Skip to main content

MATLAMAT PERKAHWINAN



                                                            (Gambar sekadar hiasan)

ALLAH menganugerahkan rezeki hadiah sebuah perkahwinan buat hamba-Nya. Rezeki berlipat kali ganda selepas lafaz pernikahan. Rezeki di sini bermaksud “ketenangan” di dalam hati suami isteri.  Tenang menyelesaikan masalah bersama. Tenang meraikan penyelesaiannya. Ketenangan itu sangat mahal, tidak ternilai harganya. 

Perkahwinan bukan sekadar kita suka sama suka, jom kita kahwin. Perkahwinan adalah amanah dan tanggungjawab suami isteri. Perkahwinan perlukan ilmu agama untuk mendidik anak-anak, bukan sekadar A for Apple tapi A for ALLAH. Ungkapan “Saya terima nikahnya…” adalah ikrar seorang lelaki dengan ALLAH untuk memikul tanggungjawab. Perkahwinan adalah ibadah yang paling jauh perjalanannya dan banyak pula rintangan. Ia adalah tanggungjawab seorang suami dan pengorbanan seorang isteri.

Apa matlamat perkahwinan? Mahu ke syurga bersamanya, kan? Tapi bukan senang untuk melangkah berdua bersama-sama. Semasa lelaki masih bujang, hendak melangkah kaki ke masjid pun payah. Hendak sujud dahi ke sejadah waktu qiam sendirian di tengah malam pun boleh dikira dengan jari. Inikan pula hendak gerakkan pasangan di sebelah yang sedang nyenyak dalam lena. 

Hati dan jiwa sering tidak sabar, mudah marah dan beremosi bila dicuit ujian kepenatan. Penat buat kerja pejabat, penat buat kerja rumah, mudah merajuk dengan ibu ayah. Inikan pula hendak sabar dengan pelbagai karenah pasangan yang datang dari keluarga yang berbeza didikan dan asuhannya. 

Mungkin ada yang kata, "Tak mengapa, semuanya boleh berubah lepas kahwin. Dia didik saya, saya nasihati dia. Bukankah pernikahan itu saling melengkapi?" Sekarang cuba fikir, mudahkah hendak mendidik pasangan supaya solat, tutup aurat, ikut syariat? Masing-masing ada tabiat tersendiri, bukan mudah untuk diubah. Sebulan belum tentu, Setahun pun tidak dijamin. Bergantung pada proses didikan dan bimbingan. Kalau ada yang berubah tiba-tiba 360 darjah dalam masa sebulan kahwin, perubahan itu takkan kekal lama. Sekejap sahaja nanti dia akan kembali pada perangai lama semula. Bukan mudah suami hendak dengar nasihat isteri jika tidak pandai berhikmah kata. Bukan mudah isteri hendak ikut cakap suami jika tak kena dengan gayanya. 

Jadi, bagaimana hendak sampai kepada matlamat? Jika benar-benar seorang muslim ingin bernikah kerana ALLAH, dia akan melakukan segalanya supaya selari dengan kehendak ALLAH. Melakukan yang terbaik kerana ALLAH. Dibuktikan dengan amal soleh di sisi-NYA. Bukan dengan semakin tenggelam dalam hawa nafsu semata-mata. Bukan buat apa yang kita suka sahaja. Tapi apa yang ALLAH suka, kita enggan ikut pula. 

Bila sesuatu pasangan bernikah kerana ALLAH, andai kelak rumahtangga dibadai ujian hebat, iman pasangan tidak gentar bergolak. Pasangan akan sama-sama kembali pada ALLAH ... kerana asas perkahwinan mereka dimulakan dengan ALLAH. Namun jika permulaan perkahwinan itu rapuh, maka tiang rumah juga mudah bergoyang bila ditiup angin dugaan. Bila bergaduh pasangan mulalah bertanya, 'Kenapa awak kahwin dengan saya?’ Jangan pula dijawab 'Sebab saya cintakan awak.' Hakikatntya, cinta mudah musnah bila rasa tenang dan rasa bahagia sudah hilang. Tapi jika “Kerana ALLAH saya menikah,” maka cinta itu akan tetap utuh dan teguh bertahan kerana ALLAH. Cinta itu selari dengan tanggungjawab, menunaikan hak kepada yang berhak. 

Ketahuilah, di saat kita sedang teruja untuk menikah, di luar sana ada pasangan yang sedang retak menanti belah, sedang hebat dilanda cerai dan talak, sedang hebat bermandi air mata dengan sikap pasangan. Tidak ada orang yang ingin berduka. Semua inginkan bahagia dalam rumah tangganya. Namun jika caranya tidak selari dengan tuntutan agama, meranalah jiwa, sedangkan ALLAH sudah begitu indah menjadikan manusia berpasang-pasangan dan pernikahan supaya sampai ke syurga-NYA.

Taqarrublah dengan ILAHI. Itu jalan bahagia hakiki. Bila kita dekat dengan Tuhan, DIA tidak akan membiarkan kita menguruskan semuanya sendiri mengikut kata hati. DIA akan atur satu-satu dengan penuh teliti. Kita akan berpaut kuat pada DIA yang selalu berada di sisi.
CERITERA RUMAH TANGGA:



MUD: Aku tengok kau dengan isteri nampak baik sangat. Apa rahsianya? Kau tak pernah bertengkarkah dengan diakah?
MAN: Mana pula tak ada ... sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Nak tahu rahsianya; aku tulis dia baca, dia tulis aku baca.
MUD: Apa bendanya tu?
MAN: Bila merajuk dia tulis nota dan tampal di peti sejuk. Aku baca, aku tulis balasannya dan tampal di peti sejuk. Lepas berkali-kali merajuk dan berbalas tulis, kami ketawa dan berbaik semula. Tapi kesianlah peti sejuk, dah jadi notice board!

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...