Skip to main content

INSAN UJIAN





Dalam hidup ini, kita sering berhadapan dengan berbagai ragam manusia. Secara kasar mereka datang dalam tiga golongan: PERTAMA, orang yang MENOLONG ketika kita susah, KEDUA, orang yang  MENINGGALKAN ketika kita susah, dan KETIGA, orang yang membawa KESUSAHAN pada kita.  

Hidup terasa bahagia andai didampingi oleh golongan yang benar-benar IKHLAS menolong semata-mata kerana Allah. Pada zaman sekarang, golongan seperti ini sukar dicari, tetapi tidak mustahil untuk ditemui. Mereka inilah yang Allah janjikan perlindungan-Nya di Padang Mahsyar ketika seluruh umat manusia dari zaman Nabi Adam a.s hingga ke akhir zaman berhimpun di bawah mentari yang teriknya membakar hingga ke otak.   

Golongan KEDUA sering bergantungan di sekeliling pinggang bagaikan lebah menyeri bunga. Mereka memperguna dan memeras habis segala apa yang ada pada kita untuk kepentingan diri mereka dan para kroni, sama ada berkaitan pangkat, kedudukan mahupun harta. Bila musibah dating melanda, mereka menjauhkan diri. Kawan meninggalkan kawan, pasangan meninggalkan pasangan, ibu bapa ditinggalkan anak-anak. Apa jua penderitaan terpaksa ditanggung sendiri.  

Golongan KETIGA sering membawa beban dan masalah kepada mangsa. Betapa ramai penjamin terpaksa menanggung hutang pinjaman bank yang dibuat oleh kawan (karib) dan ahli keluarga (rapat). Mereka menjual kereta, malah ada yang menjual rumah semata-mata hendak melangsaikan hutang orang lain. Malah ada yang diisytiharkan bankrap.

Rasa marah, sedih dan kesal bercampur-baur menjadi satu. Langsung tidak menyangka diri dipergunakan sewenang-wenangnya oleh orang yang sangat dipercayai. Hidup menderita bagai di lambung tsunami, longlai di terik mentari kemarau. Dalam keadaan kacau-bilau ini hanya ZIKIR, SOLAT dan TAWAKKAL menjadi sumber kekuatan. Inilah yang mengelakkan mangsa dari terjatuh ke lembah DENDAM yang mampu melemahkan kesihatan rohani dan jasmani mangsa, sekali gus menjejaskan kemampuan berfikir secara waras dalam menangani masalah yang berada di hadapan.

Ketahuilah, tiada suatu pun perkara yang berlaku di dunia ini tanpa sebab. Dia melakukannya dengan alasan yang kukuh, walaupun bagi hamba itu ia tidak munasabah kerana merasakan diri sudah cukup taat pada perintah-NYA. Ketiga-tiga golongan ini hadir dalam kehidupan kita dengan izin-NYA. Mereka adalah UJIAN dari ALLAH, yang kemudiannya ALLAH berikan kita balasan berupa PELANGI indah di hujung terowong yang gelap.

Kalau selama ini kita merasa kita taat kepada-NYA, ALLAH menghadirkan golongan ini untuk menguji KEIKHLASAN kita dalam beribadah. Kalau sebelum ini kita jauh, ini cara DIA mengembalikan kita ke landasan yang lurus. DIA ingin melihat kita merayu dan memohon belas kasihan-NYA.

Ujian kita hanya sekelumit berbanding ujian yang dilalui para nabi dan rasul yang dikasihi-NYA. Sifat marah dan sedih adalah naluri semula jadi makhluk ALLAH. Namun jangan biarkan ia mempengaruhi kehidupan harian. Tidak ada baiknya bagi umat Islam untuk terus merintih dan merungut. Tukarkan semua itu menjadi DOA. Ambil iktibar dari pengalaman tersebut dan teruskan mencari dan mencipta kebahagiaan sendiri, dengan cara lain dan dengan orang lain.

JANGAN ADA DENDAM DI HATI, JANGAN SIMPAN RASA BENCI, JANGAN DIKENANG TRAGEDI!!!





Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...