Skip to main content

PERINDU SYURGA


TIDAK ada wanita yang terlahir jelek di dunia ini. Semua wanita terlahir cantik.
Jika wanita terlahir jelek, masakan ALLAHh menyebutnya berulang kali dalam surat cinta-NYA?
Mengapa ALLAH menyeru penjagaan untuknya ?
Mengapa ALLAH mengatur segala hal tentang wanita di dalam surat cinta-NYA?
Mengapa ALLAH menyeru bahawa wanita makhluk yang harus dijaga, disayangi dan dilindungi?

Bukti bahawa semua wanita itu cantik adalah dia mampu menjadi fitnah bagi kaum lelaki.
Dia mampu menjadi penyebab kejayaan seorang lelaki mahupun sebagai penyebab kehancuran seorang lelaki. 

Kehadiran wanita di dunia hanya memiliki dua pilihan iaitu sebagai sebaik-baiknya ANUGERAH atau seburuk-buruknya FITNAH.

Wahai wanita akhir zaman peradaban dunia ...
Dirimu sungguh cantik. 
Dirimu sungguh anggun. 
Tidak perlu mengeluh atas apa yang telah diterima.
Dari rahimmu akan lahir generasi RABBANI

Jika saat ini dirimu tidak cantik di mata manusia, sungguh itu tidak mengapa.
Cukuplah jadi cantik di mata Sang Khalik.
Cukuplah jadi cantik di mata dia yang kelak menemani sisa hidupmu.

Jika saat ini dirimu tidak dirindui berjuta manusia, sungguh itu tidak mengapa.
Cukuplah dirimu dirindui oleh para penghuni langit

Jadilah WANITA PERINDU SYURGA, bukan WANITA PERINDU DUNIA.
Kerana, dunia ini sementara, sedangkan akhirat itu selamanya



Comments

Popular posts from this blog

PERLUKAH BERI BANTUAN?

BENARKAH MEREKA YANG MENERIMA BANTUAN ITU MEMALUKAN DAN MENYUSAHKAN? Nabi S.A.W sebelum wafat berpesan: " Sesungguhnya mereka yang paling baik di kalanganku ialah mereka yang meminta haknya daripadaku atau menghalalkannya agar aku bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan yang baik.." (Kitab Al A'adalah Fil Islam)  Sebagai pemimpin yang baik dan berkebajikan maka ingatlah bahawa... 1-Ada rakyat faqir miskin yang memerlukan bantuan, itulah ujian bagi mereka. ALLAH juga beri ujian kepada yang memegang kekayaan, adakah mereka amanah dengan harta yang ALLAH telah berikan. 2-Kadangkala rakyat yang hidup sederhana juga, walaupun mungkin tidak miskin, tetapi dalam keadaan tertentu turut memerlukan bantuan. Maka pemerintah kena bantu kebajikan mereka. 3-Ada rakyat yang asalnya kaya dan banyak duit, tapi kerana potongan cukai, insuran, hutang dan sebagainya terpaksa memerlukan bantuan. Maka pemerintah yang berkebajikan mestilah membantu Daripada hadis di atas, Nabi S.A.W. menyatakan ba...

KEMURUNGAN

  1. APA ITU KEMURUNGAN Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. 2. PENYEBAB/PUNCA KEMURUNGAN • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walau bagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm bol...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...