Skip to main content

DI SEPERTIGA MALAM



Kesihatan tidak dihargai sehinggalah sakit.
Masa tidak dihargai sehinggalah ia berlalu.
Nikmat tidak dihargai sehinggalah datang musibah.
Keamanan tidak dihargai sehinggalah berlaku kekacauan.
Hidup tidak dihargai sehinggalah datangnya sakratulmaut.
Cinta tulus tidak dihargai sehinggalah kehilangan insannya.
DI SEPERTIGA MALAM



Sayup-sayup terdengar tasbih alam
Desir dedaunan ditiup bayu
Titisan renyai gugur ke bumi
Kicauan burung malam
Nyanyian "rebit" katak di parit
Lalu terpacul dari bibir ini...

Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku 
Aku berlindung kepada-MU dari rasa gundah dan sedih
Ak mohon perlindungan dari kemurkaan-MU. 
Dakaplah aku dalam kasih sayang-MU.
Janganlah KAU tolak diriku
Halalkanlah bumi-MU yang aku huni
Aku umpama semut halus 
Yang berdiri di penjuru kecil alam
Bersyukur atas apa jua anugerah-MU


Wahai TUHAN,
Aku yang sering melontarkan kepositifan dalam hati insan-insan
Kini terbiar sunyi dalam kesendirian.
Mengadap dinding kosong di alam maya.
Berdepan dinding bisu di alam nyata.

Aku cuba belajar menahan tangis.
Aku cuba belajar memadam kesedihan.
Aku cuba belajar menyembuh keperihan.
Aku memilih diam demi menolak ribut.
Aku menolak marah dan memilih sabar.
Aku menolak keluhan dan memilih syukur.
Aku menolak kesakitan dengan senyuman.

Wahai Pencipta diriku,
Datanglah bermukim di ruang hatiku.
Wahai Junjungan pujaan kalbu,
Jenguklah aku di dalam mimpiku



Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...