Skip to main content

AYAH DAN IBU MALAIKAT TIDAK BERSAYAP


BERIBU kali kamu sujud, berjuta kali kamu sedekah, berjam-jam kamu berdoa, tetap ALLAH tidak akan terima jika kamu biarkan terlantar sosok IBUmu yang telah berjuang dengan taruhan nyawa saat dia mengandungkan dan melahirkan kamu di muka bumi ini. Berjaga setiap malam hanya demi menjaga tidurmu dan mengelus lembut kepalamu. 

Sampai dia sakitpun, dia tetap berusaha keras agar nampak sihat. Dia tidak mahu kamu ikut merasakan sakitnya. Hingga kamu dewasa pun ibu ayahmu masih memperlakukanmu dengan cara yang sama, mendidikmu merawat dan mencurahkan sepenuhnya kasih sayang untukmu.

Sosok AYAHmu telah berjuang hingga nyawanya juga di hujung tanduk ketika  melawan panasnya terik matahari, kerasnya ombak laut, cobaan hidup yang dia alami di luar sana tanpa kamu tahu, demi sesuap nasi untuk anak-anaknya. Dia tetap tersenyum saat berada dihadapanmu agar kamu tidak ikut hanyut dalam kesedihannya, dalam kerasnya perjuangan dia mencari rezeki untuk anak-anaknya. 

Akhirnya kamu berjaya dalam hidup, sedangkan ketika itu AYAH dan IBUmu sudah lemah, wajah sudah berkeriput, tulang menjadi rapuh.Namun, kamu biarkan mereka TERLANTAR. Inikah BALASANMU setelah mereka berusaha sehabis daya membesarkan kamu. Di manakah hati nuranimu?

Semoga ayah ibu kita semua sentiasa dimuliakan ALLAH dan lelah dan letih mereka digantikan dengan Syurga… 

DIA MERTUAKU DIA JUGA IBUKU

[Sumber- Al Faqir ila 'afwi Robbih]



IBU tua itu mempunyai 3 orang anak lelaki yang kesemuanya sudah berumah tangga. Suatu hari dia  menziarahi anak sulung dengan tujuan  ingin tinggal di rumah itu bersama keluarganya.

Pada pagi itu, aku meminta air untuk berwudhu' kepada menantu sulungnya. Malangnya air lebihan wudhu' tertumpah ke atas katil tempat tidurnya. Ketika menantu sulung datang untuk menghantar sarapa, si ibu memberitahunya, "Ananda, beginilah masalah kalau sudah tua. Semalam ibu terkencing di atas katil".

Dengan spontan menantu sulung marah dan melemparkan kata-kata kasar, pedas dan jelek. Dia menyuruh ibu mertuanya mencuci dan mengeringkannya kembali. Kalau tidak dilakukan .... awas! Ibu menahan kemarahannya, lalu membersihkan tempat tidur dan mengeringkannya kembali.

Keesokannya dia pergi ke rumah anakku yang tengah. Di sana juga dia melakukan hal yang sama. 
Meledak marah menantu tengah dan bertindak sama seperti menantu sulung. Bahkan dia mengadukan hal itu kepada suaminya. Anak tengah itu diam saja,  tidak memarahi isterinya dan tidak pula membela ibunya.

Pada hari ketiga ibu tua pergi ke rumah anak bongsu. Di rumah itu pun dia melakukan hal yang serupa. 
Ketika menantu bongsu datang menghantar sarapan, ibu beritahu bahawa semalamnya dia telah  terkencing di atas katil.

Sambil tersenyum ramah menantu bongsu berkata, "Tidak mengapa, ibu. Memang biasalah orang tua. Dulu selalu juga kami terkencing di pangkuan ibu kami semasa masih kecil".

Ibu tua membersihkan tempat tidur itu, dikeringkan dan diberi wangian. Pada siang hari itu, ibu berkata kepadanya, "Ibu ada seorang kawan. Dia minta tolong ibu belikan perhiasan emas untuknya, tapi ibu tak tahu macam mana ukurannya. Orangnya lebih kurang macam kamu. Tolong berikan pada ibu ukuran tanganmu".



