Skip to main content

NAFSU SYAHWAT


Sahabat .... Diceritakan bahawa hawa nafsu hanya tunduk di bawah naungan puasa sahaja. Selain itu ia tidak pernah tunduk kepada sesiapa, termasuk ALLAH S.W.T. Malah, kalau cuba dimatikan pun ia akan tumbuh dalam bentuk yang lain pula.

Sifat nafsu adalah BERKEHENDAK.

Dari sudut nafsu seks, segala-galanya ia mahu. Tidak kira halal, haram, yang terkutuk, wanita, lelaki, transgender malah haiwan juga. Begitu juga nafsu-nafsu lainnya.

Nafsu memasuki diri manusia dengan jalan kebendaan, kemewahan, hiburan, pakaian, glamor dan pelbagai lagi. Jalan ini amat mudah ia masuki kerana kebanyakan orang punya kelemahan yang begini.

Akan tetapi, jika ia dilatih dan dipaksa oleh pemiliknya untuk tawaduk dan selalu berusaha membaiki diri, maka ia akan kalah.

Tidak mudah untuk melawan mahu pun memujuk nafsu jika pemiliknya tidak punya kekuatan rohani yang tinggi.

Sebab itu kita tidak boleh hidup bersendiri tanpa ikatan dengan jemaah Islam atau kelompok usrah yang membolehkan kita mentarbiyah diri, tegur menegur untuk membaiki diri.

Wajib ditingkatkan ilmu serta mendalami tauhid dan ilmu tasauf bagi melawan musuh yang tidak pernah mati itu. Dengan itu akan dapat mengenal Allah dan nafsu ditundukkan dan diperbaiki.

Hendaklah hadir ke majlis-majlis ilmu kerana di sini ahli maksiat itu akan diampuni meskipun banyak dosanya. Ini adalah disebabkan dia hadir bersama orang-orang yang diberikan pengampunan dan hidayah oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

CERITERA PAK SYEIKH ALI JABER HALAU JIN/SYAITAN



Jika mahu minum, mandi, atau bersiram di rumah, isi garam secukupnya ke dalam air  kemudian bacakan surah-surah berikut:

1. Baca Surah Al Fatihah 7 kali.
2. Baca Surah al Baqarah ayat 1 hingga 5 sekali. 
3. Baca Ayatul kursi 7 kali.
4. Baca al Baqarah ayat 284, 285, 286 sekali.
5. Baca Surah al Ikhlas 3 kali. 
6. Baca Surah al Falaq 3 kali.
7. Baca Surah an Nas 3 kali.

In sya Allah pengaruh negatif dalam tubuh ataupun rumah akan hilang.




Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

HEBATNYA ISTIGHFAR SI PENJUAL ROTI

IMAM Ahmad bin Hambal r.a (murid Imam Syafi'i) dikenali juga sebagai Imam Hambali. Di masa akhir hidupnya beliau bercerita... "Satu waktu ketika saya sudah usia tua, saya tidak tahu kenapa timbul keinginan untuk pergi ke salah satu kota di Iraq, padahal saya tidak ada janji dengan sesiapa dan tidak pula ada sebarang hajat. Saya  pergi menuju ke kota Basrah. Saat tiba di sana, telah masuk waktu Isya'. Lalu saya ikut soalat berjemaah di masjid itu. Hati saya merasa tenang."  Selesai solat dan jemaah semua beransur pulang, Imam Ahmad ingin tidur di masjid itu. Penguasa masjid menemui Imam Ahmad dan bertanya, " "Wahai orang tua, awak buat apa di sini?" Dia tidak tahu bahawa itu adalah Imam Ahmad. Dan Imam Ahmad pun tidak memperkenalkan dirinya. Di Iraq, semua orang kenal siapa imam Ahmad, seorang ulama besar dan ahli hadis. Sejuta hadis dihafalnya, sangat soleh dan zuhud. Pada zaman itu tidak ada foto. Logiklah kalau orang tidak tahu wajahnya, hanya kenal p...