Skip to main content

MENGADU PADA CERMIN


Aku sebenarnya suka tengok orang solat. Tapi kenapa aku sendiri takda rasa nak solat?
Aku ada banyak benda nak minta diperkenankan oleh Allah, jadi aku hanya berdoa dan terus berdoa. Bila diajak untuk solat berjemaah di surau/masjid, kenapa macam-macam alasan yang aku cipta? Aku bukannya jahat. Aku tak reti menipu. Aku tak reti mencuri. Aku benci orang yang buat jahat. Tapi aku malas solat. KENAPA AKU JADI MACAM NI.......?

Mat, kita tahu kita salah sebab kita tak solat. Kita tahu tinggalkan solat tu berdosa. Kita tahu perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah nanti ialah solat. Kita tahu kalau kita tak solat, kita boleh disamakan dengan orang yang kafir. Kita tahu solat tu tak ambil masa yang lama. Cuma 10 minit.

Dah tahu, tapi kita masih tinggalkan jugak solat. Kenapa?

➧Sebab kita tak sedar diri kita ini hanyalah hamba Allah.
➧Sebab tak sedar mati bila-bila boleh tiba.
➧Sebab urusan dunia lebih seronok.
➧Sebab tak fikir nasib di akhirat nanti.
➧Sebab tak sedar hidup di dunia ini sementara. Ingat, kita ada satu lagi kehidupan, iaitu Akhirat.
➧Sebab kita jarang ikut kelas agama. Kurang ilmu agama.
➧Sebab kawan-kawan pun bukan jenis yang pentingkan solat.
➧Sebab mengutamakan nafsu.
➧Sebab orang tak peduli pun kita solat ke tak.
➧Sebab ganjaran pahala solat kita tak nampak.
➧Sebab memandang ringan pada solat.
➧Sebab solat dianggap ritual yang tak dihayati.

Cukuplah sedozen alasan aku bagi. Masa sekarang bolehlah bagi alasan. Cuba kat sana nanti, nak jawab apa? 
Jom kita muhasabah diri kita balik. Apa yang kurang kita tambahkan. Jangan kita sombong dengan ilmu agama. Kita mesti kena selalu bersyukur. Nikmat Allah tak terkira dek akal. Alhamdulillah kita masih dapat menghirup oksigen.


Sesekali kita perlu menangis agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira dan ketawa.
Sesekali kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata.
Sesekali kita perlu merasai kesulitan hidup agar kita tahu bersyukur bila menikmati kebahagiaan di kemudian hari.
Sesekali kita perlu kecewa untuk kenal erti penat jerih dalam usaha menempa kejayaan.

Muhasabah Diri


Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...