Setelah mendapatkan ukuran yang diinginkan, dia pergi ke kedai dan membeli bermacam-macam perhiasan emas. Sebenarnya dia sendiri pun memang ada wang yang banyak. Setelah itu dia pun kembali ke rumahnya sendiri.

Pada petang itu dia memanggil kesemua anak dan menantu supaya datang ke rumahnya. Dikeluarkan semua perhiasan emas yang sudah dibeli dan menceritakan perihal sebenarnya. Dia memang sengaja menumpahkan air wudhu' di atas katil,  dan dia tidak pun terkencing waktu tidur. Dipanggilnya menantu bongsu, lalu dipakaikan semua perhiasan itu ke tubuhnya dan berkata, "Inilah anak tempat aku bersandar nanti masa aku sudah semakin tua. Aku akan menghabiskan sisa-sisa umurku bersamanya".
Hampir saja menantu sulung dan menantu tengah pengsan menahan malu dan rasa kesal.

Ibu tua itu berkata kepada  anak-anaknya, "Bila kamu semua sudah tua, macam itulah nanti layanan anak-anak kepada kalian. Bersiap-siaplah untuk menyesal pada hari itu sebagaimana menyesalnya aku atas letihnya aku mengasuh kalian sejak kecil. Adik kamu akan hidup bahagia dan akan menemui Tuhannya dalam keadaan gembira. Kamu berdua tidak dapat perkara seperti ini dari isteri-isteri kamu kerana kamu tidak mendidik mereka tentang nilai seorang ibu".

رب اغفر لي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا

TIPS MENGGEMBIRAKAN IBU BAPA.

1. Apabila ibu bapa bertanya, jawab dengan baik. Usah biarkan pertanyaan ibu bapa, termasuklah di WhatsApp, tidak berjawab. Walaupun ibu bapa tidak beritahu anak-anak, percayalah mereka kecil hati.

2. Gunakan ayat yang penuh apabila berkomunikasi dengan ibu bapa. Elak, "Sudah." Sebaliknya jawab, "Saya sudah makan malam tadi." Ayat ini lebih manis di telinga ibu bapa. Usah gunakan gaya percakapan kawan-kawan dengan ibu bapa.

3. Usah tunggu ibu bapa bertanya. Elok anak-anak yang mula bertanya ibu bapa. Anak-anak boleh bertanya adakah ibu bapa sihat, adakah mereka sudah makan, dan apakah aktiviti ibu bapa hari ini. Ibu bapa amat berbesar hati apabila melihat anak-anak prihatin dengan mereka.

4. Biasakan menzahirkan kasih-sayang kepada ibu bapa. Ucap terima kasih. Ucap "Saya sayangkan emak." Ucap "Saya rindukan ayah." Perkataan ini tidak susah diungkapkan, namun beri makna yang besar kepada ibu bapa.

5. Sekira ada perkataan ibu bapa yang kurang menyenangkan, elok berdiam diri saja. Sebagai manusia, ada masa mereka marah. Ada masa mereka sedih. Usah melawan dan berbalas-balas cakap dengan ibu bapa. Mereka sudah cukup berkorban rasa dengan kita.

6. Apabila ibu bapa membesarkan anak-anak selama lebih 20 tahun, mereka ada deria rasa yang tinggi. Melihat muka anak atau mendengar beberapa patah perkataan saja, mereka sudah dapat meneka apa yang anak-anak lakukan. Usah berbohong dengan ibu bapa. Mereka cukup terkilan apabila kena bohong dengan anak-anak.

7. Walau bagaimana sekali pun kita rasa pendapat ibu bapa salah, selagi ia tidak bercanggah dengan syarak, maka raikan pendapat tersebut.

8. Kebanyakan ibu bapa tidak mengharapkan harta benda anak-anak. Selama ini pun, ibu bapa sudah korbankan banyak harta benda mereka kepada anak-anak. Ada kala ibu bapa ikat perut kerana nak beri kesenangan kepada anak-anak. Apabila ibu bapa minta tolong belikan sesuatu, usah lihat itu sebagai membebankan.






Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...