Skip to main content

PENCEN KUBUR


KITA selalu membuat persediaan skim pencen untuk menghadapi hari tua, tetapi sering terlupa untuk menyediakan skim pencen kubur. Hari tua itu singkat sahaja. Yang paling lama ialah masa di akhirat sana. Pencen kubur yang dimaksudkan di sini ialah SEDEKAH JARIAH. 

Persoalannya sekarang, mengapa ramai daripada kita liat sangat hendak bersedekah? Hendak masukkan RM1 dalam tabung masjid pun banyak sangat perkiraannya. Kalau ada duit banyak dalam dompet, nilai yang paling kecil itulah yang kita sedekahkan. 

Sebenarnya dalam diri kita masih ada sifat tidak yakin dengan rezeki ALLAH. Kita selalu dihantui rasa bimbang, kalau disedekahkan semua, nanti nak makan apa. Siapa nak tolong kita... Kita lupa bahawa semua rezeki yang kita dapat itu adalah pemberian ALLAH. Kita tidak percaya dengan janji ALLAH bahawa semakin banyak kita bersedekah, semakin banyak ALLAH tambahkan rezeki kita.

Firman ALLAH bermaksud:
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipatgandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui. “ (Surah Al Baqarah ayat 261). 

Mungkin kita pernah terlihat sifat kedermawanan sesetengah warga asing yang mencari rezeki di negara kita. Walaupun sebahagian besar duit gaji sudah dikirim kepada keluarga di negara asal, dan duit yang ada di tangan pula tidaklah sebanyak mana, tapi mereka masih boleh menyumbang ke tabung masjid, terkadang duit yang dimasukkan itu adalah duit not RM50. Mereka sebenarnya sangat yakin dengan rezeki pemberian ALLAH. Mereka membeli syurga dengan sedekah jariah. Merekalah USAHAWAN AKHIRAT.

Selalunya selesai sahaja solat kita pun berdoa, "Ya ALLAH, aku dah solat.. terimalah solatku..berilah pahala yang banyak padaku agar nanti aku dapat masuk Syurga....” Macam mana hendak ke syurga sedangkan bersedekah pun liat!?

Kita selalu dimomokkan dengan pandangan bahawa orang kaya semuanya tamak haloba. Sebenarnya bukan semua orang kaya seperti itu. Sesetengah daripada mereka juga adalah usahawan akhirat. Mereka pergi ke tempat kerja dengan kereta biasa-biasa, tapi datang berjemaah ke RUMAH ALLAH dengan Lamborghini, BMW, Mercedes dan berbagai jenis kereta mewah lain. Mereka bukan hendak menunjuk-nunjuk tapi lebih kepada mengucapkan syukur kepada Yang Maha Memberi Nikmat.

Keuntungan daripada usahaniaga, mereka “laburkan” ke dalam pembinaan masjid dan surau, pusat menimba ilmu seperti tahfiz, NGO yang membantu golongan daif yang  memerlukan bantuan kewangan, di dalam dan di luar negara, juga membina prasarana di kawasan kediaman golongan marhaen. Mereka juga Usahawan Akhirat. 

Simpanan Tetap Seorang Muslim

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesungguhnya antara perkara yang akan mengikut orang-orang mukmin dari segi amalan dan kebajikannya sesudah mati antaranya Ilmu (berguna) yang diajar dan disebarkan, atau anak yang soleh yang ditinggalkan (memohon istighfar dan berdoa untuknya), atau al-Quran yang diwariskan, atau masjid yang ia bina, atau rumah yang ia bina untuk ibnu sabil, atau sungai yang ia alirkan (untuk orang lain), atau sedekah yang ia keluarkan dari harta miliknya pada masa ia sihat dan masa hidupnya, semuanya akan mengiringinya setelah meninggal" (HR Ibnu Majah No: 238) Status: Hadis Hasan.


Begitulah ketetapan ALLAH. Amalan seorang Mukmin akan berterusan ganjaran pahalanya walaupun pemiliknya telah meninggal dunia, di antaranya:

➣Ilmu berguna dan bermanfaat yang diajar dan disebarkan kepada orang lain: melalui lisan seperti ceramah juga tulisan dalam bentuk buku, artikel, jurnal, termasuk dalam bentuk e-book, dalam FB, Laman Sesawang mahupun telegram dan whatsapp.
➣Anak soleh yang mendoakan dan memohon keampunan untuknya
➣Al-Quran yang diwariskan berbentuk mushaf atau yang diajar
➣Masjid yang dibina
➣Rumah yang dibangunkan untuk musafir yang terputus bekalan
➣Sungai yang dibina untuk manfaat manusia dan makhluk lain
7.  Sedekah yang dilakukan ke atas harta semasa sihat dan semasa hidup sama ada dalam bentuk wakaf, derma, mahupun sedekah.

Harta bukan milik kita
Milik kita hanya rezeki 
Terkurang cari lagi 
Terlebih memberilah
Tangan kanan memberi 
Sorokkan tangan kiri
Sedekah bukan tontonan
Lakukan cara sembunyi

Kesimpulannya di sini, hendak jadi usahawan akhirat tidak perlu tunggu kaya. Kita yang biasa-biasa pun boleh melabur. Harga sebutir paku tempat sangkut tongkat ahli syurga di dalam syurga itu lebih mahal daripada dunia dan segala isi dunia! Justeru, bermati-matianlah untuk ALLAH, bukan untuk yang selain daripada-NYA. 

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...