Skip to main content

KONSEP REZEKI


KONSEP Rezeki Pertama

Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ini.

Konsep Rezeki Kedua

Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita. Contohnya, kita sudah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjam duit itu kepada orang lain. Atau,  mensedekahkan bahagian rezeki kita kepada orang lain. Ramai orang yang tidak nampak rezeki bahagian ni, sedangkan ini adalah rezeki juga. Selalunya bila tiba rezeki ini, kita merungut dan menyalahkan takdir dan segala-galanya.
 
Sebenarnya, Tujuan ALLAH aturkan rezeki begini untuk kita Menyucikan harta kita, mengampunkan dosa kita. MEMberi kita nikmat yang lebih banyak, tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.

Konsep Rezeki Ketiga

Rezeki yang kita tidak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah. Banyak rezeki bahagian ini yang kita selalu lupa dan selalu tidak nampak. Contohnya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita tak usaha tapi ALLAH datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.

Contoh lain - ILMU free, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tiba-tiba duit datang entah dari mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi ALLAH bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?

Dalam Surah Ar Rahman, ALLAH ada ingatkan,
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

ALLAH terangkan dalam surah itu, banyak rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tidak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan ALLAH. 😔

Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab itulah, tiba-tiba peti sejuk rosak, jumlah tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu. Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah ALLAH tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita kongsi dengan orang lain, supaya rezeki kita dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.

Masya ALLAH punya sayang ALLAH kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat ALLAH dan complain. 

Konsep Rezeki Keempat

Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda. Rezeki bukan duit semata. Nikmat ALLAH ni luas sangat. Bila kita menolong orang, sebenarnya bukan kita yang tolong orang itu, tetapi ALLAH tolong dia melalui kita. ALLAH izinkan kita ada rezeki, kudrat, masa dan kesihatan untuk menolong orang dan memberi rahmat kepada insan dan makhluk ALLAH yang lain. Kita patut tahu rezeki ni hanyak cabangnya. Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukuri?

In shaa ALLAH, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni.

KISAH REZEKI

Ada seorang lelaki sedang berjalan di padang sahara.Tiba-tiba dia terdengar ada suara dari langit menyebut "Sirami ladang si Fulan..."

Dia memandang ke arah awan dan saat itu juga awan berkumpul dan berarak ke arah tertentu. Lalu hujan turun menyirami padang berbatu hingga membanjiri lembah dan mengalir ke saluran kering. 
Lelaki itu terus mengikuti aliran air hingga tiba ke sebuah kebun. Dia melihat seorang lelaki sedang berdiri sambil menyebarkan air ke bahagian kering yang lain.

Lelaki yang turun dari Padang Sahara itu bertanya, " Siapa nama awak?"

Pemilik kebun itu menjawab, " Nama saya Fulan bin Fulan. Mengapa awak tanya nama saya?"

Dijawab oleh lelaki dari Padang Sahara, " Sungguh tadi saya mendengar suara dari arah langit yang menyebutkan nama awak. Apakah amalan yang telah awak buat selama ini?"

Pemilik kebun menjawab, " Saya sentiasa merawat hasil tanaman ini. Sepertiga saya sedekahkan. Sepertiga buat makan saya dan keluarga. Sepertiga lagi untuk merawat kebun."

Demikianlah hebatnya orang-orang yang sentiasa menyiapkan rezekinya untuk bersedekah tanpa merasa takut dan rugi. Sedekah itu adalah pemanggil rezeki yang semakin penuh barakahnya.


Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...