Skip to main content

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?


“Susah ke nak buat sales RM1juta…?”

Tak susah pun.

Meyh saya ajar PERCUMA!.

Penting ke capai sales RM1juta ni?

Penting.

Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta.

Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta.

Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta.

Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta.

Lepas tu kita belajar infaq RM1juta.

Lamsam aa RM1juta tu.

Bukan terkumpul RM1juta.

Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke.

NEXT!

Macam mana nak capai jualan RM1juta tu?

Kita bahagikan dengan 2 bahagian.

Bahagian 1: LOGICAL

Bahagian 2: SPIRITUAL

(Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.)

Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE.

Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?”

“Kalau dah power buat RM1juta buat apa ajar orang tulis panjang-panjang, mesti tengah sibuk buat juta-juta seterusnya.”

Orang ajar FREE kita sceptical, orang ajar mahal sceptical. Nak apa sebenarnya ni? HAHAHA.

Oke baik. Saya perkenalkan diri dulu. Tak kenal maka tak kenal. (Tak boleh guna maka tak cinta, sebab anda yang memerhati. HAHA)

Saya Malik Hairuddin, Group CEO Byond Group of Companies. Berusia 27 tahun (bulan 10/2020 baru jadi 28 tahun). Saya ada 5 jenis perniagaan dalam pelbagai industri.

1. Byond Success - Training and consultancy in Business Management (Alaa bisnes jual air liur tu. 

2. Byond Marketing - Digital Marketing Agency

3. Byond Corp - Corporate Services (Acccount, Tax, Audit, CoSec)

4. Byond Tec. - Provide HR system. (Mysyarikat.com) (SaaS)

5. Byond Trading - Online Retail (Car Care Product)

So, saya capai jualan RM1juta pertama saya pada usia 23 tahun.

Apa yang saya rasa waktu saya capai jualan RM1juta tu? Padahal sebelum tu tak habis-habis bercita-cita nak capai jualan RM1juta. Saya tak rasa apa-apa. Sebab SALES je kot. Last sekali kita nak tengok untung dan simpanan syarikat.

Masa berlalu saya berjumpa dengan ramai orang yang buat sales RM5juta ke RM10juta, last-last profit RM500k, simpanan RM200k.

Ada yang saya jumpa sales RM1juta ke RM2juta je setahun. Profit RM400k. Simpanan RM1juta. 

Jadi buatkan saya matang yang sales ni seksi dekat luar jer. Sebagai orang yang banyak advice dari segi kewangan syarikat client-client saya, sales ni memang seksi. Orang teruja dengar sales melambung. Jadi buatkan saya tak boleh nak judge orang. 

Ada yang nampak sales tak seberapa sekali simpanan nahhh berjuta. Ada yang sales gempak tudiiaaa profit ciput. Ada pakai mewah-mewah saya ingat dia habis kaya dah, tapi memang kaya rupanya. Ada yang macam tak mampu sekali bagi tau asset tunai dan hartanah berjuta. Jadi, mungkin bagi yang belum capai jualan RM1juta teringin nak rasa.

Meyh saya kongsikan.

Bahagian 1: Logical/logik

1: NUMBERS GAME

Ini benda paling best. Sebab main kira-kira je atas kertas. Kita kena set target sales. Contoh RM1,000,000.00 setahun. Kita buat kira-kira dia dulu. Kita kena tahu berapa unit produk atau berapa banyak customer yang kita perlukan setahun untuk capai RM1juta tersebut. Kita guna formula unit produk laa yer sebagai contoh.

Target Sales / Harga Jualan Produk Per Unit = Jumlah unit yang perlu dijual setahun. Kalau ….

RM1,000,000 / RM1,000,000 = 1 unit setahun

RM1,000,000 / RM100,000 = 10 unit setahun

RM1,000,000 / RM10,000 = 100 unit setahun

RM1,000,000 / RM1000 = 1000 unit setahun

RM1,000,000 / RM100 = 10,000 unit setahun

RM1,000,000 / RM10 = 100,000 unit setahun

RM1,000,000 / RM1 = 1,000,000 unit setahun

Bahagikan Jumlah unit setahun kepada 10 bulan. Kenapa 10bulan. Ambil kira 60 hari yang tak perform. Cuti, Perayaan dan lain-lain laa. Kita ambil satu contoh.

Produk RM100

RM1,000,000 / RM100 = 10,000 unit setahun

10,000 / 10bulan = 1000 unit sebulan

Ini bukan cara yang tepat. Tapi boleh laa digunakan sebagai panduan. Dia ada cara yang lebih tepat.

