Skip to main content

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT


MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan.

Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan.

Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain. Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini?

Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selepas kita selesa dengan menyimpan 1%, naikkan pula simpanan kepada 2% (RM60), kemudian 3% (RM90), kemudian 4% (RM120) sehingga kita rasa mudah dan selesa menyimpan 10% (RM300)!

Cara seterusnya untuk bajet diri sendiri adalah bajet wang selebihnya untuk perbelanjaan harian.

Bajet besar yang tetap seperti ansuran kereta, rumah dan bil telefon bimbit adalah bajet yang mudah dilakukan. Namun, yang susah dan sering "terlari bajet" adalah pada perbelanjaan berubah seperti makan minum, membeli-belah, hiburan, dan perbelanjaan kecil lain. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi juga bukit!

Sediakan beberapa balang kosong untuk setiap perbelanjaan berubah dan labelkannya. Contoh, satu balang dilabelkan "Makan Minum", balang kedua ditulis "Pengangkutan", balang ketiga "Hiburan", balang keempat "Pakaian/hadiah" dan balang kelima "lain-lain".

Berdasarkan perbelanjaan kasar bulan-bulan yang lepas, masukkan sejumlah wang tunai ke dalam setiap balang tersebut. Ini adalah bajet bulanan anda!

Biasakan diri untuk membelanjakan hanya wang di dalam balang bajet sahaja dan tidak lagi mengeluarkan wang dari simpanan. Sekiranya bajet dalam satu balang telah habis, dan anda perlu menggunakan lagi wang untuk tujuan balang itu, apa yang anda boleh lakukan adalah ambil dari balang yang lain - gunakan bajet lain.

Ingat, jangan keluarkan wang dari simpanan. Wang yang disimpan itu pun pendapatan juga!

JUTAWAN AKHIRAT


Sebenarnya kaedah yang diutarakan oleh Irfan Khairi ini boleh juga diguna pakai untuk menjadi Jutawan Akhirat. Setelah diketepikan jumlah untuk simpanan Jutawan Dunia, ketepikan juga sejumlah kecil untuk disedekah kepada pihak yang memerlukan seperti rumah kebajikan, pusat tahfiz, badan-badan amal, sama ada di dalam atau di luar negara untuk membina Dana Akhirat. Biarpun jumlahnya kecil, yang penting ialah istiqamah dan dan ikhlas dalam melakukannya. 

"Tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri!!!"

Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...