Skip to main content

HATI



Di hadapan cermin yang kotor, wajah kita tidak kelihatan. Sesudah dibersihkan barulah nampak wajah. Semakin cermin dibersihkan semakin jelas wajah kita,

Begitulah juga dengan hati.
Hati mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang. Bila hati baik, manusia itu akan memiliki sifat yang terpuji. Hati yang berniat jahat dan membuat jahat akan merugikan diri sendiri dan orang lain.

Hati itu hidup bila dipenuhi keimanan dan kepasrahan, yakin dengan Rubbubiyatullah,  melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan Maha Pengasih Maha Bijaksana, dan mampu menyelami hikmah dalam musibah serta teguh dalam kegoncangan hidup.

PENYAKIT HATI PALING BAHAYA ialah hati yang mati dan tidak sensitif lagi terhadap dosa. Juga tidak tahan dengan ujian yang menimpa.

CONTOH ➠ Liat mengerjakan solat. Puncanya nafsu sudah menunggang kita macam hamba. Nafsu itu tempat berkumpulnya amarah (ajakan kepada kejahatan) dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia.

Di sini terhimpun sifat tercela, buruk, jijik, kotor dan segala rupa amalan yang membawa kepada dosa dan maksiat, juga timbulnya  hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur  gila pujian, cintakan dunia, penakut dan malas.

Semua sifat ini harus dikikis, dirawat dan dibuang, demi untuk menjadi hamba Allah S.W.T. yang bijak menguasai, merawat dan mendidik diri sendiri.




RAWATLAH HATI...
➤ dengan kurangkan bercakap. Terlalu banyak bicara boleh mengeraskan hati. Elakkan bercakap besar, bergosip dan lainnya.

➤ Kawal Emosi dan tundukkan nafsu terhadap harta, seks, makan, pangkat, amarah dan sebagainya dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa Ramadhan.

➤ Selalu Bersyukur dan Mengingati Allah S.W.T. dengan kekhusyukkan dalam solat wajib 5 waktu, solat sunat seperti tahajud, dhuha dan lainnya, di samping berzikir, berselawat, berdoa dan membaca al-Quran.


➤ Beriktikad dengan akidah yang betul dan s
entiasa bermuhasabah diri.


➤ Mentadabbur dan menghayati ayat-ayat al Quran, mengenai perintah dan larangan-NYA. Juga mendalami ilmu-ilmu agama.


➤ Beramal dan beribadah dengan mengharapkan redha Allah.


➤ Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.


➤ Menundukkan pandangan daripada perkara-perkara yang diharamkan. 

➤ Membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.


➤ Menziarahi kubur dan mengingati mati.


➤ Bersahabat dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.


➤ Merenggangkan diri dari orang yang ada penyakit hati sekiranya diri kita kurang mampu menasihati mereka. Bahaya kalau mereka pula yang mengubah kita sehingga kita semakin jauh dari Allah S.W.T.


Sesungguhnya hati itu adalah tempat kepatuhan, ketaatan, taqwa bertapak dan bernaung. Jagalah sebaik mungkin. Demi Allah dan demi
diri sendiri.



Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...