Skip to main content

CINTA ALLAH



Jalaluddin ar~Rumi, seorang ahli sufi mengatakan, "Apa yang kamu sedang cari, sebenarnya sedang mencari kamu …What you seek is seeking you…  DIA menganugerahkan kepada kamu lintasan hati untuk kembali kepada-NYA. Bukan kerana usahamu, bukan kerana dirimu. Tetapi kerana DIA mulai mencintaimu lalu  dibukakan segala jalan untuk kamu kembali kepada-NYA. Fahamilah bahasa cinta Tuhanmu yang mencintai dirimu lebih dari kamu mencintai dirimu!”

Cintailah Yang Maha Mencipta kerana dari situlah nanti datangnya cinta sesama manusia. Islam itu cintanya dari Atas, turun ke Bawah. ALLAH SWT apabila hendak menceritakan sesuatu (dalam Al Quran), DIA bermula dengan kasih sayang (ungkapan Bismillah).

Rasulullah s.a.w datang dari zaman penuh peperangan, namun Baginda mengikat perpaduan ummah dengan kasih sayang yang bersumber dari ALLAH.
Untuk mengikat kayu, kita perlukan paku. Untuk mengikat batu memerlukan simen, manakala hati pula diikat dengan cinta dan iman kepada ALLAH.

Hakikat cinta ialah memberi, bukan menerima. Tangan di atas (yang memberi) merasa lebih bahagia daripada tangan di bawah (yang menerima). Bersilaturrahim, bermaaf-maafan itu sifat maknusiawi yang terpuji.

YAKIN PADA ALLAH

Hati orang beriman terikat dengan Allah. Mereka dapat menguasai fikiran, nafsu dan perasaan. Tindakan mereka adalah dari 'dalam diri ke luar', bukan dari 'luar ke dalam diri'. Mereka umpama ikan yang tidak akan masin dengan kemasinan laut. Mereka bukan haiwan sesumpah yang bertukar warna setiap kali warna persekitaran berubah. MEREKA YANG MERUBAH SUASANA, bukan sebaliknya.

Orang yang lebih kuat keyakinan kepada Allah, paling mampu menawan dan menguasai diri sendiri. Kejayaan itu umpama MENAWAN PUNCAK TERTINGGI DI GUNUNG EVEREST!

Sungguhpun cinta manusia kepada ALLAH bertingkat-tingkat, kita semua sedang dalam perjalanan meraih cinta-NYA. Bahkan untuk keredhaan-NYA juga.

MENGUJI CINTA PADA ALLAH



Ramai orang mengaku cintakan Allah, tetapi sudahkah diuji cinta tersebut tulen atau palsu? Jom uji.

UJIAN PERTAMA

Dia tidak membenci kematian, kerana tidak ada seorang "kekasih" pun yang takut  bertemu dengan "kekasih"nya. Seorang pencinta Allah yang ikhlas mungkin sahaja takut akan kematian sebab belum menyelesaikan persiapannya untuk ke akhirat (belum cukup bersedia.). Tapi jika dia benar-benar ikhlas, akan diusahakannya segala persiapan yang perlu.

UJIAN KEDUA

Dia rela mengorbankan kehendaknya demi kehendak Allah; berpegang erat kepada apa yang membawanya lebih dekat kepada Allah dan menjauhkan diri dari segala yang menyebabkan dia berada jauh dari Allah. Seorang yang berbuat dosa bukan bererti dia tidak cinta Allah sama sekali, cuma cintanya tidak sepenuh hati.

Kata Syaikh Fudhail, "Jika seseorang bertanya kepadamu, cintakah kau kepada Allah, maka diamlah; kerana jika engkau berkata: 'Saya tidak mencintai-Nya,' maka kau menjadi seorang kafir; dan jika engkau berkata: 'Ya, saya mencintai Allah,' padahal perbuatan-perbuatanmu bertentangan dengan itu..."

UJIAN KETIGA

Zikrullah yang terucap secara automatik terus tetap segar di dalam hati manusia.
Orang yang mencintai, akan terus menerus mengingati. Dia tidak akan pernah melupakan-NYA walaupun sesaat.

UJIAN KEEMPAT

Dia mencintai al-Qur'an yang merupakan Firman dan Kalam Allah - dan Nabi Muhammad Kekasih Allah.

Jika cintanya memang benar-benar kuat, dia mencintai semua manusia, kerana mereka semua adalah hamba-hamba Allah.
Malah cintanya meliputi semua makhluk, kerana hakikatnya orang yang mencintai, akan mencintai semua karya ciptaan dan tulisan tangan sang kekasih.

UJIAN KELIMA

Dia sentiasa bersegera untuk beruzlah dengan ibadah. Dia mendambakan datangnya malam agar bisa berhubungan dengan "Kekasih"tanpa halangan.


Orang yang lebih suka berborak pada siang hari dan tidur pada malam hari berbanding beruzlah seperti itu, maka cintanya itu tidak sempurna.

Jom muhasabah diri. Adakah kita telah lulus kelima-lima ujian tersebut atau hanya sebahagian sahaja atau gagal kesemuanya?


CERITERA CINTA ANAK MAKHLUK


AYAH:

“Anakku, jangan menangis. Ayah tau kamu letih. Ayah tau kamu sedih. Orang yang kamu cintai telah pergi memburu cinta wanita seksi kegilaan lelaki ajnabi. Biarkan dia pergi. Mungkin bagi dia, kamu tak layak untuk cintanya. Sebenarnya anakku, dialah yang tak layak untuk cintamu. Jangan kau gadai akhlak dan maruahmu untuk cinta picisannya. Kamu terlalu berharga. Kamu umpama mutiara yang tersimpan indah. Ayah dan ibulah yang menjadi cangkerang pelindung kamu.”


Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...