Skip to main content

SETIAP SESUATU ADA PENYAKITNYA


Abu Turab r.a. seorang ahli sufi berkata:

"Wahai manusia ! Kamu mencintai tiga macam, padahal ketiga itu bukanlah milikmu.

1. Kamu mencintai dirimu, padahal diri itu milik HAWA DAN NAFSU,
2. Kamu mencintai ROH mu, padahal NYAWA  itu milik ALLAH S.W.T.,
3. Kamu menyintai HARTA mu, padahal harta itu milik ahli waris turun-temurun."

Di samping itu pula kamu mencari dua macam lagi, padahal kedua itu tidak kamu peroleh:


ISTIREHAT DAN BERSUKARIA di dalam dunia. Keduanya ini tidak akan ada di dunia, tetapi kesemua itu TEMPATNYA DI SYURGA.


Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.” (Riwayat Ahmad)

Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:

”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata TUHANMU: “Berdoalah kepada-KU...”
(Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi S.A.W. 


“Manakah amalan Islam yang paling baik?"


Nabi menjawab; “Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal.”

(al-Bukhari dan Muslim)

WASIAT NABI SAW kepada Saidina Ali
Tiap sesuatu ada penyakitnya:
❖ Penyakit berkata-kata adalah bohong.
❖ Penyakit ilmu adalah lupa.
❖ Penyakit ibadah adalah riak.
❖ Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri.
❖ Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian.
❖ Penyakit orang berdarjat adalah merasa bangga.
❖ Penyakit berani adalah rasa takut.
❖ Penyakit cantik adalah sikap sombong.
❖ Penyakit malu adalah rasa lemah.
❖ Penyakit beragama adalah hawa nafsu.




Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...