Skip to main content

JANGAN STRESS


SEORANG Sheikh sedang berjalan-jalan dengan beberapa orang pelajarnya. Ketika melewati sebuah tasik, Sheikh memberitahu salah seorang pelajarnya, "Saya dahaga, tolong dapatkan air dari tasik."

Pelajar berjalan menuju ke tasik. Ketika itu, sebuah kereta lembu menyeberang tasik tersebut. Akibatnya, air menjadi sangat berlumpur dan keruh. Pelajar itu berfikir, "Mana boleh saya berikan air berlumpur ini kepada Sheikh untuk diminum?"

Lalu dia kembali dan memberitahu Sheikh, "Air di sana sangat berlumpur, saya tak fikir ia sesuai untuk diminum."

Selepas setengah jam kemudian, Sheikh meminta pelajar yang sama untuk kembali ke tasik. Pelajar itu kembali dan mendapati bahawa air itu masih keruh.
Dia kembali dan memaklumkan Sheikh tentang perkara yang sama.

Setengah jam selepas itu, sekali lagi Sheikh meminta pelajar tersebut mengambilkan air untuknya. Kali ini, pelajar mendapati lumpur tela enap ke dasar dan air kelihatan bersih dan jernih. Lalu dia mengisi air itu ke dalam sebuah periuk dan membawanya kepada Sheikh.

Sheikh melihat air, dan kemudian memandang kepada pelajar tersebut dan berkata, "Lihat apa yang kamu lakukan untuk menjadikan air ini bersih. Kamu  membiarkannya dan lumpur terenap dengan sendiri, dan akhirnya kamu  mempunyai air yang jernih."

IBRAH



Fikiran manusia juga begitu! Apabila terganggu oleh sesuatu, bertenanglah. Kembalikan ia kepada Allah. Ia akan selesai sendiri dengan bantuan Allah. Jangan jadi stress kerana memikirkannya. Ia akan berlaku walaupun tidak mudah. ​​Memiliki kedamaian hati bukanlah suatu kerja yang yang berat. Yang penting prosesnya yang akan membuat kita rasa tetap tenang!


Comments

Popular posts from this blog

PERLUKAH BERI BANTUAN?

BENARKAH MEREKA YANG MENERIMA BANTUAN ITU MEMALUKAN DAN MENYUSAHKAN? Nabi S.A.W sebelum wafat berpesan: " Sesungguhnya mereka yang paling baik di kalanganku ialah mereka yang meminta haknya daripadaku atau menghalalkannya agar aku bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan yang baik.." (Kitab Al A'adalah Fil Islam)  Sebagai pemimpin yang baik dan berkebajikan maka ingatlah bahawa... 1-Ada rakyat faqir miskin yang memerlukan bantuan, itulah ujian bagi mereka. ALLAH juga beri ujian kepada yang memegang kekayaan, adakah mereka amanah dengan harta yang ALLAH telah berikan. 2-Kadangkala rakyat yang hidup sederhana juga, walaupun mungkin tidak miskin, tetapi dalam keadaan tertentu turut memerlukan bantuan. Maka pemerintah kena bantu kebajikan mereka. 3-Ada rakyat yang asalnya kaya dan banyak duit, tapi kerana potongan cukai, insuran, hutang dan sebagainya terpaksa memerlukan bantuan. Maka pemerintah yang berkebajikan mestilah membantu Daripada hadis di atas, Nabi S.A.W. menyatakan ba...

KEMURUNGAN

  1. APA ITU KEMURUNGAN Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. 2. PENYEBAB/PUNCA KEMURUNGAN • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walau bagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm bol...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...