Skip to main content

MERTUA ... MENANTU


WAHAI lelaki bergelar SUAMI, jika kamu telah menikah, jangan pernah satukan isterimu dengan keluargamu kerana jika kamu tidak boleh bersikap adil terhadap kedua-duanya, maka tanpa disedari kamu boleh jadi anak derhaka dan juga suami yang zalim.

Kamu harus sedar bahawa kamu sedang mencipta keluarga baru iaitu kamu dan isterimu, bukan dengan orang tuamu atau orang tuanya. Mereka hanyalah bahagian dari kehidupan baru yang kamu mulai.

Wahai ibu mertua, kamu pun harus sedar, ketika anak lelakimu menikah ertinya dia akan menjadi pemimpin dan imam dalam sebuah keluarga baru. Janganlah kamu turut campur kecuali dalam hal-hal kebaikan. Kamu memang ibu bagi anakmu tapi bukan bererti kamu harus turut serta dalam urusan keluarga mereka. Jangan kritik segala kekurangan menantumu kerana pastinya anak lelakimu juga punya kekurangan di mata isteri dan mertuanya. 

Jangan pernah mengaku kamu tahu segalanya tentang anak lelakimu. Sesungguhnya kamu  hanya tahu dia sebatas anak, bukan suami dan anakmu pun memperlakukanmu hanya sebatas ibu, bukan isteri.

Maka ketika anakmu menikah, isteri dia yang lebih tahu segala kekurangan anakmu. Oleh itu jangan kamu sebarkan cerita kekurangan menantumu kepada orang lain, kerana menantumu pun boleh mendedahkan segala kekurangan anakmu. Ingat kamu hanya sebatas ibu, bukan isteri.

Kamu sendiri pun pernah menjadi menantu. Tentu  kamu tahu bagaimana keadaannya jika kehidupan rumah tangga ada campur tangan mertua. Mungkin kamu rasa sudah berbuat baik kepada mereka tapi tidak bagi mereka, tugasmu hanya menasihati, bukan mencampuri.

Ibu mertua kaya sering merasa dirinya lebih berhak ke atas rumah tangga anaknya. Ingatlah ibu mertua, jika kamu membantu rumah tangga anak lelakimu, bukan bererti kamu boleh bertindak sesuka hati terhadap menantumu dan jangan jadikan menantumu menanggung hutang budi kepadamu kerana menantumu itu adalah isteri kepada anakmu dan sudah menjadi kewajiban anak lelakimu yang patut menafkahi dia. Jika mertua yang membantu nafkah rumah tangga anak lelaiki, pasti menantulah yang dibebani kerana menantu itu orang luar yang dianggap sebagai penumpang semata-mata dan bukan ahli keluarga.

Jika menantu perempuanmu kaya dan dia lebih mampu menafkahi serta kamu ikut tinggal bersamanya, mahukah kamu diperlakukan sesuka hati hanya kerana kamu menumpang hidup kepadanya? Mungkin juga anak lelakimu tidak dihormati sepenuhnya oleh si isteri kerana nafkah anak lelakimu tidak sebanding nafkah menantu perempuanmu. 

Wahai mertua, jangan bandingkan menantumu dengan menantu yang lain. Mahukah kamu dibandingkan dengan mertua yang lain?  Boleh jadi menantu orang lain baik kerana mertuanya lebih menghargai sang menantu, maka jika kamu ingin menantumu baik dan menghormatimu maka hargailah menantumu.

Ingatlah, memang tidak ada mertua derhaka tapi kamau mungkin termasuk mertua zalim jika berlaku  perpecahan dalam rumah tangga anakmu. Apa lagi sampai bercerai-berai. Jika sang menantu derhaka terhadap anakmu maka kamu juga menanggung dosa atas perbuatanmu. Boleh jadi kamulah penyebab dia bersikap seperti itu.

Hati-hati para mertua, jika kamu tidak redha pada anakmu dan anakmu tidak redha pada isterinya dan menantumu tidak redha pada anak-anaknya, apa yang kamu harapkan lagi kecuali saling menzalimi.
Jika kamu mempunyai anak perempuan, maka ingatlah suatu masa nanti anak perempuanmu akan menjadi menantu orang lain. Adakah kamu ikhlas anak perempuanmu diperlakukan sama seperti kamu  memperlakukan menantumu? Apakah kamu ikhlas melihat anak perempuanmu yang ingin berpindah dari rumah mertuanya tapi suaminya tidak diredhai oleh besanmu untuk keluar dari rumahnya?

Berlaku baiklah kepada menantumu agar anak-anakmu pun diperlakukan baik oleh mertuanya.


Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

NAFSU SYAHWAT

Sahabat .... Diceritakan bahawa hawa nafsu hanya tunduk di bawah naungan puasa sahaja. Selain itu ia tidak pernah tunduk kepada sesiapa, termasuk ALLAH S.W.T. Malah, kalau cuba dimatikan pun ia akan tumbuh dalam bentuk yang lain pula. Sifat nafsu adalah BERKEHENDAK. Dari sudut nafsu seks, segala-galanya ia mahu. Tidak kira halal, haram, yang terkutuk, wanita, lelaki, transgender malah haiwan juga. Begitu juga nafsu-nafsu lainnya. Nafsu memasuki diri manusia dengan jalan kebendaan, kemewahan, hiburan, pakaian, glamor dan pelbagai lagi. Jalan ini amat mudah ia masuki kerana kebanyakan orang punya kelemahan yang begini. Akan tetapi, jika ia dilatih dan dipaksa oleh pemiliknya untuk tawaduk dan selalu berusaha membaiki diri, maka ia akan kalah. Tidak mudah untuk melawan mahu pun memujuk nafsu jika pemiliknya tidak punya kekuatan rohani yang tinggi. Sebab itu kita tidak boleh hidup bersendiri tanpa ikatan dengan jemaah Islam atau kelompok usrah yang membolehkan kita mentarbiyah d...