Skip to main content

HEBATNYA ISTIGHFAR SI PENJUAL ROTI


IMAM Ahmad bin Hambal r.a (murid Imam Syafi'i) dikenali juga sebagai Imam Hambali. Di masa akhir hidupnya beliau bercerita...

"Satu waktu ketika saya sudah usia tua, saya tidak tahu kenapa timbul keinginan untuk pergi ke salah satu kota di Iraq, padahal saya tidak ada janji dengan sesiapa dan tidak pula ada sebarang hajat. Saya  pergi menuju ke kota Basrah. Saat tiba di sana, telah masuk waktu Isya'. Lalu saya ikut soalat berjemaah di masjid itu. Hati saya merasa tenang." 

Selesai solat dan jemaah semua beransur pulang, Imam Ahmad ingin tidur di masjid itu. Penguasa masjid menemui Imam Ahmad dan bertanya, " "Wahai orang tua, awak buat apa di sini?" Dia tidak tahu bahawa itu adalah Imam Ahmad. Dan Imam Ahmad pun tidak memperkenalkan dirinya.

Di Iraq, semua orang kenal siapa imam Ahmad, seorang ulama besar dan ahli hadis. Sejuta hadis dihafalnya, sangat soleh dan zuhud. Pada zaman itu tidak ada foto. Logiklah kalau orang tidak tahu wajahnya, hanya kenal pada namanya. 

Jawab Imam Ahmad "Saya ingin istirahat, saya musafir". 

"Eh, tidak boleh tidur di masjid." Imam Ahmad diusir dari masjid. Sejurus kemudian pintu masjid pun dikunci. 

Berdekatan masjid itu terdapat sebuah pondok kecil milik seorang pembuat /penjual roti. Ketika sedang membuat adunan dia terlihat kejadian yang menimpa Imam Ahmad. lalu dia memanggilnya dari jauh "Mari syaikh, tuan boleh menginap di tempat saya, meskipun kecil". Imam Ahmad memperkenalkan dirinya sebagai musafir dan menerima pelawaannya.


Imam Ahmad masuk ke rumah itu dan berbaring di atas pangkin di belakang penjual roti yang sedang membuat adunan roti. Sambil bekerja penjual roti itu melafazkan istighfar. Astaghfirullah saat meletakkan garam, astaghfirullah waktu memecahkan telur, astaghfirullah lagi masa mencampurkan gandum. Dia selalu mengucap istighfar..

Imam Ahmad asyik memperhatikannya, kemudian mula bertanya, "Sudah berapa lama kamu beristighfar seperti ini?" 

Lelaki itu menjawab "Saya menjual roti sudah 30 tahun, jadi semenjak itulah saya melakukannya". 

Imam Ahmad bertanya lagi, "Apa hasil dari perbuatanmu ini?" 

Jawabnya, "Lantaran wasilah istighfar, semua hajat yang saya pohon pada ALLAH, telah pun terkabul kecuali satu".

Imam Ahmad "Apa itu?"

Kata penjual roti, "Saya minta kepada Allah supaya dipertemukan dengan Imam Ahmad". 

Seketika itu juga Imam Ahmad bertakbir, "Allahuakbar, ALLAH telah mendatangkan saya dari Baghdad ke Basra ini, diusir keluar dari masjid sehingga sampai ke sini kerana Istighfarmu!"

Penjual roti terperanjat lantas memuji-muji ALLAH kerana ternyata yang hadir di depannya ketika itu adalah Imam Ahmad!


TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT.

*(1) MAHKOTA ZIKIR*

*لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ*

*(2) MAHKOTA TASBIH*

*سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ*

*(3) MAHKOTA DO'A*

*رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ*

*(4) MAHKOTA ISTIGHFAR*

*اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِى ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَ وَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لاَ يَغفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ*



*(5) MAHKOTA PERLINDUNGAN*

*بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ ِفي اْلأَرْضِ وَلاَ ِفي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ*


*(6) MAHKOTA PERISAI BENCANA*

*لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ*

*(7) MAHKOTA PENENANG HATI*

*لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ*



Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...