Skip to main content

SUAMI BENCI 8C




8C adalah lambang keperibadian wanita yang lemah akhlak. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tetapi kita ini insan yang mudah lupa, alpa dan lalai. Mungkin kita mempunyai salah satu ciri-ciri 8C ini disebabkan keadaan sekeliling, pada masa-masa tertentu, atau mungkin juga kerana sifat suami dan anak-anak. Mari kita teliti satu persatu.

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!” Dato’ Dr Fadillah Kamsah kata JANGAN CABAR SUAMI… nanti kalau suami buat betul-betul, isteri juga yang putih mata...

C2. CABUL
Cabul ini bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan mahram tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan tutur kata isteri yang tidak sopan terhadap mertua...

C3. CELUPAR
Wanita cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu mengeluarkan kata-kata yang tidak manis, terlepas cakap kepada suami sehingga membuat suami rasa jauh hati...

C4. COMOT
Terdapat wanita cantik tetapi comot ketika di rumah. Comot ini sama ada melibatkan wajah, penampilan, kerja atau tindak-tanduknya yang selekeh. Bila hendak keluar rumah barulah dia bersolek sakan. Suami pula di tempat kerja sentiasa nampak yang comel-comel saja. Ada isteri yang kata bermekap untuk suami, tetapi di rumah tidak diamalkan pun...

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan, asyik telefon suami di tempat kerja. Suami baru saja balik kerja sudah tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime sudah syak yang bukan-bukan...

C6. CEREWET
Kata ulama, hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tidak suka bila isteri cerewet tidak bertempat. Contohnya kalau suami ajak makan di luar, isteri mahu restoran yang ada kelas sahaja. Gerai tidak dipandang langsung ...

C7. CINCAI
Buat kerja rumah, memasak, menjaga anak semua cincai belaka. Dato Dr Fadillah Kamsah kata, suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak jatuh longkang tetapi emak masih lepak depan dengan telefon ...

C8. CUAI
Lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila melibatkan masa. Suami menetapkan keluar jam 3.00 tetapi isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Mereka benci situasi begini.

BENCI BIAR BERPADA. TAKUT ADA ORANG LAIN PULA YANG SUKA


Ada masa kita tidak nampak permata di depan mata. Apa yang kita kejar hanya kilauan kaca. Bila permata itu ditemui oleh orang lain yang pandai menghargainya, baru tersedar, kita telah kehilangan sesuatu yang tidak ternilai.

Kaca yang kita kita sangka permata itu akhirnya membuat jari kita terluka. Ketika itu baru tersedar kita sudah terlambat menghargai apa yang ALLAH  anugerahkan kepada kita dulu.


Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...