Skip to main content

WAHAI JIWA YANG TENANG


BILA hati gusar dan fikiran dalam kebingungan, apa yang perlu dilakukan? Tambah lagi, dalam kehidupan yang sering bertemu dengan persimpangan yang sukar untuk diambil pilihan. Sudah pastilah ketenangan yang dicari. Panduan dan bimbingan-NYA yang didambakan.

Ketenangan pada hakikatnya adalah kurniaan ALLAH ta’ala yang hanya diberikan kepada orang-orang yang beriman. Tentang ketenangan ini ALLA Ta’ala berfirman:

هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَّعَ إِيمَانِهِمْ ۗ وَلِلَّـهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ﴿٤﴾

“DIA yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan ALLAH tentera langit dan bumi dan hanya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al Fath ayat 4)

As Syeikh Abdurrahman As-Sa’dy rahimahullah berkata,

يخبر تعالى عن منته على المؤمنين بإنزال السكينة في قلوبهم، وهي السكون والطمأنينة، والثبات عند نزول المحن المقلقة، والأمور الصعبة، التي تشوش القلوب، وتزعج الألباب، وتضعف النفوس، فمن نعمة الله على عبده في هذه الحال أن يثبته ويربط على قلبه، وينزل عليه السكينة، ليتلقى هذه المشقات بقلب ثابت ونفس مطمئنة، فيستعد بذلك لإقامة أمر الله في هذه الحال، فيزداد بذلك إيمانه، ويتم إيقانه

“ALLAH mengkhabarkan tentang kurniaan-NYA ke atas orang-orang yang beriman dengan diturunkan kepada hati mereka sakinah iaitu ketenangan. Ia adalah ketenangan dan keteguhan dalam keadaan terhimpit dengan ujian dan kesulitan yang menggugah hati, mengganggu fikiran dan melemahkan jiwa. Maka di antara nikmat ALLAH atas orang-orang yang beriman dalam keadaan ini adalah, ALLAH meneguhkan dan menguatkan hati mereka agar mereka sentiasa dapat menghadapi keadaan ini dengan jiwa yang tenang dan hati yang teguh, sehingga mereka tetap mampu menunaikan perintah ALLAH dalam keadaan sukar seperti mana sekali pun. Maka bertambahlah keimanan mereka, semakin sempurnalah keteguhan keyakinan mereka.” (Kitab Tafsir Taisir al Karim: 791)

Panduan yang terdapat dalam al Qur`an dan sunnah untuk meraih ketenangan:

1. Berkumpul dalam rangka mencari ilmu.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا اجتمعَ قَوم في بيت من بُيُوتِ الله تباركَ وتعالى يَتْلُونَ كتابَ الله عزَّ وجلَّ ، ويَتَدَارَسُونَهُ بينهم ، إِلا نزلت عليهم السكينةُ ، وَغَشِيَتْهم الرحمةُ ، وحَفَّتْهم الملائكة ، وذكرهم الله فيمن عنده
“Tidaklah suatu kaum berkumpul dalam sebuah rumah ALLAH Tabaraka Wa Ta’ala, mereka membaca Kitabullah azza wa jalla, mempelajarinya sesama mereka, melainkan akan turun kepada mereka sakinah ketenangan , rahmat akan meliputi mereka, para malaikat akan mengelilingi mereka dan ALLAH sentiasa menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang berada di sisi-NYA.” (Hadis Riwayat Muslim no. 2699)

Ketenangan hadir berserta dengan ilmu dan panduan bimbingan ALLAH.

2. Berdoa.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya pernah mengulang-ulang kalimat doa berikut dalam perang ahzab:

‎فَأَنْزِلَنَّ سَكِيْنَةً عَلَيْنَا   وَثَبِّتِ الأَقْدَامِ إِنْ لَاقِينَا
“Maka turunkanlah ketenangan kepada kami, serta teguhkanlah kaki-kaki kami saat kami bertemu (musuh).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Maka ALLAH memberikan mereka kemenangan dan meneguhkan jiwa mereka.

3. Membaca al Quran.


Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

« تِلْكَ السَّكِينَةُ تَنَزَّلَتْ بِالْقُرْآنِ »
“Ia adalah ketenangan yang turun karena al Qur`an.” (Hadis Riwayat Bukhari: 4839, Muslim: 795)

4. Memperbanyak zikrullah.
ALLAH berfirman:

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenteram.”
(Surah Al Ra’du ayat 28)

5. Bersikap wara’ (hati-hati) dari perkara syubhat.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

الْبِرُّ مَا سَكَنَتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ وَالإِثْمُ مَا لَمْ تَسْكُنْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَلَمْ يَطْمَئِنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ وَإِنْ أَفْتَاكَ الْمُفْتُونَ
“Kebaikan itu adalah yang jiwa merasa tenang dan hati merasa tenteram kepadanya. Sementara dosa adalah yang jiwa merasa tidak tenang dan hati merasa tidak tenteram kepadanya, walaupun orang-orang memberimu fatwa (mejadikan untukmu keringanan).”
(Hadis Riwayat Ahmad no. 17894)

6. Jujur dalam berkata dan berbuat.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ
“Sesungguhnya jujur itu ketenangan dan dusta itu keragu-raguan.” (Hadis Riwayat Tirmidzi no: 2518)

Begitulah, semua ketaatan kepada ALLAH dan sikap sentiasa bersegera kepada amal soleh adalah di antara sebab yang akan membawa ketenangan kepada hati seorang mukmin. Bersedia mendengar dan berusaha untuk mentaati ALLAH dan rasul-NYA akan menjadikan hati semakin tenang dan teguh.