1000 unit sebulan nak kena jual.

Kalau buat seorang tak mampu. Jadi kita ada 1 cara. Distribution dan sales channel kita kena besarkan.

Contoh:

Kita guna ejen. Kita hire staff sales. Kita banyakkan website. Kira je. Sampai kita jumpa nombor yang sesuai dengan kita. Mudah je kan? 

Banyak strategi yang boleh guna untuk capai nombor-nombor tersebut.

1. Kita boleh jual secara kombo.

2. Kita boleh jual secara subscription

3. Kita boleh jual menggunakan ejen jualan.

4. dan macam-macam lagi laa. tapi itu nombornya.

Pertama kena tau secara logiknya macam mana untuk capai.

Jangan cerita kos laa, apa laa yer. Ni tengah nak bincang sales kan? Korang kan yang penting SALES! 

Boleh, so itu nombor-nombor dia. Capai je nombor-nombor tu InsyaAllah korang boleh capai.

2: SKILL

Bila dah tau target dalam bentuk nombor, kita perlu ada skill untuk capai target tersebut. Antara skill yang penting ialah skill/kemahiran menjual dan marketing. Bagi yang tak tau nak belajar mana satu dulu. Ini saranan saya.

Belajar menjual dulu. Bila dah mahir menjual. Scale up kan kadar jualan anda dengan belajar marketing.

Selepas itu kena belajar rekrut manusia. Staf ke ejen ke. Sebab kalau kita nak buat seorang bukan kata mustahil. susah, penat dan lambat laa. Selepas sudah rekrut manusia dan tim pasukan.

Belajar leadership pulak, untuk pimpin dan kawal tim.

Ini bagi saya 4 skill yang penting untuk memudahkan jalan anda capai RM1juta jualan setahun bagi yang belum capai.

Setiap perkara tu perlu didetailkan lagi. Tapi Lain kali kot. Panjang ni. Kita akan masuk ke bahagian yang kedua.

Bahagian 2: SPIRITUAL

Bagi saya ini perkara yang paling penting. Sebab ini penentu anda akan capai atau tak. Sila tarik nafas dulu. Relax …. 

1: NAK

Ada perasaan NAK capai RM1juta tu. Kalau NAK, InsyaAllah capai. Kita boleh paksa kuda ke sungai, tapi kita tak boleh paksa kuda untuk minum air sungai tersebut. (sebab kuda tu tak haus. HAHAHHAA)

Nak ni ialah haus laa.. Kalau kita tonyoh muka dia ke sungai pun dia tak nak. Dia tak akan minum. Jadi pertama kena NAK dulu. 

2: YAKIN & PERCAYA

Percaya laa pada Allah yang mampu tolong anda capai. Bersangka baik dulu dengan Allah. 

Tuan puan sekalian, dalam perjalanan saya nak capai jualan RM1juta pertama. Banyak kali saya meragukan diri saya, mampu ke? Boleh ke? Aku anak buruh tukang kayu bumbung. Aku anak cleaner. 

Tak ada satu pun keturunan aku jadi jutawan atau jadi orang kaya. Tapi saya tonton satu video ni. Dia ajar tentang ilmu yakin. Antara yang dia sebut… .

“Berdoalah. Dan percayalah yang Allah pasti akan tunaikan hajat anda.”

Banyak hadis dan ayat dalam Al-Quran tentang jaminan Allah akan tunaikan hajat kita jika kita mintak.

Tapi sebagai adab. Kita jangan berdoa dalam keadaan memaksa TUAN dan TUHAN kita. Berdoa dengan penuh harap, kerdil, tak mampu buat apa-apa. Bukan dengan kesombongan, paksaan seakan-akan kita lebih tau dari tuhan apa yang terbaik untuk diri kita.

Saya berkongsi atas dasar pengalaman. Saya berdoa untuk jualan RM1juta pada usia lebih kurang umur 20 tahun. Jadi tak kan doa hari ini esok jadi. Walaupun tak mustahil bagi Allah untuk lakukan perkara tersebut. Tapi, Allah ada caraNya tersendiri. Ambil masa 3 tahun untuk Allah kabulkan doa saya. Tapi, saya perlu percaya. Satu hari nanti pastikan akan dimakbulkan. Orang lain boleh ragu dengan apa yang saya impikan, tapi saya tak boleh ragu dengan diri sendiri. Sebab tempat letak harapan saya bukan pada manusia. Tapi pada Allah tuhan yang MAHA AGUNG.

