Skip to main content

U TURN DALAM KEHIDUPAN



JIKA terasa diri tiada cela, maka itulah tanda diri penuh cela.
Jika terasa diri tidak berdosa, maka itulah tanda sudah tenggelam dalam dosa.
Jika terasa diri serba sempurna, maka itulah tanda diri serba kekurangan.

Biarlah merasa diri penuh cela supaya hilang rasa ujubnya
Biarlah merasa diri sentiasa berdosa supaya semakin banyak taubatnya.
Biarlah merasa diri serba kekurangan kerana ketika itu Allah memberi ketabahan dan akhirnya kekuatan dalaman.

Sesungguhnya, membuat U-turn dalam hidup memang payah. Ada masa kita bertuah. Ada masa kita kalah. Ada masa kita lelah. 
Jatuh tersungkur berkali-kali tapi tetap juga bangkit lagi. Hati tidak mahu berpaling ke masa lalu yang ternyata merugi diri.
Terus istiqamah dalam bermujahadah.
Hasil mujahadah itu indah. Di situ terhimpun hasil yang amat manis bernama REDHA ALLAH.

ALLAH mencintai pendosa yang bertaubat berbanding ahli abid yang merasa dirinya sempurna. Justeru, aku, kau, dia dan mereka yang sama-sama pendosa, ingatlah janji ALLAH:

"Wahai anak Adam, kalaulah dosamu memenuhi langit, lalu kamu memohon ampun pada-KU, nescaya AKU akan ampuni seluruh dosamu dan AKU tidak peduli sebanyak apapun dosa tersebut."

(Hadis Qudsi Riwayat Tirmidzi) 

TANGAN YANG DIHULUR JANGAN DILEPASKAN



Orang yang memberi salam dan senyuman kepada sesama manusia, orang yang menghulurkan tangan supaya yang tersungkur dapat bangkit kembali, dan orang yang tetap mahu membantu meskipun diri sendiri dalam kesempitan, maka semua tindakan itu adalah ilham dari ALLAH.

Yang beriman dan beramal soleh takkan membiarkan peluang mengerjakan kebaikan berlalu begitu saja. Hendak senang perlu bersusah-susah dahulu, itulah yang susah. Hendak susah perlu bersenang-senang dahulu, itulah yang senang. Susah dan senang perlu dilalui. Mengapa tidak bersusah-susah dahulu, kemudian baru datang waktu senang? Mencari redha ALLAH itulah yang terbaik.

Pay now, play later!



Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...