ALLAH ta’ala berfirman:

وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا ﴿٦٦﴾ وَإِذًا لَّآتَيْنَاهُم مِّن لَّدُنَّا أَجْرًا عَظِيمًا ﴿٦٧﴾ وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا ﴿٦٨﴾
“…Dan sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan (iman mereka), dan kalau demikian, pasti Kami berikan kepada mereka pahala yang besar dari sisi Kami, dan pasti Kami tunjuki mereka kepada jalan yang lurus.” (Surah An Nisâ ayat 66-68)

Justeru, yakinlah, dalam ilmu ada panduan dan petunjuk-NYA. Dan dalam panduan dan petunjuk-NYA itulah ada ketenangan. Hanya dengan mengembalikan hati kepada-NYA, ketenangan dan ketenteraman yang mutlak akan dapat dicapai.



يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾
"Hai jiwa yang tenang
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-NYA.
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-KU.
masuklah ke dalam surga-Ku."
(Surah Al Fajr ayat 27-30)

KONTRA SIKAP MANUSIA

Juruterbang pesawat yang mengalami masalah teknikal itu sedar beliau hanya makhluk ciptaan Tuhan yang terbatas kemampuannya. Kerana itu dia meminta para penumpangnya berdoa dan memohon pertolongan kepada Maha Pencipta ketika berpatah balik ke lapangan terbang dari mana ia berlepas. Dengan izin-NYA pesawat berjaya mendarat dengan selamat. 

Ini berbeza dari sikap Kapten Kapal Titanic yang mengatakan 'Not Even God Can Sink It!'. Inilah antara manusia yang angkuh. Ketika di ambang bahaya dia masih enggan memohon doa dan bertaubat kepada ALLAH. 

"Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali DIA, maka tatkala DIA menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu selalu tidak berterima kasih." (Surah Al-Isra ayat 67)
 . 

Comments

Popular posts from this blog

IMAN BUKAN WARISAN

6 - 1 = 0. Jawapan ini betul. 6 - 1 = 5. Jawapan ini salah. Angka 6 yang dirujuk di sini ialah ... 6 RUKUN IMAN: Pertama: Beriman kepada Allah Kedua: Beriman kepada Malaikat Ketiga: Beriman kepada Kitab Kempat: Beriman kepada Rasul Kelima: Beriman kepada Akhirat Keenam: Beriman kepada Qadak & Qadar Kurang 1 Rukun maka runtuhlah Iman. Menurut Imam Malik dan Imam Syafie, "Iman ialah Tasdiq (yakin) dengan hati, Ikrar dengan lidah dan beramal dengan jasad akan semua tuntutan RUKUN ISLAM. Iman tidak boleh diwarisi atau dipusakai kerana ia adalah HAK PERIBADI seseorang secara eksklusif. Kerana itulah pada masa ini ramai manusia yang lahir sebagai orang Islam tetapi gagal mengabdikan hidup kepada ALLAH. 6 bentuk paling ramai yang TIDAK BERIMAN: * MENYEKUTUKAN ALLAH dengan makhluk, tidak yakin dengan kuasa ALLAH, cinta ALLAH dan takdir ILAHI. * Melihat agama Islam sama seperti agama lain, yang melahirkan fahaman PLURALISME. * Memilih ALLAH dalam bab yang MEMUDAHKANNYA tetapi meninggal...

ZAMAN MUNCUL IMAM MAHADI DAN NABI ISA A.S

Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.  Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak kenali. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawa...

SAKARATUL MAUT

DI ANTARA saat yang paling ditakuti ialah saat Sakaratul Maut. Ketika nyawa di kerongkong sebelum dicabut keluar oleh malaikat Izrail. Inilah saat penentu nasib kita di akhirat. Seperti amal ibadah yang dikira di penghujung, sama ada ikhlas atau tidak, begitu juga dengan kehidupan kita, dikira pada penghujungnya. Di saat akhir inilah Iblis dan Syaitan berusaha habis-habisan untuk menyesatkan manusia. Mereka datang secara gerombolan. Ada syaitan yang datang menyerupai ibu bapa, guru dan sebagainya. Ada syaitan yang datang menyerupai benda yang kita sayang dan menyerupai benda yang kita benci. Sasaran utama syaitan ialah "supaya Anak Adam mati dalam keadaan tercabut iman (tidak membawa iman)"  Keadaan ketika Sakaratul Maut amat mengerikan. Di antaranya dibuka hijab hingga orang yang hampir mati itu dapat melihat alam ghaib, dapat melihat seluruh amalan waktu dia hidup dan dapat melihat nasibnya di akhirat nanti. Mati dalam beriman serta dapat mengucap "Laaa ilaaha illallah...