Skip to main content

KASIH SAYANG ALLAH



HIDUP di dunia tidak menjanjikan jaminan yang berkekalan. Apa yang wujud adalah  cubaan, cabaran, dugaan dan ujian, namun mengandungi hikmah dan peluang. Jaminan yang kekal abadi dapat ditemui apabila kita kembali kepada ILAHI. 

Cara ILAHI menyayangi bukan dengan meniadikan atau meringankan beban yang dipikul. Ujian yang didatangkan-NYA mampu mengukuhkan bahu dan menguatkan jiwa sehingga sehebat apapun masalah yang dihadapi, bahu tetap bertahan dan tidak mudah menyerah berputus asa.

Cara ALLAH menyayangi bukan dengan memudahkan jalan menuju sukses, tapi dengan kesusahan yang kelak baru kita sedar bahawa kesusahan itu yang akan membuat kita menjadi insan istimewa.

Hidup perlu ada masalah supaya kita punya kekuatan, perlu ada pengorbanan supaya kita tahu cara bekerja keras, perlu ada air mata supaya kita tahu merendahkan hati, perlu ada celaan supaya kita tahu bagaimana cara menghargai, perlu ketawa supaya kita tahu mengucapkan syukur, perlu senyum supaya tahu kita punya cinta, perlu orang lain supaya tahu kita tidak sendirian.

Ujian yang berakhir dengan KEIKHLASAN akan melahirkan cahaya terindah dari ALLAH. Berbahagialah pada takdir dengan penerimaan yang tulus, Sungguh, mengajar hati BERBAIK SANGKA KEPADA ALLAH ITU INDAH.

Berikan ilmu kepada akal supaya tahu. 
Suntikkan iman ke hati supaya mahu. 
Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu. 

CARA MENGETAHUI POSISI KITA DI SISI ALLAH SWT

Para Ulama merumuskan bahawa kedudukan kita di sisi ALLAH adalah sesuai dengan apa yang kita sibukkan..

* Jika disibukkan oleh zikir, maka ketahuilah ALLAH ingin mengingati kita.
* Jika disibukkan dengan Al-Qur'an, maka ketahuilah ALLAH ingin berbicara dengan kita.
* Jika disibukkan dengan ketaatan, maka ketahuilah ALLAH ingin mendekatkan kita kepada-NYA.
* Jika ALLAH SWT menghadirkan kita ke Majlis Orang Soleh dan Para Auliya maka ketahuilah bahawa melalui kebersamaan itu, ALLAH ingin memasukkan kita ke dalam Hadirat-NYA.
*Jika disibukkan dengan doa, maka ketahuilah ALLAH ingin memberikan sesuatu kepada kita.
* Jika disibukkan dengan dunia, maka ketahuilah ALLAH ingin menjauh dari kita.
* Jika disibukkan dengan manusia, maka ketahuilah ALLAH hendak menghina kita.

Ya ALLAH....
Bantulah kami agar selalu mengingati-MU, mensyukuri-MU dan mampu beribadah kepada-MU dengan sebaik-baiknya.

PESAN SANG GURU TUA:


“Kalau hendak masuk syurga, jangan masuk sorang-sorang. Kamu orang muda  berilmu, bertenaga dan berpengalaman. Tiupkan roh dan semangat jihad kepada generasi muda seperti kamu. Posisikan kekuatan setiap individu pada tempatnya. Inilah masanya generasi muda bergerak seiringan sebagai satu jemaah. Zaman superhero bergerak sorang diri dah selesai. Semua mesti berjemaah. Mesti berpasukan. Jadi macam Avengers. Kekuatan kalian adalah kekuatan berjemaah. Insya Allah. You can conquer the world, with love.”




Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...