Skip to main content

HAMBA TAK BOLEH BANGGA DIRI

TIDAK WAJAR BAGI SEORANG HAMBA MEMPUNYAI SIFAT BANGGA DIRI

Ketahuilah sikap membesarkan diri itu adalah apabila seseorang itu melihat dirinya lebih daripada orang lain pada sifat kesempurnaan dan dia melihat orang lain lebih hina daripadanya. Jauhilah sikap membesarkan diri ini kerana ia sebahagian daripada segala sifat tercela yang ada di dalam hati dan sebesar-besar maksiat yang tersembunyi.

Firman ALLAH yang bermaksud :

"Maka (neraka jahanam) Itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang yang menyombong diri" 

(Az Zumar ayat 72)

Maka sebagai hamba kita wajib menjauhkan sikap membesarkan diri ini kerana sikap ini hanya milik ALLAH.

Dalam Hadis Qudsi RasuLluLlah S.A.W bersabda :

ALLAH S.W.T berfirman :

Ketinggian itu selendang-KU dan kebesaran itu adalah kain-KU. Maka barangsiapa yang mencabut dan merebut pad-KU satu daripada kedua-duanya nescaya AKU akan campakkan dia ke dalam api neraka jahanam dan AKU tidak peduli, (Hadis direkodkan oleh Imam Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah dan lafaz ini daripada Ibnu Majah)

Hadis Qudsi ini menggambarkan kepada kita dua sifat itu adalah milik ALLAH dan tidak sepatutnya sebagai hamba kita memiliki sifat suka membesarkan diri kerana perbuatan itu merebut sifat ALLAH dan selayaknyalah dilemparkan ke dalam api neraka.

Justeru itu penawar bagi penyakit sikap membesarkan diri itu adalah hamba itu mengetahui akan hakikat kejadian dirinya.

Seandainya kita mengetahui hakikat kejadian kita nescaya sikap membesarkan diri tiada dalam kehidupan kita.

Ingatlah kejadian kita adalah dari setitis air mani yang busuk lagi hanyir kemudian kesudahan kita berakhir menjadi bangkai yang keji dan dalam tempoh kehidupan kita hanyalah menanggung tahi (dalam perut) dan akhirnya kematian datang menjemput.

Maka setiap kebaikan dan keburukan yang dilakukan akan dihisab dan sekiranya dia dicampakkan ke dalam neraka maka anjing dan babi adalah lebih baik daripadanya..

JUSTERU ITU MENGAPA PERLU MEMBESARKAN DIRI SENDIRI SEDANGKAN HAKIKATNYA KITA HANYA SEORANG HAMBA YANG HINA...

SAAT LISAN TAK MAMPU BERKATA,

ALLAH MENDENGAR SUARA DI JIWA

Sabda Rasulullah SAW: 

"Berbahagialah orang yang sanggup menjaga lisannya, yang berasa tempat tinggalnya luas, iaitu mereka selesa berada di rumah berbanding keluar berbual kosong dan bercakap perkara sia-sia dengan kawan- kawan dan menangis atas kesalahannya." (HR at Tabrani) 








Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...