Skip to main content

MERENUNG DOSA DAN AIB DIRI


Sahabat, 
Jom amati wajah kita dan bertanya, "Adakah wajah ini akan bercahaya bersinar indah di syurga sana ataukah wajah ini akan hangus legam terbakar dalam bara jahanam?"

Tatap mata kita dan bertanya, "Adakah mata ini dapat menatap penuh kelazatan dan kerinduan, menatap Allah yang Maha Agung, menatap keindahan syurga, menatap Rasulullah, menatap para Nabi? Ataukah mata ini akan terbeliak, melotot, menganga, terburai, meleleh ditusuk baja membara? Akankah mata terlibat maksiat ini akan menyelamatkan? Wahai mata apa yang kau tatap selama ini?" 

Tataplah mulut kita, "Apakah mulut ini di akhir hayat nanti dapat menyebut kalimat thoyyibah, 'laaillaahaillallaah', ataukah akan menjadi mulut berbusa yang menjulur dan di akhirat akan memakan buah zakum yang getir menghanguskan dan menghancurkan setiap usus serta menjadi peminum lahar dan nanah? 
Saking terlalu banyaknya dusta, ghibah, dan fitnah serta orang yang terluka dengan mulut kita ini!"

"Wahai mulut, berapa banyak dusta yang kau ucapkan. Berapa banyak hati-hati yang remuk dengan pisau kata-katamu yang menghiris tajam? Berapa banyak kata-kata yang semanis madu palsu yang kau ucapkan untuk menipu orang? 
Betapa jarangnya kau jujur? 
Betapa jarangnya kau menyebut nama Allah dengan tulus? 
Betapa jarangnya kau syahdu memohon agar ALLAH mengampunimu?" 

Sahabat, 
Tataplah diri kita dan tanyalah, "Aku ini anak spoleh atau anak durhaka? Apa  yang telah aku peras dari emak dan ayah selama ini? Apa yang telah aku berikan mereka selain selain menyakiti, membebani, dan menyusahkan?! 
Betapa aku ini makhluk tak tahu membalas budi!" 

"Wahai tubuh, adakah kau kelak akan penuh cahaya, bersinar, bersukacita, bercengkrama di syurga sana? Atau tubuh tercabik-cabik hancur mendidih di dalam lahar membara jahanam tanpa ampun dengan derita tiada akhir? Wahai tubuh, berapa banyak maksiat yang kau lakukan? Berapa ramai orang yang kau zalimi dengan keindahan tubuhmu? Berapa ramai hamba Allah yang lemah yang kau tindas dulu? Berapa ramai yang meminta pertolongan yang kau tak pedulikan  padahal kau mampu? Berapa banyak pula hak orang yang kau rampas?"

"Wahai tubuh, seperti apa isi hatimu? Adakah tubuhmu sebagus kata-katamu atau malah sekelam daki yang melekat di tubuhmu? Adakah hatimu segagah ototmu atau selemah daun-daun yang mudah rontok? Adakah hatimu seindah penampilanmu atau malah sebusuk kotoranmu?"

Sahabat,
Ingatlah amal-amal kita dan bertanya, "Hai tubuh, adakah kau ini makhluk mulia atau menjijikkan? Berapa banyak aib nista yang kau sembunyikan di balik penampilanmu? Adakah kau ini dermawan atau kedekut yang menyebalkan? Berapa banyak duit yang kau nafkahkan berbanding dengan yang kau guna untuk selera rendah hawa nafsumu?”

“Adakah kau ini soleh atau solehah seperti yang kau tampakkan? Khusyukkah solatmu, zikirmu, doamu? Ikhlaskah kau lakukan semua itu? Jujurlah hai tubuh yang malang! Atau kau hanya menjadi makhluk yang riyak dengan segala yang kau pamerkan?"

Sungguh betapa berbeza antara yang nampak di cermin dengan apa yang tersembunyi. Betapa aku telah tertipu oleh topeng yang kulihat selama ini,  hanya selonggok daging yang dibungkus topeng duniawi.

Sahabat, 
Sesungguhnya ketika bercermin adalah saat yang tepat untuk kita mengenal dan menangisi diri sendiri.  

Ya Allah, Kau Maha Pengampun, ampunkanlah hamba-Mu yang telah banyak melakukan kelalaian, ampunkanlah hamba-Mu yang telah banyak melakukan kemaksiatan, ampunkanlah hamba-Mu yang merasa paling benar, ampunkanlah hamba-Mu yang telah menyombongkan diri. 

Dosa ini terlalu banyak, Ya ALLAH bahkan lautan-Mu saja tidak akan mampu menampung dosa-dosa yang telah ku lakukan. Aku tak layak berada di Syurga-Mu tapi aku juga tidak sanggup menerima seksaan pedih Neraka-Mu, Ya Allah. 
Bantulah hamba-Mu yang lemah ini menghindari segala kemaksiatan. Bimbinglah hamba-Mu ini dalam melakukan kebaikan dalam beribadah.
Aamiin aamiin aamiin Ya Rabbul Alamin 

(Adaptasi dari tulisan Lutfi Romans)

CERITERA SI MUROBBI




Pelajar: "Sheikh, hendak tanya sikit, macam mana kita nak tahu kita ini ahli akhirat atau ahli dunia?"


Syeikh:  "Kalau seseorang datang menemui kamu dan memberi kamu duit, apa kamu rasa? Tentu gembira, kan. Selepas itu datang pula seorang pengemis meminta duit untuk membeli makanan dan kamu memberinya, masa itu apa pula yang kamu rasa? Kalau kamu gembira macam masa kamu menerima duit, itu menunjukkan kamu ahli akhirat, tapi kalau kamu sedih, kamu itu ahli dunia."


Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...