Skip to main content

MATA DAN HATI

Si MATA PESIMIS …
Tidak nampak sebarang keindahan.
Tidak nampak peluang pelajaran.
Dunia dilihat dengan pandangan hitam putih.
Setiap hari tiada keistimewaan.

Si MATA OPTIMIS …
Semua dilihat dengan penuh syukur.
Banyak pelajaran penuh bersemangat.
Hidup seindah warna pelangi.
Setiap hari harum mewangi.

Wahai mata, bantulah minda dan hati agar melihat semua ciptaan Allah itu cantik, kerana ALLAH Maha Cantik.

Everything has beauty, but not everyone sees it!

Buka HATI …
dengan menundukkan kesombongan
dengan menjernihkan akal fikiran.
bersedia menerima keadaan.
dengan keluasan kasih.
dengan membuka pintu maaf.
dengan berserah diri kepada Tuhan.

ALLAH takkan buka pintu hati jika kesombongan membatu dalam diri.
ALLAH takkan buka pintu hati jika fikiran selalu dicemari ilusi.
ALLAH takkan buka pintu hati jika belum bisa menerima keadaan diri.
ALLAH takkan buka pintu hati jika belum mampu mengasihi.
ALLAH takkan buka pintu hati jika pintu kemaafan masih terkunci.
ALLAH takkan buka pintu hati jika belum benar berserah diri.

Bila hati sudah terbuka, nescaya amanah mampu diterima.
Orang amanah mampu menyerap hidayah.
Hiduplah bersama hidayah dan hayati Firman ALLAH.
Semua tertera dalam hati dan tertulis di alam semesta.


CERITERA SUAMI SEJATI
Hamid menikahi Hamidah, seorang wanita cantik yang sangat dicintainya. Hidup mereka aman damai. Namun tidak lama kemudian rumah tangga mereka teruji bila Hamidah mengalami penyakit kulit kronik yang menyebabkan kecantikannya beransur hilang. Hamid pula terlibat kemalangan jalan raya ketika ke tempat kerja menyebabkannya matanya buta. Namun ujian itu tidak menjejaskan kerukunan rumah tangga mereka.

Tidak lama kemudian Hamidah meninggal dunia. Kematiannya menyebabkan Hamid merasa sangat sedih. Sahabat baiknya, Amran datang bertanya khabar dan mengucapkan takziah.

AMRAN: Macam mana sekarang? Selama ini arwah Hamidah selalu membantu awak.”

HAMID: Sebenarnya saya tak buta. Saya berpura-pura saja. Kalau arwah tahu saya dapat melihat perubahan wajahnya, tentu dia rasa sedih. Kesannya ltentu ebih teruk dari penyakit itu sendiri. Dia isteri yang baik. Demi kebahagiaan rumah tangga saya abaikan saja kekurangannya.  

MUHASABAH

Dalam melalui takdir hidup, berlarilah ikut rentak sendiri. Simpan keluhan dalam diam. Orang lain tidak perlu tahu jatuh bangun kita dalam berjuang. 
Tahanlah lelah. Kuatkan  diri. Luahkan doa panjang dalam sujud. Satu hari nanti kita bisa bangkit. Kita berhak meneruskan hidup di atas garisan ALLAH.

Kecantikan berada di lisan dan akal. 
Wajah hanyalah kulit yang bakal dimamah usia.




Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...