Skip to main content

TAZKIRAH SI PAKCIK TUA


"Nurse, kiblat arah mana?"

"Maaf pakcik, saya bukan Muslim".

Perbualan itu menarik telinga Firdaus Razak. Automatik jururawat dan pakcik tua dan keluarga pakcik itu memandangnya yang duduk di kerusi paling dekat dengan katil pakcik itu, malah siap pakai kopiah dengan baju Melayu. Tentu dia yang patut beri jawapannya.

"Err kejap saya check."

Cepat-cepat Firdaus install Apps untuk kiblat." Maaf lambat sikit, saya solat kat tingkat atas tadi, tu yang saya tak pasti kiblat kat sini".

"Ooooo patutlah".

Itu cara awal mereka berkenalan. Pada hari itu Firdaus temankan abang iparnya yang dimasukkan ke wad. Lebih kurang pukul 11 malam pakcik tua itu ditempatkan di katil sebelah. Maka posisi Firdaus duduk ialah di tengah antara dua katil abang iparnya dengan katil kiri pakcik tua. Bila keluarga pakcik sudah pulang tiba-tiba pakcik tepuk tangan Firdaus.

"Sudah witir?"

"Witir? Err belum.. Belum lagi"

Malu sebenarnya bila ditanya macam tu. Witir adalah solat sunat yang sangat jarang Firdaus buat selain bulan Ramadhan. Itupun kalau pergi berjemaah. Kalau sendiri faham-fahamlah.

Muka pakcik cemas sebab belum buat witir lagi, terus dia bergegas ke tandas. Mulanya Firdaus sangka dia hendak solat atas katil, rupanya dia bersolat atas lantai. Firdaus berikan kerusi untuk dia solat duduk, dia menolak kerana hendak solat berdiri.

Selesai witir yang agak panjang, dia baring di katil.

"Kamu tahu, Nabi tidak akan tidur pada malam hari melainkan setelah membaca As Sajadah, Al Mulk, Ar Rahman dan Yaasiin".

Dalam hati Firdaus terfikir, "Ada dalil ke? Memandai je kot? Terasa hendak berbahas tetapi mengenangkan jam masuk pukul 1 pagi dan pakcik pula sangat uzur dia diamkan saja. Cuma Firdaus kagum dan terkejut. Rupanya dia baca melalui hafalan 4 surah tu tadi lepas witir. Sakit-sakit pun rajin lagi.

Tiba-tiba dia tanya Firdaus soalan yang selalu diterima dan pedih untuk dijawab. "Kamu sudah keluar berapa hari?"

Ini 'kod' jemaah Tabligh. Sebuah jemaah yang Firdaus kagumi.

"Err saya tak pernah... Saya ikut ghash yang petang-petang tu dulu dengan ta'alim bila free, itupun lama dulu."

Dia agak hairan. Mungkin kerana wajah Firdaus yang berjanggut panjang, automatik membuatkan orang menyangka Firdaus anggota jemaah Tabligh. Dia tidak bertanya apa-apa sebaliknya dia ceritakan kisahnya sendiri. Dia pesakit jantung, ada 3 lubang pada jantungnya dan ada juga masalah jantung yang lain. Dia cuma dapat berjalan 10 langkah bersama tongkat dan perlu berhenti rehat. Tidak boleh jalan laju. Keuzuran itu begitu ketara sehingga dia cuma dapat solat berjemaah fardhu Jumaat semata-mata. Itupun setelah puas dilambai minta ditumpangkan. Namun sebelum uzur dulu kaki beliau membawanya hampir ke seluruh pelusuk negara, mengajak umat pada iman, malah menyampaikan dakwah di beberapa negara lain melalui jalan Tabligh.

Tujuan dia bercerita untuk merangsang Firdaus. Kalau dia yang sakit pun boleh buat, maka yang sihat kena berusaha sampai jadi boleh. Kemudian dia tanya satu lagi soalan berat. "Ada tahajud?"

"Err kurang, kurang sangat," balas Firdaus.

"Umur berapa?"

"Saya 22,"

"Ada cinta?" Dia senyum. 

"Eh taklah muda lagi." Firdaus malu-malu.

