Skip to main content

PELAJARAN DI SETIAP SUDUT KEHIDUPAN


KETIKA jalan di hadapan semakin sukar, cabaran pula semakin tegar, berhenti sebentar dan ingatlah ALLAH itu Maha Besar. 

Pohonlah petunjuk agar jalan tidak tersasar. Bertahan, kuatkan hati untuk menumpang pedih. Kuatkan jiwa saat berlabuh untuk ciptakan teguh. Langit mana tidak bergulung mendung dan mengurai hujan. 
Jiwa mana tidak tersadung dan rebah dilambung payah. Hidup mana tidak diusik musibah. 

Iman, kadang tergugat dan naluri kadang diuji penat dan serba tidak kena. Ketika kegusaran ini, apakah yang perlu kita miliki? Jawapannya adalah KASIH SAYANG ILAHI. 

Bila saat sukar itu datang, menghadaplah ke arah qiblat. Perbanyakkanlah istighfar kepada-NYA dan katakanlah pada hati sendiri bahawa apa yang terjadi hari ini adalah kehendak ALLAH dan telah diaturkan-NYA sedemikian rupa. Maka berlapanglah dada dan kembali bersangka baik. Sesungguhnya ALLAH Maha Tahu dan Maha Mengerti.

Di sepanjang tapak-tapak bertatih, menggagahi hidup yang jerih, terkadang onak dan duri terpaksa dipilih. Merangkak di jalan guris dan letih. Menelan walau racun mendidih. Melawan hentakkan ujian yang bertindih. Setia, jujur, ikhlas, kasih tidak beralih. Sekalipun segalanya diusik pedih. ALLAH menguji kerana kasih. Siapakah diri untuk berdalih. Tetapkanlah hati, teruslah jernih

Seandainya ada kekuatan yang patah, bertongkatlah kerana ALLAH. Dia mengerti bagaimana mahu merawat luka nan parah. Seandainya ada kecewa dan gundah, kembalikan ia kepada ALLAH. Dia memahami bagaimana hati itu. Bukankah DIA yang selama ini bersamamu? Biar setinggi mana ombak dugaan melanda. Biar seganas mana badai masalah menghempas, tanamkanlah sauh ketetapan iman agar tidak berganjak haluan.

Semoga kita semua tetap berpegang kepada satu jalan.. tidak lain hanya menuju kepada ALLAH Yang Maha Esa. 

Jika susah hati, jangan beratkan ia dengan rintihan dan keluhan. Bersabarlah dan tetapkan iktibar pada diri dengan doa yang bersungguh. ALLAH akan datang memberikan pelukan-NYA. 
Insya Allah.. 

KONTRA


Mahu belajar SABAR? Kita akan bertemu dengan orang yang keras kepala.
Mahu belajar MEMAAFKAN? Kita akan bertemu orang yang menyakiti kita.
Mahu belajar MEMBERI?  Kita akan dihadapkan dengan orang yang kekurangan.
Mahu RENDAH HATI? Akan ada orang yang merendah-rendahkan diri kita.

Khabar buruknya, "HIDUP INI TAKKAN ADA YANG SEMPURNA!"
Khabar baiknya, "KITA TAK PERLU HIDUP YANG SEMPURNA UNTUK MENIKMATINYA!"

Apapun yang sedang kita hadapi, inilah PROSES BELAJAR DAN MELATIH DIRI MENJADI LEBIH BIJAKSANA, BERSYUKUR, IKHLAS, BERKASIH SAYANG DAN MATANG.

Menggapai ketenangan dan kebahagiaan hati.

Wallahu'alam

Comments

Popular posts from this blog

PERLUKAH BERI BANTUAN?

BENARKAH MEREKA YANG MENERIMA BANTUAN ITU MEMALUKAN DAN MENYUSAHKAN? Nabi S.A.W sebelum wafat berpesan: " Sesungguhnya mereka yang paling baik di kalanganku ialah mereka yang meminta haknya daripadaku atau menghalalkannya agar aku bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan yang baik.." (Kitab Al A'adalah Fil Islam)  Sebagai pemimpin yang baik dan berkebajikan maka ingatlah bahawa... 1-Ada rakyat faqir miskin yang memerlukan bantuan, itulah ujian bagi mereka. ALLAH juga beri ujian kepada yang memegang kekayaan, adakah mereka amanah dengan harta yang ALLAH telah berikan. 2-Kadangkala rakyat yang hidup sederhana juga, walaupun mungkin tidak miskin, tetapi dalam keadaan tertentu turut memerlukan bantuan. Maka pemerintah kena bantu kebajikan mereka. 3-Ada rakyat yang asalnya kaya dan banyak duit, tapi kerana potongan cukai, insuran, hutang dan sebagainya terpaksa memerlukan bantuan. Maka pemerintah yang berkebajikan mestilah membantu Daripada hadis di atas, Nabi S.A.W. menyatakan ba...

KEMURUNGAN

  1. APA ITU KEMURUNGAN Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. 2. PENYEBAB/PUNCA KEMURUNGAN • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walau bagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm bol...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...