Skip to main content

JIKA …




ALLAH tarik nikmat kaki, barulah hendak rajin ke masjid.
ALLAH tarik nikmat tangan, barulah mahu berwudhuk dan berdoa.
ALLAH tarik nikmat mata, barulah mahu merenung bukti kebesaran-NYA.
ALLAH tarik nikmat telinga, barulah mahu mendengar ceramah dan tazkirah agama.
ALLAH tarik nikmat mulut, barulah mahu berkata perkara yang baik-baik.
ALLAH tarik nikmat akal, barulah timbul rasa hendak solat.
ALLAH tarik nikmat nyawa, barulah mahu dimanfaatkan hidup beragama. 

Terasa besar? Periksalah hati, mungkin ia sedang bengkok.
Merasa suci? Periksalah jiwa, mungkin itu putihnya nanah dari luka nurani.
Merasa tinggi? Periksalah batin, mungkin ia sedang melayang dan hilang tempat pijakan.
Merasa wangi bagai setanggi? Periksalah keikhlasan, mungkin itu asap dari amal soleh yang hangus dibakar riyak.

Hidup ini adalah NIKMAT selagi mahu berSYUKUR dan hidup ini adalah ISTIDRAJ selama masih terus KUFUR.

Tidak tahu menghargai sesuatu, tidak tahu bersyukur, biarpun harta bertimbun, tidak akan rasa bahagia.
Tidak ada sifat silaturrahim, bersikap sombong dan angkuh, berapa ramai pun kawan, akhirnya akan sendiri juga.
Tidak ada semangat kerjasama, enggan bertolak-ansur, bertindak tanpa berpijak di alam nyata, dan mengutamakan pendapat sendiri, sehebat mana pun perancangan akan gagal jua. 
Tidak ada rasa qanaah (merasa serba cukup), boros dan gagal menabung untuk masa depan, bakal menempah papa.

BILA …


Rasa lemah? Kita perlukan kekuatan bersama ALLAH (SABAR).
Rasa selalu sedih? Kita perlukan ALLAH tempat mengadu (DOA).
Rasa sunyi? Kita perlukan penghubung (SOLAT).
Rasa jahil? Kita perlukan bimbingan (ILMU).
Rasa berdosa? Kita perlukan harapan (TAUBAT).
Rasa resah? Kita perlukan ketenangan (ZIKIR & AL QURAN).

Bukan kesusahan sahaja yang dikatakan ujian, kesenangan juga ujian yang lebih tinggi. Susah perlu sabar, senang perlu syukur. Maqam syukur itu lebih tinggi dari sabar.
ALLAH tidak menguji lebih dari kemampuan hamba-NYA. Manusia memerlukan ALLAH, sumber segala-galanya.

Kita kuat kerana pernah menjadi lemah.
Kita berani kerana pernah rasa takut.
Kita bijaksana kerana pernah buat perkara bodoh.
Kita banyak belajar dari pengalaman.

Oleh itu tingkatkanlah iman supaya diuji dengan ujian yang lebih tinggi.

IMAN ITU DINAMIK.

CERITERA SI PERI



Langkah menziarahi orang sakit tidak sia-sia.

Langkah ke masjid tidak sia-sia.
Langkah pergi menuntut ilmu tidak sia-sia.
Langkah hendak tolong orang dizalimi tidak sia-sia.
Langkah mencari nafkah untuk anak isteri tidak sia-sia.
Langkah menunaikan hajat dan menolong orang tidak sia-sia.

Oleh itu perhatikan langkah kita. Tanya pada kaki, kerana kaki yang akan menjadi saksi di akhirat kelak. Pastikan ke mana kaki hendak melangkah. Biarlah benar-benar langkah itu membawa kita ke syurga.





Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...