Bila Allah dah bantu, ilmu dan kefahaman akan sampai pada kita. Usaha kita akan lebih mudah. Allah akan hantarkan orang yang betul untuk bimbing kita.

Cuba tanya yang dah buat sales beratus juta tu. Sebab dia pandai ke? Kalau sebab dia pandai siapa bagi pandai? Sebab dia power ke? 

Tak adanya. Itu semua datang dari bantuan Allah atas asbab doa dan usaha yang dia lakukan.

3: USAHA

Dunia ini darul asbab. Setiap yang berlaku itu ada punca dan musababnya yang telah Allah tuliskan aturannya. Point penting kena usaha. Usaha cari ilmu jualan, marketing, rekrut manusia dan leadership.

4: RESTU

Ini pun penting. Ini saya cerita atas dasar pengalaman. Setiap kali saya nak buat sesuatu kalau mak saya tak izinkan mesti susah nak jadi. Dalam hidup kita ni bukan tentang diri kita sendiri jer. Kita ni makhluk yang memerlukan bantuan dan asbab untuk melakukan suatu perkara. Kalau anda ada ibu dan bapa. Sila minta restu dengan mereka. Jika ada suami bagi yang wanita, minta restu suami. 

Saya jumpa dengan ramai orang. Yang hidup mereka stuck, tak jumpa jalan keluar, lost. Sebab ada masalah dengan manusia lain. Ada masalah dengan parent, ada masalah dengan adik beradik, ada masalah dengan kawan-kawan, ada masalah dengan pasangan. Selalunya bila mereka ni jumpa saya, saya akan paksa mereka selesaikan issue hubungan ni terlebih dulu. Sebab perkara ni yang akan lepaskan anda dari ikatan dan sekatan yang selama ni membelenggu diri untuk capai apa yang kita nak capai. Bukan sekali dua kali tiga kali ye tuan-tuan tapi banyak kali. Saya jumpa kes macam ni.

Bahkan diri saya dan partner saya Tuan Basit pun pernah alami masalah ni. Kami berdua ada konflik dengan ayah masing-masing. Saya ada konflik dengan ayah saya. Dia ada konflik dengan ayah dia. Sampai satu masa kami tunduk malu, salam dan memohon maaf dengan ayah kami. Dan dapat restu dari ibu bapa masing-masing.

Alhamdulillah. Allah mudahkan segala urusan kami. Dari kami tak bergaji sampai boleh menggajikan lebih dari 200 pekerja yang dah keluar dan masuk dalam syarikat kami. Dari 1 syarikat kepada 5 syarikat. Allah hantar tim yang boleh bantu kami. 

Sebelum tu dulu habis semua kelas saya masuk. Puluh ribu habis. Kawan ramai jutawan, bukan cap ayam punya jutawan jualan. Jutawan yang memang jutawan beneran. Kami tak kaya pun. Nak capai RM1juta tu lambat lagi laa kan. Jadi, restu ibu bapa, pasangan dan orang sekeliling penting.

Sebab tu jangan sombong dan hina orang lain. Sebab kalau kita naik pun, ada doa orang lain dalam kejayaan kita. Ada usaha orang lain dalam kejayaan kita. .

5: ILMU

Pesan imam syafi’e: “Siapa yang mahukan dunia, dengan ilmu. Siapa yang mahukan akhirat dengan ilmu.”

Skill atau kemahiran itu perlu dipelajari. Nak kena masuk kelas mahal-mahal ke? Tidak laa. Jika ada orang yang mahu ajar percuma belajar dengan dia. Jika anda mampu bayar orang lain untuk ajar bayarlah dia. Jika anda tak mampu bayar mahal cari yang murah.

Soalan dia nak belajar dengan siapa kan? Belajar dengan orang yang dah boleh buat konsisten buat RM1juta. InsyaAllah dia tahu jalan.

Tapi kalau orang tu pandai buat konsisten RM1juta jualan setahun mana dia ada masa nak ajar orang lain buat RM1juta. So macam mana ni? Kalau kita PM orang yang tak mengajar tu dia kata tak ada masa pulak nak ajar. Nanti dia cakap kau siapa mintak aku ajar FREE ni? Pulak dahh kan?

Saya pernah di tempat anda tuan-tuan. PM orang ni, orang tu tak layan.PM orang tu, orang ni tak layan.

Last-last apa saya buat? Saya kumpul duit, saya beli buku. Saya kumpul duit, saya masuk kelas yang beribu-beribu tu. Saya kumpul duit, saya beli ebook dan video course. Saya kumpul duit, bayar wifi. HAHAHA. Buka youtube. Baca Blog.

