Skip to main content

CERITA SI PENGURUS JENAZAH





SUDAH bertahun-tahun isteri Ustaz Misnan dari Surau Nurul Iman mengurus dan memandikan jenazah perempuan. Secara purata 8 jenazah diurus mandi pada setiap bulan. Soalan yang kerap Ustaz Misnan tanyakan kepada isteri ialah: 
1. Muda atau tua 
2. Di mana (taman atau kampung) 
3. Sakit apa 
4. Bila mati 
5. Mati di mana 
6. Anak berapa orang 
7. Agak-agak berapa umur anak yang sulung. 
Semua ini menjadi penanda aras / bancian kepadanya mengenai punca kematian, bagaimana si mati diurus jaga sebelum/selepas mati dan sikap waris kepada si mati. 

Berdasarkan umur dan bilangan iaitu 8 orang yang mati dalam seminggu: 
1. Bawah 55an hampir 70 % mati kerana barah. 
2. Atas 56an hampir 30 % mati kerana kencing manis, buah pinggang, jantung, tua dll. 

*90 % keadaan jenazah yang mati di KAMPUNG terurus bersih kerana ada orang-orang tua tempatan yang selalu berada di sisi pesakit hingga ke saat mati, mempunyai pengetahuan mengenai apa perlu dibuat ke atas jenazah sebaik sahaja dia mati dan kebetulan ada pertalian saudara. 


60% keadaan jenazah yang mati di TAMAN PERUMAHAN terbiar keseorangan, semua sendi tulang 4 kerat keras, menyebabkan sukar hendak dimandikan, kurang terurus bersih kerana tiada orang-orang tua. Majoriti warga taman adalah generasi muda yang siang malam bekerja, tidak ingat mati, hubungan renggang dengan jiran, surau / masjid, tidak pernah menghadapi suasana kematian, tidak tahu apa hendak dibuat ke atas jenazah sebaik berlaku kematian dan langsung tiada keperluan barangan asas untuk jenazah. Walaupun disuruh dan diminta, anak-anak takut hendak memandikan jenazah ibu bapa sendiri. 


Sekarang ini telah ada waris "TIDAK SUKA" bawa balik, uruskan mandi dan mengkafan jenazah di rumah. Mereka lebih suka segalanya dibuat di masjid atau sekiranya mati di hospital mereka lebih suka segalanya dibuat di hospital. Lebih tragis ada waris melepas cakap "tidak mahu menyusah" rumah. Jadi mereka mahu semua urusan di hospital atau masjid / surau dan terus ke kubur. Bagi jenazah yang sakit lama sebelum mati, jenazah ini lebih tidak terurus, berbau menyesak hidung, kulit mengelupas dan banyak luka. 


PESANAN USTAZ MISNAN  

Kenangkan kembali bagaimana kita menjaga urus ibu bapa semasa mereka sakit dan bagaimana kita urus jenazah mereka sebaik saja mereka mati. Fikirkan pula bagaimana anak-anak kita nanti akan menjaga urus semasa kita sakit dan selepas kita bergelar jenazah. 
Memanglah bacaan Quran, solat, doa, semuanya boleh diupah kerana anak-anak kita sudah BERJAYA MENJADI KAYA. Namun ingatlah, HANYA DOA DARI ANAK YANG SOLEH diterima di sisi Allah S.W.T. walaupun anak kita hanya seorang tukang sapu.




Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...