Skip to main content

COVID19 DAN TUGAS DAKWAH



SEJAK corona virus tiba, Islam kembali dicinta. Terlihat betapa lemahnya manusia dengan segala teknologi dan kepintaran yang ada berbanding ALLAH Yang Maha berKuasa. Banyak petanda kuasa ALLAH telah ditampakkan sehingga menyebabkan mereka yang selama ini membenci ataupun jauh dari Islam berubah fikiran. Tidak hairanlan ada yang memilih untuk berdiam diri dari merendahkan ajaran Islam dan membisu dari memuja-muji kemajuan China, Eropah, Amerika  atau lainnya

Golongan belum Muslim mengakui manfaat berwuduk dan memuji wanita muslimah yang enggan berjabat tangan dengan lawan jenis. Tidak kurang yang melihat logiknya pengharaman makan kelawar, babi, kucing, anjing, ular, tikus dan lainnya. Ada juga yang mengikrarkan keindahan ajaran Islam yang memerintahkan wanita menutup aurat dan berniqab.

Di akhir zaman ini, ramai alim ulama dan orang yang berilmu yang ALLAH telah ambil kembali ke sisi-NYA. Tidak risaukah kita ? Pernahkah terdetik dalam hati kita seolah-olah Covid19 adalah asbab ALLAH hendak menjemput kita supaya turun ke lapangan dan berdakwah. 

Covid19 telah meragut nyawa ramai mangsa. Yang meninggal kerana Covid19 itu seolah-olah  mati keseorangan. Tidak dimandikan, tidak ada kucupan dari yang tersayang, tidak dapat dihantar oleh sanak saudara dari dekat dan cepat pula pengebumiannya. 

Tapi pernahkah kita terfikir, mungkin mereka lebih mulia dari kita. Tidak dimandikan. Itu tandanya tiada siapa dapat melihat auratnya. Tidak dihantar oleh sanak saudara, itu tandanya tidak perlu wanita bersesak-sesak ke kubur. Adakala wanita yang pergi ke kuburan itu aurat pun nampak. Kerja-kerja pengkebumian disegerakan, petanda yang sangat baik buat si mati.

Bila si mati meninggal kerana Covid19, bayangkan satu dunia dapat tahu. Masing-masing mendoakan untuk yang telah pergi.  Ketika di dalam kubur hanya doalah yang diharapkan.


Usah memandang sepi pada mereka yang berdakwah. Usah memandang hina pada mereka yang pergi kerana Covid19. ALLAH menjanjikan syurga pada sesiapa yang terkena wabak sekiranya dia redha. Janji ALLAH itu pasti. Kita sendiri tidak tahu pengakhiran kita bagaimana pula.


Cakap yang baik-baik. Dengar yang baik-baik. Pandanglah yang baik-baik. Ajaklah dengan baik. Nasihatkan dengan baik. Moga dosa kita tidak bertambah dan moga mati kita dalam Husnul Khotimah.

HARGAI PETUGAS BARISAN DEPAN

                             


Demi rindu pada anak...rindu hendak peluk anak, seorang petugas barisan depan memasukkan anaknya dalam plastik. Besar sungguh pengorbanan mereka untuk mematahkan rantaian Covid19 ini. Doakan supaya Allah melindungi mereka.

Kami pinjamkan bahu untuk meringankan bebanmu.
Kami pinjamkan bahu untuk melepaskan lelahmu.
Kemudian kita tadah tangan kepada Yang Satu
Memohon bantuan dan restu.

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
(Surah al Baqarah ayat 45.)



Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...