Skip to main content

RUMAH TANGGA GELANGGANG IBADAH


IMPIAN wanita ialah menjalani kehidupan bahagia bersama lelaki yang halal baginya iaitu suami. Kerana itu mereka bersedia tinggal berjauhan dari keluarga tercinta yang dikenali sejak lahir. Mereka ingin jadi seperti "Cinderella and Prince Charming" yang bertemu, bernikah dan "live happily ever after." 

"Live happily ever after?" Sebenarnya hidup bukan macam dalam novel cinta atau sinetron. Banyak yang harus difikirkan sebelum lafaz "Aku terima nikahnya" walaupun itulah ayat paling manis di telinga mana-mana wanita. 

Umar Ibni Khattab pernah melontarkan soalan ini, "Jika menikah hanya berlandaskan rasa saling mencintai, lalu di mana kedudukan IMAN?" Cuba kita fikirkan, betapa ramai yang saling mencintai, tetapi pernikahan mereka tidak berkat. Malah berakhir dengan berantakan mahupun perceraian ketika inai masih merah di jari.

Kerana Iman, Rasulullah s.a.w. sabar memakan cuka kerana hanya itu bahan makanan yang ada di rumahnya. Kerana Iman, Ali Bin Thalib sabar menjadi kuli menimba air dengan upah segenggam kurma. Kerana Iman, Fatima Az-Zahra sabar menggiling gandum hingga tangannya melepuh.

Pernikahan tidak seindah yang digambarkan dalam novel cinta. Akan ada banyak cobaan dan ujian. Rasa cinta semata-mata kadang-kadang tidak mampu ikut berjuang ketika hidup dilambung gelombang. Hanya Iman yang kuat dengan pedang kesabaran di kala susah, dan senjata syukur di kala senang sahaja yang mampu menghadapi bala ujian dan cobaan.


Boleh sahaja menikah kerana saling mencintai, namun pastikan, perasaan CINTA itu hanya sekadar menjadi MAKMUM. Yang harus menjadi IMAM ialah IMAN. Fahamilah! Tidak semua cinta itu melahirkan Iman. Tetapi semua Iman, insya ALLAH akan melahirkan cinta.

                                 
Rumah tangga adalah gelanggang pasangan serta seluruh anggota keluarga beribadah kepada ALLAH. Ibadah bukan sahaja terbatas kepada solat, puasa, haji, zikir dan sebagainya, tetapi semua tugas menyelenggarakan sebuah keluarga juga dikira sebagai ibadah. Suami yang mencari rezeki yang halal, mendidik isteri, membimbing anaknya adalah suami yang sedang beribadah kepada Allah.

Isteri yang memasak, mencuci pakaian, menjaga anak-anak ialah isteri yang hakikatnya sedang beribadah kepada Allah. Selagi semua anggota keluarga beribadah dan rumah tangga dijadikan gelanggang ibadah, maka akan wujudlah ketenangan, kemesraan dan kasih sayang sesama mereka.

Rumah tangga akan hancur sekiranya ia tidak lagi menjadi gelanggang ibadah buat seluruh anggota keluarga. Pasangan dan anak-anak yang bertindak bertentangan dengan tujuan rumah tangga diciptakan akan merobohkan syurga yang indah ini.


Memang pada awal rumah tangga dibina segalanya akan nampak indah. Ini kerana segala-galanya terbina di atas fitrah. Maksudnya semua manusia secara fitrahnya (instinct) inginkan cinta. Seorang lelaki inginkan kasih sayang seorang isteri dan begitulah sebaliknya. Tetapi seperti yang dinyatakan awal tadi, cinta yang berasaskan fitrah sahaja tidak cukup untuk mempertahankan keharmonian dalam sebuah rumah tangga.


Fitrah perlukan syariat. Syariat ialah peraturan Allah. Melaksanakan syariat itulah ibadah.  Syariatlah yang mengatur, menyubur dan mengawal fitrah. Allah yang mengurniakan cinta dan Allah jualah yang menurunkan syariat untuk mengawal dan menyuburkannya.  Jika tidak, cinta akan tandus... Kasih akan pupus.


Ingatlah bahawa cinta itu adalah rasa. Ia tidak terbina oleh urat, daging dan tulang. Tetapi ia rasa yang terbina di hati. Di daerah rasa, tidak ada tua atau muda... Tidak ada permulaan, pertengahan atau pengakhiran. Di hati yang beriman, tetap ada cinta. Cinta tetap muda walaupun yang bercinta telah tua… justeru cinta itulah yang membentuk hati yang sejahtera, bekalan kita ke alam syurga.

Susah senang, sempit lapang, sihat sakit sentiasalah INNI AKHAFULLAH ... "Sesungguhnya aku takut akan Allah". 

PERKAHWINAN SAKINAH, MAWADDAH WA RAHMAH


SAKINAH ialah ketika melihat kekurangan pasangan dan mampu menjaga lidah untuk tidak mencelanya.

MAWADDAH ialah ketika kita tahu kekurangan pasangan kita tapi tidak mempermasalahkannya, kita tonjolkan kelebihannya saja.

WA RAHMAH adalah ketika kita mampu menjadikan kekurangan pasangan sebagai ladang amal untuk diri kita.

Semoga kita dapat melaksanakannya.
Amin ya Rabbal'alamin


CERITERA SI PERI


SISWA 
"Assalamualaikum, Prof. Hai, kenapa naik lori pula hari ni?"

PROFESOR
"Waalaikumussalam. Aaah… kereta sakit. Kena hantar jumpa ‘doktor’ dia."

SISWA
"Pemandu lori tu suami Prof ke? Masa turun lori tu tadi saya nampak Prof cium tangan dia."

PROFESOR
"Kenapa? Profesor tak boleh kahwin dengan pemandu lorikah? Dialah pasangan beriman terbaik yang Allah anugerahkan pada saya. Dia pekerja ayah saya. Akhlaknya sangat baik sampaikan ayah pun berkenan. Ayahlah yang mencadangkan saya menikah dengan dia. Dia sudi memperisterikan saya walaupun sedar umur kami sangat jauh berbeza. Sudah masuk golongan ANDARTU!"  

SIAWA (tersenyum)
"Moga jodoh Prof dan suami sampai ke syurga."

PROFESOR
"Aamiin! Terima kasih doanya."



Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...