Skip to main content

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT


9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia.. 

Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ” 

Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas..

Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ” 

Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan..

Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”  

Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa..

Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ” 

Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang..

Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”  

Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang..

Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ” 

Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas..

Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ”

Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu..

Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ” 

Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan..

Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب” 

Jangan mengumpat. Dosa mengumpat sangat berat..

[ Al-Hujurat, ayat 6 - 12 ]

Renungi surah ini, tadabbur ayat ini dan amalkan wasiat ini, nescaya hubungan kita sesama manusia akan terpelihara..! 

Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...