Berbaloi ke? Ada berbaloi ada yang tak. Normal maa. Tapi kalau saya tak belajar selamanya laa saya kekal bengap. 

Ada orang tak pergi belajar berjaya jugak. Siapa kata dia tak pergi belajar. Dia tetap pergi belajar. Belajar dari kehidupan yang mengajar. Tetap kena belajar. Belajar secara tidak langsung.Kunci dia tetap kena belajar. Kena cari jalan untuk dapat ilmu.

Kalau mampu,bayar. Tak mampu, tak yah bayar. Berkesan, kita syukur. Kena scam, minta refund. Dia tak bagi refund, kau viralkan jer. HAHAHHAHHA.

Tapi kalau kita dah belajar. Orang ajar lain kita buat lain, tak kan nak salahkan cikgu kita kan? Kita dah belajar, tapi ilmu tu kita letak dalam peti ais sampai sudah tak guna macam mana nak dapat hasil kan?

Saya cakap ni atas dasar pengalaman diri dan orang sekeliling saya. 

Ada banyak cara nak belajar. FREE, berbayar, online, offline. Kalau anda nak belajar PERCUMA boleh join Channel Telegram saya. Kalau cukup 1000 orang dalam channel tu yang nak belajar. Saya akan buat kelas online PERCUMA. Haa, ni orang nak ajar percuma ni. 

Kalau tak cukup tak yah laa. Boleh share dekat kawan-kawan lain. Kita akan buat di FB GROUP setiap minggu. Saya akan kongsikan apa yang menjadi persoalan anda tentang untuk bagaimana mana untuk mencapai RM1juta yang pertama. DEAL?

Boleh join Channel saya dan SHARE pada orang lain. Cukup 1000 subscriber, saya create FB Group tu. Tak cukup, saya lebih berbahagia. HAHAHHAA.

Ini linknya —> https://t.me/my1stmillion

Comments

Popular posts from this blog

IMAN BUKAN WARISAN

6 - 1 = 0. Jawapan ini betul. 6 - 1 = 5. Jawapan ini salah. Angka 6 yang dirujuk di sini ialah ... 6 RUKUN IMAN: Pertama: Beriman kepada Allah Kedua: Beriman kepada Malaikat Ketiga: Beriman kepada Kitab Kempat: Beriman kepada Rasul Kelima: Beriman kepada Akhirat Keenam: Beriman kepada Qadak & Qadar Kurang 1 Rukun maka runtuhlah Iman. Menurut Imam Malik dan Imam Syafie, "Iman ialah Tasdiq (yakin) dengan hati, Ikrar dengan lidah dan beramal dengan jasad akan semua tuntutan RUKUN ISLAM. Iman tidak boleh diwarisi atau dipusakai kerana ia adalah HAK PERIBADI seseorang secara eksklusif. Kerana itulah pada masa ini ramai manusia yang lahir sebagai orang Islam tetapi gagal mengabdikan hidup kepada ALLAH. 6 bentuk paling ramai yang TIDAK BERIMAN: * MENYEKUTUKAN ALLAH dengan makhluk, tidak yakin dengan kuasa ALLAH, cinta ALLAH dan takdir ILAHI. * Melihat agama Islam sama seperti agama lain, yang melahirkan fahaman PLURALISME. * Memilih ALLAH dalam bab yang MEMUDAHKANNYA tetapi meninggal

NASIHAT EMAS DARI IMAM SYAFIE

*Barang siapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.* *Barang siapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta.* *Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.* *Cintailah orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad S.A.W kerana dia kekasih ALLAH S.W.T dan cintailah ALLAH S.W.T, kerana dia kecintaan Nabi dan orang soleh.* *Apa saja yang menjadi rezekiku, tidak akan luput dariku, walau berada di dasar lautan yang paling dalam.* *Jika tidak boleh taat, jangan kau bunuh imanmu dengan maksiat.* *Jika kamu tidak mampu membantu Agamamu, setidaknya jangan berdiri dibarisan perosak Agamamu.* *Segala kebaikan Dunia dan Akhirat terhimpun pada lima perkara: 1- Kaya diri. 2- Menahan diri daripada segala kezaliman. 3- Mengusaha yang halal. 4- Pakaian Taqwa. 5- Tenang hati dengan Allah SWT p

ZAMAN MUNCUL IMAM MAHADI DAN NABI ISA A.S

Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.  Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak kenali. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Y