Skip to main content

DARI MANA HENDAK KE MANA

SESUNGGUHNYA manusia diciptakan dari pensenyawaan telur ibu dan sperma bapa. Dari situlah kita datang. Hadirnya kita di dunia ini ialah untuk MENYEMBAH ALLAH.

ALLAH berfirman dalam Surah Adz Zariyat ayat 56:
"AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada-KU."

Bila hamba yang taqwa bangun tidur, dia mengucapkan syukur kepada ALLAH yang menciptakan dia dan memberinya peluang untuk bernafas sehari lagi; bersyukur kerana ahli keluarganya juga dizinkan bernafas seperti dia. Dia menyayangi diri sendiri dan tidak mensia-siakannya anugerah terhebat dari ALLAH ini. Manusia dicipta sebagai khalifah di muka bumi, dan sebaik-baik manusia di sisi ALLAH  ialah yang bermanfaat bagi diri sendiri dan juga orang lain.

Sesungguhnya hati manusia merupakan medan pertempuran di antara 3 makhluk iaitu NAFSU, SYAITAN dan MALAIKAT. Manusia yang rohnya dikuasai syaitan dan nafsu, tidak punya iman dan tidak punya hala tuju hidup yang nyata. Diri dikuasai oleh naluri kehaiwanan semata-mata iaitu makan, tidur dan hubungan kelamin.  

Berbeza keadaannya dengan manusia bergelar HAMBA ALLAH. Dia bukan sekadar memerlukan makan, tidur dan hubungan kelamin, malah dia memerlukan makanan roh berupa ILMU. Kehadiran ilmu menyebabkan rohnya dipegang malaikat.

Manusia dianugerahkan sepasang MATA ZAHIR yang diguna untuk melihat alam dan kehidupan. Umumnya manusia melakukan banyak perkara semata-mata untuk memuaskan mata zahir, seperti mahu dilihat anggun dengan solekan dan pakaian indah, bergaya dengan rumah besar dan kereta mewah. Tindakan begini dipacu oleh MATA NAFSU yang suka membanding-bandingkan kedudukan diri dengan orang-orang di sekeliling.

MATA AKAL pula memikirkan kejadian alam dan kehidupan makhluk yang ada di dalamnya. Semua persoalan Apa? Mengapa? Siapa? Di mana? Bagaimana? dijawab menurut logik dan ilmu yang ada pada diri masing-masing.

Berbeza keadaannya dengan orang MUKMIN. Yang penting baginya ialah MATA HATI untuk membolehkan dia melihat segala yang tersirat di sebalik semua kejadian yang menimpa makhluk sebagai pengajaran dari ALLAH.

Setiap anugerah dan musibah mempunyai makna tersendiri. Di mana mata fizikal dan mata akal sesetengah orang menganggap musibah sebagai bencana, mata hati mukmin melihat kebaikan di sebalik musibah tersebut. Baginya setiap interaksi yang diperolehi dari alam dan makhluk adalah “feedback” dari ALLAH. Melihat sama ada tindakan atau amalan yang dilakukan itu betul atau salah. “Markah” yang ALLAH beri hanya dapat dilihat di Akhirat.

Seorang mukmin sentiasa melihat ke dalam diri dan bersikap proaktif memperbaiki sikap dan akhlaknya. Sebagai contoh, dia menganggap tempat kerja sebagai ladang pahala tempat menyemai benih kebaikan dengan penuh rasa ikhlas demi mencari rezeki yang halal bagi memenuhi keperluan hidup. Gaji yang “dituai” digunakan untuk nafkah diri dan keluarga. Tidak pernah curi tulang sebab perbuatan itu boleh menukar “tuaian” menjadi racun yang membawa keburukan di segi kesihatan, akhlak dan nasib bagi diri serta keluarga. Setiap tindak-tanduk yang dilakukan semata-mata kerana cintakan ALLAH dan Rasul, di samping berbuat baik kepada manusia lain.

Sentiasa berdialog dengan ALLAH, hatinya terfokus ke masa hadapan. Segala yang dimiliki di dunia digunakan untuk menempah kebahagiaan di akhirat. Tidak dibiarkan apa-apapun mengganggu keakrabannya dengan Yang Esa, tidak manusia mahupun gajet yang kini menjadi kegilaan orang seluruh dunia. Hidupnya bermula dari dalam diri ke luar diri. Akhlak dan tutur kata yang dibinanya merupakan dakwah kepada orang lain. Dia tidak terkesan dengan sikap negatif yang dilemparkan kepadanya. Baginya ALLAH hanya mahu melihat AMAL yang dia lakukan, bukan hasilnya. Jika ada yang mencontohi amalannya, Alhamdulillah, jika tidak, diserahkannya bulat-bulat kepada ALLAH Maha Pemberi Hidayah. Sememangnya hati manusia berada dalam genggaman-NYA.

Setiap manusia pada setiap saat mempunyai pilihan: iman atau nafsu, dosa atau pahala, keredhaan atau kemurkaan ALLAH, taat atau maksiat. Apa sahaja aktiviti yang melalaikan dan tidak memberatkan timbangan di Mizan harus dihapuskan. 

Orang yang sibuk mengejar akhirat, dunia akan mengejarnya. Hiduplah seperti yang ALLAH suka, bukan yang orang lain suka. Cari redha ALLAH, bukan redha manusia, Barangsiapa bekerja untuk dunia, dia akan ditipu oleh dunia. Oleh itu, sentiasalah muhasabah diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...