Skip to main content

INDAHNYA REDHA


ALLAH S.W.T. berfirman:

"INILAH hari (kiamat) yang padanya (orang yang benar pada tutur kata dan perbuatannya) mendapat manfaat daripada kebenaran mereka. Mereka mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pula redha terhadapNya.Itulah kejayaan yang amat besar."
(Surah al-Ma'idah 5: 119)

💛 KEREDHAAN membawa keimanan yang melimpah. Orang yang redha hatinya terangkat hingga ke tempat paling tinggi, yang kemudian mempengaruhi keyakinannya yang semakin mendalam dan kuat mengakar. Kesannya adalah kejujuran dalam berucap, berbuat dan berperilaku.

💛 KESEMPURNAAN penghambaan diri seseorang terletak pada amalannya dalam hal-hal berat  bersangkutan hukum hakam yang telah ditetapkan ke atas dirinya. Andai dia cuma  mengamalkan hanya sebahagian amalan sahaja menurut citarasa sendiri, tentulah sikap ini sangat jauh dari  penghambaan sebenar kepada ALLAH Taala. Penerapan sikap sabar, tawakal, tawaduk, berhajat, hina, patuh dan sebagainya itu masih belum dapat direalisasikan kecuali dengan mematuhi ketentuan yang ditetapkan ke atas diri hamba berkenaan sekalipun dia tidak suka. Keredhaan terhadap qadha bukan bererti redha terhadap qadha yang ringan semata, bahkan juga terhadap qadha yang menyakiti serta  memberatkan.

💛 HAMBA tidak berhak mengatur qadha dan qadar ALLAH,  dengan menerima yang dia mahu dan tidak menerima yang dia tidak suka. Pada dasarnya manusia tidak diberikan hak untuk memilih. Hak itu milik ALLAH kerana DIA lebih bijaksana, lebih agung serta mengetahui segala rahsia, alam ghaib juga akibat dari segala hal.

🏵 REDHA DIBALAS REDHA

💛 REDHA hamba kepada ALLAH dalam segala hal akan membuat ALLAH redha kepadanya. Ketika hamba redha dengan rezeki yang sedikit, maka ALLAH akan redha kepadanya dengan amal sedikit yang dia persembahkan. Ketika hamba redha terhadap semua keadaan yang merangkuminya dan tetap pertahan kualiti redha itu, maka ALLAH akan cepat meredhainya ketika dia meminta.

💛 LIHATLAH pada orang-orang yang ikhlas. Walaupun ilmu mereka sedikit, tetapi ALLAH meredhai semua usaha mereka kerana memang mereka redha kepada ALLAH lalu ALLAH juga meredhai mereka.

💛 SIKAP tidak redha adalah pintu ke arah keresahan, kesedihan, kekacauan hati, kemurungan dan prasangka yang tidak seharusnya ditujukan kepada Allah. Sedangkan redha itu akan melepaskan hamba dari kesemua keadaan berkenaan dan membukakan pintu syurga dunia sebelum pintu syurga akhirat.

💛 KETENANGAN jiwa tidak akan tercapai dengan menentang qadar dan melawan qadha ALLAH. Ia tercapai bila hamba menyerahkan diri, redha, tunduk dan menerima serta patuh kepada Pengatur, Zat Yang Sangat Bijaksana.

💛 SESUNGGUHNYA keredhaan akan mencipta ketenangan dalam hati yang kuat dan tegar menghadapi pelbagai masalah yang muncul bertindih-tindih dan deras sekali. Hati yang redha yakin sepenuhnya kepada janji ALLAH dan Rasul-NYA. Hati orang seperti ini seakan-akan dibisikkan suara:

"INILAH yang telah dijanjikan ALLAH dan Rasul-NYA kepada kami dan benarlah ALLAH dan Rasul-NYA. Dan yang demikian tidaklah menambah kepada mereka kecuali keimanan dan ketundukan."

(Surah al-Ahzab 33: 22)

WALLAHU A'LAM
LA HAULAWALA QUWWATA ILLA. BILLAHIL 'ALIYIL 'ADZIM
 SEMOGA bermanfaat dan berkat serta diterima ALLAH sebagai ibadah kepada semua sahabat yang sempat hadir berkongsi sedikit ilmu ini.

💛 BI IDZNILLAHI TA'ALA
      AAMIIN.

📌 LA TAHZAN oleh Dr. Aidh Abdullah al-Qarni (2017)

Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...