"Tahajudlah. Umur saya 83, Allah beri izin saya tahajud tanpa tinggal walau satu malam pun semenjak tahun '73. Hampir 40 tahun. Kita dibeban dengan fikiran tahajud itu susah, kerana itu kita tak mampu. Niat perlu betul, bangun untuk tahajud walau letih macam mana dan tidur pukul berapa pun. Allah akan bantu. Kalau masih tertidur sampai subuh pun, niat tadi tetap Allah kira, tidak akan dipersiakan."

Dia menceritakan bagaimana dia kerap digenggam oleh 'sesuatu' yang mengejutkan dia untuk bangun tahajud persis cerita Arwah Tok Guru Nik Aziz yang dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu bilik untuk qiamullail. Kuncinya pada niat. Hendak atau tidak. Itu pada pilihan kita. ALLAH akan bantu. Firdaus rasa malu sangat. 

Tiba-tiba ada pakcik dari katil yang agak jauh dari mereka terjaga dari tidur dan nampak macam sedang mengalami kesusahan. Jururawat tidak ada pula. Firdaus bergegas ke pakcik itu. Jam sudah pukul 2. Bila Firdaus kembali ke tempat duduk, Pakcik tua itu sudah tidur. Tenang wajah dia. Firdaus pergi ke surau tingkat atas dan tidur di sana. 

Setelah sekian lama Firdaus pun tahajud. Mungkin ALLAH berpesan melalui lidah pakcik tua. 10 minit sebelum subuh, terdengar bunyi tongkat yang agak kuat menuju ke ruang solat. Pakcik tua itu masuk ke dalam surau. Jauh juga dia berjalan ke situ dari wad tadi dalam keadaan sakit. Rupanya dia datang sebab dia teringat awal perbualan tadi Firdaus sebut dia solat di tingkat atas. Kuat sungguh semangatnya.

Ramai yang datang untuk subuh, cuma sebab Firdaus yang 'special' di segi pakaian (penampilan  luaran) maka dialah yang kena azan, dan jadi imam.

Selesai solat Firdaus bergerak ke tingkat bawah, kembali ke wad. Pakcik tua jalan seiring, sambil jalan dia terhenti-henti. Sekejap berpaut pada dinding ambil nafas. Sesekali dia terjerit "Allah" dengan penuh lemah. Pasti kerana sakit.

Kembali ke katil, dia berzikir. Sedangkan Firdaus perlu pulang ke rumah untuk berehat, tidak sampai hati hendak ganggu pakcik, yang berdoa, menangis, pekup muka kemudian angkat tinggi. Akhirnya Firdaus berpesan pada abang ipar untuk sampaikan salam pada dia.

Terima kasih ALLAH kerana membawa kesedaran melaluinya.



Comments

Popular posts from this blog

PERLUKAH BERI BANTUAN?

BENARKAH MEREKA YANG MENERIMA BANTUAN ITU MEMALUKAN DAN MENYUSAHKAN? Nabi S.A.W sebelum wafat berpesan: " Sesungguhnya mereka yang paling baik di kalanganku ialah mereka yang meminta haknya daripadaku atau menghalalkannya agar aku bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan yang baik.." (Kitab Al A'adalah Fil Islam)  Sebagai pemimpin yang baik dan berkebajikan maka ingatlah bahawa... 1-Ada rakyat faqir miskin yang memerlukan bantuan, itulah ujian bagi mereka. ALLAH juga beri ujian kepada yang memegang kekayaan, adakah mereka amanah dengan harta yang ALLAH telah berikan. 2-Kadangkala rakyat yang hidup sederhana juga, walaupun mungkin tidak miskin, tetapi dalam keadaan tertentu turut memerlukan bantuan. Maka pemerintah kena bantu kebajikan mereka. 3-Ada rakyat yang asalnya kaya dan banyak duit, tapi kerana potongan cukai, insuran, hutang dan sebagainya terpaksa memerlukan bantuan. Maka pemerintah yang berkebajikan mestilah membantu Daripada hadis di atas, Nabi S.A.W. menyatakan ba...

KEMURUNGAN

  1. APA ITU KEMURUNGAN Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. 2. PENYEBAB/PUNCA KEMURUNGAN • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walau bagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm bol...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...