesombongan tapi kerana mahu menjaga diri kamu sendiri. Kewajipan yang kamu mesti laksanakan. Sesuatu yang salah di pandangan Islam, cubalah kamu ubah diri kamu itu."

"Setitis air mata yang takutkan ALLAH سبحانه وتعالى, di dunia boleh memadamkan seluas api neraka jahanam. Di akhirat setitis air mata pun tidak dapat berbuat apa-apa. Bukan hanya Taubat kerana berbuat maksiat. Akan tetapi taubat untuk ketaatan juga, perlukan beribu-ribu kali taubat."

(Nasihat dari  Al-Habib Ali bin Abdurrahman Al-Jufri).

Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...