Skip to main content

CATATAN AMAL



SETIAP manusia mengambil kitabnya sendiri, kecuali para nabi, para malaikat dan manusia yang masuk ke syurga tanpa hisab, dengan dipimpin oleh Abu Bakar As-Shiddiq r.a.

Apabila seorang hamba meninggal dunia, buku catatan amalnya disimpan di dalam almari di bawah ‘Arasy.


Nanti, setelah semua manusia berkumpul di Mahsyar, ALLAH S.W.T. mengutuskan angin yang akan menerbangkan buku catatan amal mereka dari almari itu hingga sampai tergantung di leher masing masing tanpa keliru. Kemudian malaikat mengambil buku catatan dari leher mereka itu lalu diserahkan ke tangan mereka.


Sebaik sahaja buku catatan diterima, setiap orang akan membaca buku catatannya dengan jelas. Orang mukmin mendapati huruf-huruf catatan amalnya, ada yang terang dan ada pula yang gelap. Semuanya sesuai dengan amal masing masing


Pendosa yang tidak sempat bertaubat pula mendapati huruf-huruf catatan amalnya hitam semua. Lalu dikatakan kepada mereka, “Bacalah buku catatanmu. Cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini yang menghitung amalanmu.”


Wajah orang orang mukmin bersinar saat membaca catatan amalnya, sedangkan wajah pendosa  menghitam dan muram.


Allah S.W.T. berfirman:

“Pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram. Adapun orang-orang yang hitam muram wajahnya pada saat itu akan merasakan azab disebabkan dosa-dosanya ketika di dunia.”

Oleh itu yakinlah bahawa setiap amal buruk akan dibalas setara dengan keburukannya. Sedangkan balasan amal kebaikan pula akan dilipatgandakan.


Lipatganda pahala amal kebaikan adalah mengikut tingkatnya. Ada yang dilipatgandakan sehingga 10 kali, bahkan ada juga yang dilipatgandakan sebanyak 700 kali. Yang paling indah ialah pahala yang dilipatgandakan sampai tidak terhitung, iaitu pahala AMALAN HATI YANG TEKUN BERSABAR.


ALLAH S.W.T. berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”



Justeru, bila rasa sedih, sebutlah nama ALLAH. Bila rasa gembira, sebutlah nama ALLAH. Dalam apa jua keadaan, ingatlah ALLAH. Setiap amal yang ikhlas dan istiqamah, tidak pernah sia-sia. Betapa kasih ALLAH S.W.T. kepada hamba-NYA sehingga tidak ada amalan dan kebaikan kita yang diabaikan-NYA.

CERITERA RUMAH BERMAHARKAN TAQWA
 LELAKI PENDATANG DI KUFAH: “Tuan kelihatan tergesa-gesa membina rumah ini. Untuk siapa?”
PEMBESAR DI KUFAH: “Untukku.”
LELAKI PENDATANG DI KUFAH: “Tuan, perkara penting yang perlu ada sebelum membina rumah yang teguh dan kukuh ialah struktur bangunannya mesti daripada Kasturi, lantainya daripada lilin yang dibeli oleh seorang hamba yang jiwanya sentiasa resah gelisah untuk pergi dari sini. Dia sediakan buku khas bagi melaksananakan perjanjian yang bersaksikan dirinya sendiri. Hamba yang kental itu membeli rumah daripada Tuhannya, iaitu dengan keluar dari sifat hina dan tamak dan digantikan dengan sifat mulia dan warak.”

“Hamba yang membeli rumah itu tidak tahu tentang rumah yang dibelinya. ALLAH yang menjadi saksi segala urusan berkaitan `jual beli` itu. Semua ini berlaku pada saat hatinya  terlepas daripada keseronokan dan kemegahan dunia dan berpaling ke akhirat. Rumah itu mempunyai empat dinding sebagai sempadan,
-      SEMPADAN PERTAMA berpaksikan prinsip KESUCIAN.
-      SEMPADAN KEDUA berpaksikan sikap dan keinginan untuk MENINGGALKAN TINGKAH LAKU YANG KASAR.
-      SEMPADAN KETIGA, berpaksikan sifat MENJAGA AMANAH.
-      SEMPADAN KEEMPAT berpaksikan sifat BERSERAH DIRI dan MENCARI KEREDHAAN ALLAH.”
“Penghujung jalan rumah itu tempat yang abadi dan damai, dihiasi khemah yang lengkap dengan bidadari yang menyempurnakan segala keinginan serta kebahagiaan. Dia tidak akan berasa sakit atau ditimpa kesusahan, malah tidak pernah mati.  Rumah itu sangat indah dengan kenikmatan dan kemuliaan tanpa batasan. Ia dibina daripada mutiara dan permata sebagai teras. Lantainya pula daripada cahaya. Semua itu tidak akan diperolehi tanpa agama dan taqwa sebagai maharnya.”

PEMBESAR DI KUFAH: “Sedihnya! Tidak akan ku teruskan lagi pembinaan rumah ini. Biar aku pergi saja.”

LELAKI PENDATANG DI KUFAH: “ Wahai orang yang mencari syurga untuk dirinya, usah lari kerana ALLAH akan memberikannya kepada tuan.”

MUHASABAH DIRI
Tingkatkan taqwa jika menginginkan sebuah istana mutiara berlantaikan cahaya di SYURGA.


Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...