Ingat!!
1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11*Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12*Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13*Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siraturrahim.
14*Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15*Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16*Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17*Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18*Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19*Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20*Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21*Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22*Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23*Jangan pakai tangkal. ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama orang memakai tangkal. Dikhuatiri bergantung kepada tangkal pula.
24*Jangan pertikai kenapa ISLAM melarang. Semuanya untuk kebaikan. Yang baik adalah dari ALLAH s.w.t, yang buruk dari hamba-NYA.
Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda. agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. in shaa Allah..
9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia.. Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ” Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ” Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْۖ” Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ” Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ” Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ” Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ” Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب” Jangan mengumpat. ...

Comments
Post a Comment