Skip to main content

ALLAH HORMATI HAMBA-NYA



Umumnya manusia mengagumi dunia dari pandangan mata zahir.  Tidak ramai yang melihat dengan mata batin atau mata basirah. Padahal dari mata basirah itu terdapat hikmah.

Bukan manusia biasa sahaja yang boleh terpedaya dengan mata zahir, malah seorang Nabi Allah pun begitu juga. Inilah pengalaman berharga yang dilalui oleh Nabi Musa a.s. Baginda telah didatangi oleh satu golongan kaum Israel. Mereka mahu menyampaikan satu hajat besar. "Tolong sampaikan kepada Tuhanmu bahawa kami mengundang-NYA untuk makan malam."

Nabi Musa menjawab bahawa ALLAH tidak makan, justeru tidak akan datang ke jamuan makan malam.

Suatu hari Nabi Musa telah ke Gunung Sinai. Di sana ALLAH telah berfirman kepadanya, "Mengapa tidak kamu sampaikan undangan jamuan makan malam dari hamba-Ku?"

Nabi Musa berkata, "Tapi ENGKAU tidak makan."

ALLAH menjawab, "Rahsiakan apa yang kamu ketahui antara dirimu dengan-KU. Katakan pada mereka bahawa AKU akan datang memenuhi undangan itu."

Nabi Musa turun dari Gunung Sinai dan mengumumkan hal itu kepada kaum Israel tersebut. Lalu masing-masing menyediakan hidangan yang luar biasa istimewanya. Nabi Musa juga tidak terkecuali. Ketika mereka semua sibuk memasak, tiba-tiba muncul seorang lelaki tua yang keletihan akibat perjalanan yang jauh. Dia mendatangi Nabi Musa dan berkata, "Aku sangat lapar.Tolong berikan aku sedikit makanan."

Nabi Musa menjawab, "Bersabarlah, Tuhan alam semesta akan datang. Ambil timba ini dan timbalah air di sumur, kamu juga boleh membantu kami menyiapkan hidangan."

Setelah timba penuh, orang tua tersebut memberikan air itu kepada mereka dan sekali lagi meminta makanan, tetapi tidak ada sesiapa yang mahu melayan dan memberi makanan kepadanya sebelum Tuhan datang.

Waktu yang ditentukan telah tiba, namun Tuhan tidak juga muncul. Setiap orang mulai menyalahkan Nabi Musa atas ajakannya yang tidak benar. Nabi Musa merasa sangat malu.

Keesokannya, Nabi Musa mendaki Gunung Sinai dan berkata, "Wahai ALLAH, apa yang KAU lakukan padaku? Aku berusaha meyakinkan setiap orang yang kau Wujud. Kau kata akan datang ke jamuan itu tapi Kau tidak muncul. Tidak ada orang yang akan percayakan aku lagi!"

ALLAH menjawab, "Aku datang, Aku sebenarnya mendekatimu, tetapi ketika Aku memberitahumu bahawa Aku lapar, kau menyuruh-Ku menimba air. Aku kembali meminta, tetapi engkau menyuruh-Ku menyiapkan hidangan. Baik kamu mahupun orangmu tidak mampu menyambut-Ku dengan hormat."

"Tuhanku, seorang lelaki tua datang kepadaku dan meminta makanan kepadaku. Tetapi dia hanyalah seorang mahluk hidup."

"Aku bersama hamba-Ku yang kelaparan itu. Menghormatinya bererti menghormati-Ku. Melayaninya bererti melayani-Ku. Seluruh langit dan bumi terlalu kecil untuk menampung-Ku, tetapi tidak demikian dengan hati para hamba-Ku. Aku tidak makan, tidak pula minum, tetapi menghormati hamba-Ku bererti menghormati-Ku. Memperhatikan mereka adalah memperhatikan-Ku."

Subhanallah! Alangkah ruginya!

PESANAN DARI TUKANG CERITERA


Jangan sekali-kali biarkan kesempatan untuk berbuat baik sesama manusia. Di sebalik penampilan yang selekeh, terselit anugerah pahala yang besar.


Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...