Skip to main content

LELAKI PEMBURU DUNIA


MUAZZIN sedang melaungkan azan Maghrib dari sebuah masjid di pinggir kota Madinah. Sang Lelaki terlihat sosok seorang wanita memakai jubah dan purdah serba hitam. Wajahnya cantik, berkulit putih, bertubuh ramping. Wanita itu berpaling kepadanya seolah-olah tahu bahawa dirinya sedang diperhatikan. Malah dia MEMBERIKAN ANGGUKAN KECIL PENUH BERMAKNA, kemudian berpusing meneruskan langkah.

Bagaikan terkena panahan halilintar, Sang Lelaki serta-merta tertarik, dan terpukau. Diikutinya wanita itu dari belakang, walaupun muazzin telah mula melaungkan Iqamah. Semakin dikejar semakin wanita itu mempercepatkan langkah. Kemudian dia berpaling seketika. Sang Lelaki dapat melihat senyuman nakal di sebalik purdah hitamnya. Perjalanan mereka sampai ke hujung bandar Madinah dekat sebuah perkuburan lama.

Wanita itu masuk ke dalam sebuah bangunan yang gelap. Sang Lelaki mengekorinya hingga ke sebuah bilik yang diterangi cahaya lilin. Dia duduk di atas sebuah katil mewah sambil berkata dengan suara halus gemersik seumpama berbisik, "KUNCIKAN PINTU ITU." Sang Lelaki menurut dengan patuh.

CERITERA SEBENARNYA

"WAKTU MAGHRIB SUDAH HAMPIR SELESAI. Tadi kau meninggalkan solat berjemaahmu untuk mengekoriku ke mari. Apa tujuanmu? KAU MAHU AKU MEMUASKAN NAFSUMU, BUKAN? Sekarang kau lihatlah puas-puas wajahku," kata wanita tersebut sambil mengangkat purdah untuk mendedahkan wajah sebenarnya.

Sang Lelaki terperanjat. Itu bukan wajah wanita yang jelita sebaliknya WAJAH YANG MENGERIKAN, JIJIK, HITAM, TANPA SATU ZARAH CAHAYA KELIHATAN PADA ALUR KEDUT WAJAHNYA!

"NAMAKU ‘DUNIA’... AKU KEKASIHMU... Kau habiskan masamu mengejar aku, sekarang kau telah memiliki diriku…. Mari… Mari."… 

Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu. Lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

NASIHAT IMAM HASSAN AL BASRI:
Sesiapa yang memburu kesenangan dunia lebih dari akhirat,  nescaya ALLAH akan menghukumnya dengan enam bentuk hukuman.
3 hukuman di dunia
ANGAN-ANGAN yang tidak berkesudahan
Dikuasai SIFAT RAKUS yang tidak pernah berasa puas
DIJAUHI NIKMAT beribadah
3 hukuman di akhirat
KETAKUTAN yang luar biasa pada hari akhirat
PENGIRAAN AMALAN yang sangat berat
PENYESALAN yang tidak berkesudahan.


SIFAT RAKUS akan memenjarakan jiwa seseorang dan menghalang mereka daripada melakukan ibadah dengan sempurna sehingga mendorong mereka makan harta syubhah. Orang yang memiliki sifat ini tidak mengenal erti puas walaupun telah mencapai apa yang dihajati, bahkan jiwanya sering bercelaru.



Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...