Skip to main content

KAWAL MATA TERKAWAL PANCAINDERA


PANDANGAN akan menentukan perasaan dan keadaan hati. Daripada mata jatuh ke hati. Daripada hati lahirnya lisan dan tindakan. `Kesihatan` mata perlu sentiasa dijaga agar tidak dirosakkan oleh virus dosa.

Mata dan hati saling berkaitan. Hati adalah raja dalam kerajaan diri. Mata pula umpama utusan yang bertugas sebagai `penyampai maklumat` yang sangat dipercayai oleh raja. Jika maklumat yang disampaikan baik, maka baiklah hati. Apabila hati baik, seluruh anggota dan pancaindera akan menjadi baik. Begitulah sebaliknya.

Oleh sebab mata sangat mempengaruhi hati, usaha ke arah menjadi manusia yang lebih baik mesti bermula dengan menjaga mata. Kemudian nanti akan terjagalah hati. Jangan sekali-kali membawa `sampah` dosa ke dalam hati melalui pandangan jahat dan liar.

Ibn Abbas mengisahkan: “Fadhl pernah membonceng Rasullullah. Kemudian dia terlihat seorang wanita. Lantas segera Nabi memalingkan wajah Fadhl ke arah yang lain.” (HR Al Bukhari dan Muslim).

Tahanlah mata daripada memandang sesuatu yang diharamkan ALLAH. ALLAH berfirman, “ALLAH mengetahui pengkhianatan pandangan seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi dalam hati.” (Al Ghaffir ayat 19).

Zina mata termasuk perbuatan menghampiri zina. Mukadimah zina ini sangat berbahaya kerana itulah punca zina yang sebenar. Pandangan mata menjadi permulaan zina tangan, kaki, hati dan kemaluan. Zina ini boleh berlaku di alam nyata dan juga di alam maya. Ketika melayari internet untuk mencari maklumat, berita atau ilmu, jagalah mata daripada memandangan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat seperti perkara lucah, fitnah dan sia-sia.

Rasulullah bersabda, “Telah dituliskan bagi anak Adam bagiannya daripada zina, dia pasti mendapatinya tidak mustahil. Zina mata adalah dengan melihat, zina telinga adalah dengan mendengar. Zina lidah adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan menyentuh dan zina kaki adalah dengan melangkah. Hati berkeinginan dan berangan-angan sedangkan kemaluan itulah yang akhirnya membenarkan atau mendustakannya (HR Muslim).

Rasulullah bersabda kepada Sayidina Ali: “Wahai Ali, janganlah kau ikuti pandangan dengan pandangan berikutnya. Kerana bagi mu hanya pandangan pertama, tidak yang lain (HR Abu Dawud).

Pandangan pertama selalunya berlaku secara tiba-tiba, tidak sengaja dan tanpa niat, maka tidaklah menjadi satu dosa. Jangan diulang kali kedua. Justeru, Rasulullah memerintahkan Sayidina Ali agar segera memalingkan pandangan dan tidak memandang lama-lama.

Untuk menjaga mata, pandanglah yang baik-baik, maka akan mendapat kebaikan dan menjadi orang yang baik. Orang beriman melihat alam ciptaan ALLAH untuk merasakan kebesaran ALLAH.


Menjaga pandangan akan memberi banyak manfaat dan menghindarkan daripada banyak mudarat. Dosa dan pahala `tercipta` daripada pandangan mata. Oleh itu, sudah menjadi tugas orang beriman untuk menjaga pandangan.

Demikianlah, banyak kejahatan manusia berpunca daripada kejahatan hati akibat tidak menjaga mata. Akibatnya, lahirlah kejahatan yang begitu meluas dalam kehidupan sekarang, hanya kerana gagal mengawal pandangan. Kawallah pandangan, in sya ALLAH akan terkawallah kehidupan.

Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...