Skip to main content

ASAL SELAWAT IBRAHIMIAH



KENAPA KITA SEBUT NAMA NABI IBRAHIM DALAM TAHIYAT AKHIR?

Pasti ada segelintir umat Islam yang tertanya-tanya, kenapa hanya nama Nabi Ibrahim a.s. yang disebut bersama Nabi Muhammad S.A.W di dalam tahiyat akhir. Semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Setelah ALLAH S.W.T menciptakan Adam a.s., kalimah pertama yang dilihat oleh Nabi Adam adalah 'Laa ilaaha illallaah, Muhammad Rasuulullah'. 

Lalu Nabi Adam bertanya tentang siapakah Muhammad itu? ALLAH menjawab, Muhammad S.A.W adalah penutup segala nabi dan rasul, serta insan paling mulia di antara semua (rasul). Umatnya juga diberi banyak kemuliaan berbanding umat-umat yang lain.

Diceritakan bahawa Nabi Adam a.s. berkata, "Sesungguhnya ALLAH memberi 4 kemuliaan kepada umat Muhammad S.A.W yang tidak diberikan kepadaku, iaitu:

1. Penerimaan taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat di mana-mana tempat.

2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa. Kemudian ALLAH menjadikan aku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian, walaupun mereka derhaka kepada ALLAH dalam keadaan bertelanjang.

3. Ketika aku berbuat dosa, ALLAH memisahkan aku dan isteriku (Adam dikaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah). Sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dari isteri mereka.

4. Aku buat kesalahan di syurga. Lalu ALLAH mengusirku dari syurga ke dunia. Sedangkan umat Muhammad berbuat dosa di luar syurga, ALLAH tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.

Menyedari ketinggian darjat Nabi Muhammad S.A.W di sisi ALLAH S.W.T, Nabi Adam a.s. memohon kepada ALLAH agar diberi anugerah iaitu cukuplah sekadar menjadi umat Nabi Muhammad S,A.W, namun permintaannya ditolak ALLAH S.W.T.

Begitu juga dengan nabi-nabi lain seperti Nabi Musa a.s. Sehinggakan ALLAH S.W.T sendiri menegur sikap Nabi Musa a.s. agar redha dengan apa yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T kepadanya.

Dalam ramai nabi yang memohon untuk menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W hanya ada seorang nabi sahaja yang ALLAH perkenankan permohonannya. Dia ialah Nabi Ibrahim a.s.

Secara dasarnya, ALLAH S.W.T tidak memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim a.s. untuk menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W, tetapi ALLAH menjanjikan kepada Nabi Ibrahim a.s. yang Rasulullah S.A.W akan lahir daripada salasilah keturunannya.

Nama Nabi Ibrahim a.s. juga akan meniti di bibir umat Nabi Muhammad S.A.W,  akan selalu disebut-sebut oleh umat baginda Rasulullah S.A.W.

Maka, sebab itulah kita disunatkan untuk menyebut nama Nabi Ibrahim a.s. dalam solat lima waktu, semasa bacaan tahiyat akhir seperti yang dijanjikan oleh ALLAH S.W.T kepada Nabi Ibrahim a.s.

Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan Tahiyyat Akhir di dalam solat.

Selawat Ibrahimiyah dalam Tahiyat Akhit adalah:

1. Mazhab Syafie. Imam syaraf An-Nawawi: Syarah Muslim (4/123): Kita hanya perlu membaca selawat atas nabi sahaja. Selawat atas keluarga baginda dan selawat Ibrahimiyah adalah sunat.

2. Mazhab Imam Maliki dan Imam Hanafi. Sunat hukumnya selawat ini baik atas Nabi SAw, keluarga dan ke atas Nabi Ibrahim a.s.

3. Mazhab Imam Hambali. Wajib selawat ke atas Nabi SAW, keluarga dan selawat Ibrahimiyah.

Begitu besar penghargaan yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim, sehingga selawat kepadanya di syiarkan dalam solat kita. Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s.

Lafaz selawat ini sebagus-bagus, selengkap-lengkap dan sesempurna lafaz ke atas junjungan Nabi SAW. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam solat.

"Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah selawat Ibrahimiyah."

Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...