Skip to main content

ANGKATLAH MELANKOLIAKU


Andai saja aku ini penyair
Tentu aku karang bait-bait indah
Tanpa terlukis duka atau air mata
Tanpa terlukis luka atau derita
Biar tersisa hanya kuntum senyum bahagia

Andai saja aku mampu merombak
Tentu aku rombak jalan cerita kitab kehidupan
Biar menjadi kisah syurga penuh keindahan.

Andai aku mampu berimpian lagi 
Tentu ku ukir senyuman di bibirnya
Membahagiakan dia sedaya upaya
Berkorban apa jua untuknya.

Andai saja aku dapat berharap lagi
Mahu ku putar kembali tangan waktu
Berharap aku tidak pernah masuk ke ruang hidupnya
Yang banyak menghasilkan sendu dan luka lara

Ah, mana mungkin aku berharap sebegitu
Sungguh aku tidak mampu
Bukan aku yang melakar semua itu 
Penulis kitab hidupku adalah TUHANku …

Tanpa sedar, ketika aku memberinya bahagia
Yang tersisa dalam dirinya cuma luka-luka
Ketika aku cuba melangkah jauh
Namun rasa di hati semakin mengukuh 
Yang sepatutnya pudar, kini kian teguh.

Sungguh, KAU tak pernah menulis seperti yang hamba-MU pinta 
Kebingungan, lalu aku bertanya dari dalam dada
Sungguh aku tak mengerti, Ya RABB
Apa sebenarnya telah ku perbuat?



Duhai TUHAN Maha Menatap setiap jiwa
Yang mencampakkan rasa ke dalam hati manusia 
Dari tiada kepada ada
Kenapa tidak KAU padamkan semuanya?

Sungguh aku terbatas membaca gerak takdir-MU
Betapa terasa amat sempit dan sesak nafasku
Namun aku juga amat tahu
KAU penuh kelembutan dan mengasihi hamba-MU 
KAU tidak berikan luka, kecuali bersama penawarnya
KAU tidak berikan derita, kecuali dengan rasa sabarnya
KAU, TUHAN yang serba tahu
Seluruh isi alam ini milik-MU
Aku yang buta melihat hikmah tersembunyi-MU
Tolong singkapkan padaku saat waktunya tiba
Agar aku tidak nanar jika kehilangannya

Duhai TUHAN…
Saat aku lemah, hampa dan kecewa
KAU tidak pernah rasa kecewa dengan sikapku
KAU setia mendengar segala rintihan dan doa
Tanpa pernah meninggalkan sedetik jua
Saat hatiku kehujanan dan perit
Biarlah aku rebah dalam sujud pada-MU
Melepaskan beban yang menekan kalbu

Wahai TUHAN Penggenggam Masa Depan
Wahai TUHAN Penggenggam Segala Urusan.
Di tangan-Mu ada keputusan yang baik dan buruk
Sedangkan keduanya tetaplah 'baik' untuk si hamba.
Jika episod luka ini terkandung RAHMAT DAN AMPUNAN, 
Sesungguhnya itu kurnia cukup besar dari-MU
tanpa perlu meminta bahagia yang sempurna ...
Kerana sejatinya, bahagia dunia tak pernah sempurna
Serba cacat cela dan banyak kurangnya
Penuh dengan kesilapan dan timbunan dosa.
Bahagia cuma pinjaman
Sampai masa perlu dipulangkan
Entahkan diriku yang terlebih dulu KAU jemput pulang

Ya RABB,
Bahagiakanlah aku dengan bahagia menurut ukuran-MU 
Bahagia berpegang pada-MU
Bahagia bersandar pada-MU
Bahagia menangis di sisi-MU
Bahagia merayu meminta belas kasih-MU
Bahagia dalam mengenal makrifat cinta-MU
Maka, cukuplah itu.

TUHAN, aku perlukan MU!!!


BAIT-BAIT PENGHAPUS MELANKOLIA 



Bicara pada diri sendiri

Hanya diri sendiri yang fahami
Bicara pada insan lain
Belum tentu ada yang mengerti
Bicara pada TUHAN
DIA lebih mengetahui
Apa maksud yang diingini.

Hidup ini terlalu singkat untuk dipenuhi dengan rasa sesal.
Hargai mereka yang melayan dengan baik.
Lepaskanlah mereka yang tidak suka lagi.
Yakinlah. Setiap yang berlaku ada hikmah tersendiri.
Cinta pada dunia, dunia akan pergi.
Cinta pada manusia, manusia akan mati.
Cintailah ALLAH kerana DIA-lah yang Kekal Abadi.

JANJI ALLAH YANG INDAH

Hamba-KU, AKU sedang "menyulam" masa depanmu. Benang berbagai warna dan jarum ujian berbagai rupa AKU gunakan untuk menghasilkan sulaman paling indah yang bakal kau nikmati di tempat paling istimewa bernama SYURGA. 

Meskipun tusukan jarum ujian itu menyakitkanmu namun bersabarlah, wahai hamba-KU. Yakinlah bahawa apa yang datang dari-KU indah belaka. Ingatlah janji-KU.

BELAJAR TAWAKKAL DARI UJIAN
BELAJAR REDHA DARI KETENTUAN

SELEPAS KESUSAHAN ADA KESENANGAN
ADA PELANGI SELEPAS HUJAN







Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...