Skip to main content

ZAMAN MUNCUL IMAM MAHADI DAN NABI ISA A.S


Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?

Rasulullah menjawab: Ya.

Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?

Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. 

Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?

Rasulullah menjawab: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak kenali.

Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?

Rasulullah menjawab: Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka.

Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.

Rasulullah manjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.

Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.

Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?

Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.


Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...