Skip to main content

THE POWER OF CINTA KASIH



KALAU ingin hidup selalu dikunjungi keajaiban demi keajaiban, jangan putus memberikan cinta kasih yang tulus kepada sesama makhluk Tuhan. 

Semua alam ini tersusun dan tercipta dari vibrasi energi yang sentiasa tarik menarik. Elektron dan proton sentiasa tertarik kepada nukleus atom. Seluruh atom saling tarik menarik sehingga membentuk berbagai macam bentuk, saiz dan berat setiap benda dalam kejadian alam. Bahkan semua planet saling tarik menarik terhadap graviti matahari sehingga bumi ini ada, dan kita semua hidup dengan aman damai. 

Kita saling bertemu dan bertembung di alam kehidupan ini kerana ada daya tarikan energi. Semua yang terjadi, dan yang mendatangi kita adalah hasil tarik menarik energi. Semua hukum yang mengatur alam semesta ini boleh terjadi kerana adanya daya tarik menarik energi ini. 

Sekarang, daya tarik menarik alam semesta ini dipanggil LAW OF ATTRACTION. Mahu tahu dulu apa namanya? LAW OF LOVE. 

Love itu SEBAB utama ALLAH mencipta alam. Cinta itu SEBAB utama segalanya boleh ada. 
Cinta itu ajaib. Cinta itu keajaiban.

Jika ingin kejaiban terjadi, berikanlah CINTA tulus kepada semua. Kemiskinan akan mula hadir ketika CINTA sudah pudar. Rezeki mula tersangkut-sangkut apabila CINTA sudah mula hilang dalam sebuah keluarga.CINTAIlah mulai sekarang. Biar keajaiban demi keajaiban mula bertandang ke dalam kehidupan.


Power of Cinta Kasih Tuhan

Jika kita mengaku mencintai Tuhan, kita juga wajib mencintai makhluk-NYA. Makhluk adalah penzahiran sifat-sifat Tuhan, bahkan merupakan bahagian dari Diri Tuhan sendiri. 
Bukankah DIA Maha Meliputi segala sesuatu? Apapun yang 'berada di dalam liputannya' adalah 'bahagian daripada diri-Nya'.

Mencintai Tuhan tanpa mencintai makhluk-makhluk-NYA adalah suatu cinta ilusi. 
Mengaku mencintai Tuhan tapi memerangi makhluk-makhluk-NYA adalah sebuah cinta dusta. Pernyataan cinta paling benar terhadap Tuhan adalah dengan mencintai makhluk-makhluk-NYA.

Kita semua adalah SATU di dalam 'liputan wujudnya' dan keSATUan ini diSATUkan oleh rasa cinta yang tulus. Berada di dalam keSATUan ini bermakna berada di dalam rahmat-NYA yang melimpah.

Memiliki rasa benci, marah, dendam dan iri hati kepada sesama kita makhluk-NYA bermakna kita MEMISAHKAN diri daripada keSATUan tadi. Ertinya kita membuang diri daripada selimut rahmat-NYA. Apakah kesan daripada tindakan ini? Kita jauh daripada rahmat-Nya. Kita jadi sakit, stress, kecewa, sedih, takut, miskin, sempit, melarat.

Diri terpisah daripada keSATUan melalui rasa benci, dendam, marah, dengki dan iri hati,  walau hanya kepada seorang manusia, mahupun seekor anjing jalanan. 

Andai sudah terlanjur terpisah, masuklah kembali ke dalam keSATUan. Ia tidak jauh, sentiasa ada DISINI dan SEKARANG ini. Tinggal kita memaafkan semua, dan mengikhlaskan semuanya. Dan ucapkan dengan tulus,

"Aku mencintai dan mengasihi semua makhluk Tuhan dengan hati paling tulus dan ikhlas".

Adakah kita akan segera mendapat kembali 'liputan rahmat-NYA'?

Bergantung kepada kadar keikhlasan dan ketulusan hati kita mencintai keSATUan ini.
Mungkin segera..... mungkin perlahan-lahan. Semua bergantung kepada hati  sendiri. Yang jelas, asalkan kita istiqamah, sedikit demi sedikit akhirnya menjadi lengkap.

Segeralah kembali ke dalam keSATUan melalui cinta tulus kepada semua. Berada di luar keSATUan ini membawa penderitaan.

Semarakkan lagi cinta kasih di hati masing-masing. Seperti mana paku mengikat papan, dan simen menyatukan batu bata. Begitulah cinta memaut semua hati. Ketika kita sering kali memancarkan cinta kasih kepada semua, akan ada hati orang lain yang kita hubungi dan tersambung. Hari demi hari. Lalu... Dari situlah rezeki demi rezeki mengalir lancar. 

Kita akan dapati, ada sahaja rezeki yang datang, dan ada sahaja bantuan hadir dari orang yang hatinya kita sambung melalui penyebaran energi cinta kasih yang selalu kita lakukan.

... Love no limit ...

COPAS USRAH

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...