Skip to main content

PERLUKAH BERI BANTUAN?



BENARKAH MEREKA YANG MENERIMA BANTUAN ITU MEMALUKAN DAN MENYUSAHKAN?

Nabi S.A.W sebelum wafat berpesan:
" Sesungguhnya mereka yang paling baik di kalanganku ialah mereka yang meminta haknya daripadaku atau menghalalkannya agar aku bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan yang baik.."
(Kitab Al A'adalah Fil Islam) 

Sebagai pemimpin yang baik dan berkebajikan maka ingatlah bahawa...

1-Ada rakyat faqir miskin yang memerlukan bantuan, itulah ujian bagi mereka. ALLAH juga beri ujian kepada yang memegang kekayaan, adakah mereka amanah dengan harta yang ALLAH telah berikan.

2-Kadangkala rakyat yang hidup sederhana juga, walaupun mungkin tidak miskin, tetapi dalam keadaan tertentu turut memerlukan bantuan. Maka pemerintah kena bantu kebajikan mereka.

3-Ada rakyat yang asalnya kaya dan banyak duit, tapi kerana potongan cukai, insuran, hutang dan sebagainya terpaksa memerlukan bantuan. Maka pemerintah yang berkebajikan mestilah membantu

Daripada hadis di atas, Nabi S.A.W. menyatakan barangsiapa, iaitu sesiapa sahaja yang berada dalam keadaan memerlukan, maka mintalah kepada Nabi S.A.W yang dapat memberi bantuan. Yang betul-betul memerlukan apabila meminta daripada Nabi S.A.W. adalah dari kalangan rakyatnya yang terbaik...

Tiada siapa yang hendak meminta kalau bukan betul-betul susah. Maka bersangka baiklah.  

Dunia hari ini adalah dunia golongan orientalis mengumpulkan kekayaan, yang dipasakkan dengan perasaan bahawa orang miskin tidak perlukan sedekah, ...kena berusaha, ...mesti menjadi kaya sehingga mampu bayar cukai. Itulah yang dikatakan berusaha dan berjaya..!!

Sedangkan hakikatnya..
" We actually live  in a world that plays on us not feeling OK.. A world that magnifies our
" INSECURITIES"  and can make us feel unhappy about who we are.. What we do and what we look like.. "
( Paul Mc Gee : How To Have A Great Life)


Hakikatnya, ramai di antara kita rasa insecure, ... tidak selamat, .. tidak kukuh, ...ekonomi keluarga tidak terjamin. Hakikatnya, amalan hidup keluarga kita berlawanan dengan cara hidup ekonomi keluarga Islam. Buktinya ialah :

1-Isteri terpaksa bekerja membantu suami sedangkan Islam menyatakan yang terbaik ialah isteri menjadi Rabbatul Bait yang menjaga urusan rumah, makan minum suami dan anak anak supaya kasih sayang bercambah di rumah yang penuh bahagia.

2- Suami terpaksa buat kerja overtime bagi menampung sara hidup keluarga. Suami pulang kerja lewat disebabkan overtime, walaupun sebenarnya dia bosan gila dengan kerja tambahan itu. Padahal Islam sudah menyatakan malam itu untuk beristirehat, siang untuk bekerja.  


3- Ada suami isteri yang bekerja dan berniaga online bagi menampung pendapatan.. Jual kek,  kain,  biskut, makanan, barang make up dan lain-lain, semata-mata hendak tambah pendapatan sehingga
hidup jadi sibuk siang malam. Padahal Islam menetapkan ada masa untuk ALLAH, diri dan keluarga.

4- Berapa ramai yang buat pinjaman bank untuk pembiayaan peribadi, kad kredit, pinjaman koperasi, pinjaman kereta, rumah dan berbagai lagi sehingga menunjukkan ekonomi keluarga tidak stabil. Dipermudahkan pula pinjaman dengan riba yang tinggi, sedangkan  Islam memerangi riba.."ISLAM ADA CARA MEMUDAHKAN PINJAMAN TANPA RIBA"

5-Ada umat Islam yang naif, tak baca pun perjanjian dalam bahasa Inggeris dalam surat perjanjian. Kemudian mereka diganggu oleh DEBT COLLECTOR dan geng ALONG yang menuntut hutang.    Sedangkan dalam Islam mengganggu keselamatan saudara seIslam adalah dilarang. Perlu ada pemantauan daripada pihak pemerintah dalam masalah ini.

Ada yang kata, "Hek eleh, pandai berhutang pandailah bayar. Sapa suruh berhutang..?" Adalah tidak patut dikatakan seperti itu kerana kita tidak tahu apa masalah saudara kita ketika mereka berhutang. Kecuali, yang betul-betul berhutang dan buat masalah sengaja tak mahu bayar.

Apa pun, kita perlu menyelami masalah saudara kita yang lain. Sentiasa ada niat untuk membantu mereka. Jangan bersangka buruk, mereka adalah penyebab ALLAH berikan kekayaan kepada sesebuah negara. Sebagaimana yang dipesan oleh Nabi S.A.W. bahawa wujudnya orang faqir dan miskin adalah punca ALLAH berikan rezeki, membukakan rahmat dan barakah kepada  sesebuah negara. Jika kita abaikan mereka, tidak mustahil negara tidak maju dan ekonomi jadi gawat. 

Wallahuaalam bissowab

(Sumber dari FB Ustaz Ahmad Munawir b Salehuldin)



♡ Bukan mudah hendak memaafkan ketika hati sedang marah. TETAPI, beruntunglah orang yang  mampu mengawal nafsu amarahnya.
♡ Bukan mudah untuk bersifat pemurah apabila diri sendiri berada dalam keadaan miskin tanpa harta. TETAPI, beruntunglah orang yang sanggup mengorbankan keperluan sendiri demi memenuhi keperluan orang lain.
♡ Bukan semua orang mampu mengawal diri ketika sedang bersendirian, berada jauh dari÷ pandangan manusia lain. TETAPI, beruntunglah orang yang yakin ALLAH sentiasa mengawasinya tidak kira dia berada dalam keramaian atau bersendirian.
♡ Bukan semua orang berani menyatakan perkara yang benar kepada pemimpin yang sedang yang melakukan maksiat kepada ALLAH. TETAPI beruntunglah orang yang sentiasa berkata dan menyampaikan perkara yang benar serta tidak takut kepada sesiapa melainkan takut kepada ALLAH S.W.T semata-mata...

Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...